Saturday, September 27, 2014

'Dendam' DAP Terhadap PAS Berlarutan Hingga Ke Pulau Pinang

Hari ini seorang ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dari PAS telah dilucutkan jawatan beliau dari badan milik kerajaan negeri yang ditadbir oleh DAP itu . Tindakan yang dibuat oleh DAP itu nampaknya mempunyai agenda 'balas dendam' terhadap PAS yang dilihat tidak sependapat dan selari pandangan dengan gabungan PR kebelakangan ini. Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang mula menunjukkan sikap kuku besi terhadap PAS dan seolah-olah memberi isyarat bahawa PAS perlu sedar siapa yang lebih berkuasa dalam gabungan PR . Amat malang sekali bagi PAS, kerana disebabkan sifat bongkak mereka yang terlalu menjunjung kesepakatan dalam PR akhirnya menyebabkan bala menimpa parti itu dengan barisan tertinggi kepimpinan parti dimalukan secara tidak langsung. PAS seolah-olah seperti tidak ada harga lagi dalam PR , yang menimbulkan tanda tanya mengapa mereka menebalkan kulit muka dan masih menunggu lagi dalam gabungan PR sedangkan sudah ada isyarat-isyarat bahawa kehadiran mereka dalam PR tak diperlukan lagi. Sifat egoistik terhadap UMNO terlalu tinggi hingga mereka lebih sanggup diperbodohkan rakan sekutu dalam PR .


dari Rakyatnews.my

Tindakan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang menggantung tugas Iszuree Ibrahim sebagai Ahli majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mendapat kecaman dari rakan parti itu sendiri sungguhpun ahli PAS itu mempunyai rekod cemerlang dalam perkhidmatannya.

Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Mohd Yusni Mat Piah berkata, tindakan yang dibuat oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) terhadap Iszuree disifatkan sebagai tidak demokratik, berat sebelah dan tergesa-gesa.

"Tindakan ini dipercayai susulan dari ucapan bernada teguran membina dan memberi pandangan untuk menambah baik polisi pembangunan rakyat Pulau Pinang oleh Iszuree Ibrahim.

"Beliau juga Bendahari Badan Perhubungan PAS Negeri (BPPN) Pulau Pinang sebagai pembahas yang dilantik mewsakili PAS Pulau Pinang dalam Muktamar PAS yang berlangsung di Johor tempoh hari," katanya menerusi kenyataan kepada media, hari ini.


Iszuree menerusi surat yang ditandatangani Pengerusi kerajaan Tempatan, Chow Kon Yeow, digantung tugas serta-merta pada 25 September lepas dan segala peruntukan terhadap ahli PAS itu turut dibekukan.

artikel penuh di sini

2 comments:

teruskan berdiam kerana diam itu tanda setuju..apa dah jadi, semakin menjadi kaum laknat ini, dan bebas melakukan apa saja..PAS berdiam diri...tanda setuju, ajaran tok guru politik PAS, tak pa , itu ujian, sampai tergadai rumah tangga pun..tak pa...orang tua dah nak mati peduli apa anak cucu akan datang..anak cucu duduk rumah rakit sekali pun peduli apa..PAS patut berjuang sendiri..tahaluf yang tak membantu umat islam tak da makna...forget it..

Aku respek DAP dalam hal2 mcm ni. Depa mmg tak bagi muka pada sapa2 yg berani cabar depa. DAP terus tunjuk jalan keluar kalau ada yg tak boleh kerja dgn depa. So, when they say setia dgn kerajaan negeri, means SETIA. Never question.
Sama dgn apa yg berlaku di EXCO Selangor. Bila kata setia pada Ketua @ Presiden, means SETIA. Jgn nak persoalkan.
Masalah dgn PAS, depa ni tak respek Presiden sendiri, so bila ahli PAS diperlakukan sedemikian, depa tak rasa apa pun.
Yg pasti, DAP n PKR perlukan PAS utk menidakkan undi pada UMNO. Itu aje. PAS teruskan perjuangan korang dihanjengkan selama2nya

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu