Monday, September 15, 2014

Imej apa di bawah tapak kaki pramugari Firefly ?

Mempromosikan sesebuah perniagaan itu biarlah kena pada tempatnya , kadang-kadang tanpa kita sedari ada perkara dalam promosi yang dibuat itu tidak sensitif dengan persekitaran . Penulis bangkitkan hal ini untuk menegur syarikat penerbangan Firefly yang dilihat tidak sensitif dengan rekabentuk 'flyer' yang disebarkan oleh syarikat itu baru-baru ini.



Memang di akui, syarikat penerbangan Firely adalah 100% milik orang Malaysia seperti yang digambarkan dalam promosi di atas , cuma yang tak sedapnya bulan sabit dan bintang yang dipaparkan dalam iklan itu macam tak kena pada tempatnya . Penulis memang tak reti bab-bab design ni, cuma bila sekali pandang kita tahu bulan sabit dan bintang tu merupakan antara elemen yang ada dalam bendera kita jalur gemilang . Nampak agak biadap bila bulan dan bintang itu berada bawah tapak kaki pramugari Firefly.

Mungkin isu ni nampak remeh, cuma kita harap syarikat-syarikat korporat ambil perhatian mengenai perkara-perkara seperti ini bila nak buat promosi . Teguran ini bukan lah untuk membunuh atau menjatuhkan imej Firefly kerana penulis akui perkhidmatan yang diberikan oleh Firefly kepada para penumpangnya sangat memuaskan, cuma hal-hal sensitif seperti ini perlu lebih dititik beratkan .  
 

4 comments:

Sepatutnya bulan dan bintang duduk posisi atas mana2 lukisan. Tapi ini dileatk dibawah dan lebih malang dipijak. Adakah ini cara halus puak liberal menghina bangsa,agama dan raja2?

BODOH PUNYA FLYER.. OTAK TARAK KA FIREFLY!

nak naik kape terobang lain lah, tak mau lah firefly lagi..

bodoh ke hapa.. tak sensitif langsung..

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu