Tuesday, September 23, 2014

MB Baru Selangor Nak Kaji Semula Perjanjian Air ?

Bila dapat maklumat ni ramai yang tentu resah gelisah , disebabkan Projek Langat 2 yang sepatutnya selesai tahun 2013 terbantut dek birokrasi PR Selangor yang main tarik tali , akhirnya rakyat Selangor yang terima padah . Tentu ramai masih ingat macam mana suasana air dicatu ? Nak berak pun berkira-kira , terpaksa tahan melepas kat ofis je ? Kalau yang dah ada cirit birit lagi lah sengsara . Lubang jamban confirm dengan objek2 terapung ... terpaksa dibiarkan 2 hari sebelum di 'flush' , maklum lah nak JIMAT air . Tiba-tiba selepas pertukaran MB baru , drama lama bersambung semula .. Azmin Ali yang baru dilantik sebagai MB nak kaji semula pengstrukturan air . Nampak dah dia punya bunga-bunga nak panjangkan lagi hal ni ... silap2 5 tahun lagi . Please lah .. korang nak berpolitik pasal apa sekali pun buat lah , jangan lah cari pasal dengan air.. sekali dah kena cukup ler..


Dari artikel Rakyatnews.my

"Menteri Besar Selangor , Mohamed Azmin Ali berkata semua perjanjian yang dimeterai ketika pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan dikaji semula, termasuk penstrukturan air di negeri itu.

Azmin berkata semua perjanjian itu akan dibincangkan dengan pihak berkaitan.

"Tidak semestinya hanya perjanjian air sahaja tetapi adalah adil buat saya untuk mendapatkan penerangan yang lengkap daripada kerajaan negeri sebelum membuat sebarang keputusan," katanya pada sidang media selepas majlis angkat sumpah bagi jawatan itu di Istana Alam Shah di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perjanjian peringkat akhir penstrukturan air Selangor dengan kerajaan Persekutuan yang ditandatangani Khalid awal bulan ini."

Berita penuh di sini

http://www.rakyatnews.my/index.php/politik/penstrukturan-air-selangor-akan-dikaji-semula-azmin


3 comments:

the new episode just BEGUN
DUNIA KAMU AZMIN PENUH JELEK DAN HINA

Boleh caya ke dia kata dia tak kan kena remote control...belum panas kerusi MB dia dah buat statement pasal perjanjian air dan "office of great liar" penasihat ekonomi Selangor konon, apa kelulusan "liar" ni dalam ekonomi, nak cari ilmu ekonomi pun malas, asyik berpolitik..nak jadi MB, nak bini jadi MB...kalau dia macam TSKI boleh lah di lantik penasihat..harapkan experience dia sebagai menteri kewangan..apa dia buat, sampai nak bangkrupt Negara dia buat..cukuplah mainan politik...balik rumah sembahyang sunat syukur dua rakaat sebab allah masih bagi kamu jadi MB..tapi ingat..pemimpin adalah kumpulan pertama menuju ke neraka..good luck

Azmin tak kan lama jadi MB kalau dia berdendam dengan TSKI sebab kat ramai rakyat selangor sayangkan TSKI, Lebih baik bersikap profesional untuk memajukan Selangor.

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu