Wednesday, September 17, 2014

Apa yang ada pada wajah orang PAS hingga buat Nurul Izzah naik geli?

Baru baca blog MSO , penulis veteran PAS .. artikel terbaru dia balun Pemuda PAS yang protes keluar dewan bila Mat Sabu mula nak berucap , cara penulisan dia ni kita nampak memang lebih sayangkan PKR berbanding parti PAS yang dia isi borang untuk jadi ahli. Senang cerita, MSO ni boleh dikatakan geng Anwarinas dalam PAS la . Tak susah nak buktikan benda ni , tak payah belek artikel-artikel lama dalam blog dia, tengok je artikel sebelum tu , tajuknya "Jiwa wanita Azizah terus teruji"  . Siapa Azizah yang dimaksudkan kalau bukan isteri Anwar Ibrahim .


Sebagai penulis, MSO menulis dengan harapan dapat menyentuh hati pembaca mengenai kesusahan yang dilalui oleh Wan Azizah , lesu , pasrah etc ... tapi tetap berjiwa pemimpin . Psttt itu ayat standard kalau ko nak membodek , dengan harapan Wan Azizah dapat promote buku terbaru MSO tu . Yea lah.. dah terang-terang ditulis dalam artikel tu ;

"Kak Wan,  ini buku baru saya, " hulur saya kepada Wan Azizah. Serentak itu juga dia menguncikan langkah.
  
Beliau mencapainya dan menatap wajah kulit buku berkenaan beberapa juru. "MSO...! " kemudian terloncat perkataan itu menyeru nama saya. Ada nada semacam sedikit terkejut dan saya pula terbias rasa bangga.


Pandai penulis veteran ni ambik kesempatan untuk melariskan buku terbaru beliau. Takpe lah itu marketing strategi , tapi yang lebih menarik perhatian aku dalam artikel MSO itu ialah bila dia tulis semula dialog yang kononnya dikeluarkan oleh YB Lembah Pantai , Nurul Izzah anak Anwar Ibrahim dan Wan Azizah. Dialog Izzah yang ditulis MSO bunyinya macam ni ;

"Hei geli lihat wajah orang Pas," begitulah reaksi spontan Nurul Izzah sebaik sahaja menghulurkan buku berkenaan untuk dipostkan dalam Facebook. Pandai juga Ahli Parlimen Lembah Pantai ini bergurau dan menggeletek hati."

MSO kata Izzah bergurau ? Betulke bergurau? Bagi aku, ini satu sindiran tajam Nurul pada orang-orang PAS , dan MSO turut sama bersekongkol dengan Nurul bila sengaja menyiarkan sindiran itu dalam blog beliau . Kalau dia sayangkan PAS , kenyataan Nurul tu takkan disiarkan , nampaknya MSO lebih sayangkan Nurul , Azizah dan Anwar bila mana sengaja mencara 'point-point' untuk menyakitkan hati 'sahabat' seperjuangan . Mungkin lepas ni PAS dah perlu siap-siap kenalpasti siapa golongan pengkhianat dalam parti itu, siapa yang lebih mengutamakan pemimpin parti luar berbanding parti sendiri . Takkan ahli-ahli PAS masih nak duduk senyap dan ikut macam lembu dicucuk hidung oleh puak-puak Anwarinas dalam PAS?

2 comments:

Ijah dh sah pembohong...xleh wat saksi

Nurul Izzah ni sah penyebar fitnah. Manusia begini seharusnya letak jawatan dari menjadi pemimpin rakyat.

Cuma golongan yang tiada peganggan agama sahaja yang masih menerima orang begini sebagai pemimpin.Termasuklah mereka2 yang menganggotai PAS.

Dalam UMNO yang dilabel sebagai kafir pun mana2 pemimpinnya yang didapati bersalah oleh undang2 pun dipecat.

Termasuklah Bapa SiNurul ini. Namun kerana putar belitnya dan dengan pertolongan kuasa luar juga dalaman semasa era Pak saudara mereka maka dia dilepsakan.

Sejak itulah rakyat jadi huru hara. Bukan kerana meneggakkan keadilan tapi kerakusan nafsu dan kuasa.

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu