Sunday, September 7, 2014

Akta Hasutan Tak Jadi Mansuh ?

Berikut ialah emel yang penulis terima dari seorang pembaca blog ini ;

Semak kepala bila baca di media sosial pasal Akta Hasutan , baik daripada pendapat sebelah
penyokong kerajaan atau pendapat pembangkang sendiri . Yang di sebelah pembangkang beria-ia mahu Akta Hasutan dimansuhkan di sebelah penyokong kerajaan pula nak ia dikekalkan . Bila baru-baru ini PM buat kenyataan bahawa Akta Hasutan yang sedia ada ni akan tetap dimansuhkan dan digantikan dengan Akta Harmoni seperti yang pernah dinyatakan beliau pada tahun 2012 , maka berbondong-bondonglah mereka di kalangan penyokong kerajaan mengecam kenyataan itu walaupun tak tahu apa isi kandungan Akta Harmoni yang akan menggantikan Akta Hasutan.

Sebelum aku meneruskan coretan ini, aku ajak para pembaca meneliti semula petikan ucapan berikut yang dibuat oleh pemimpin pembangkang seperti yang dipetik dari portal milik DAP , Roketkini . Artikel bertajuk "  Akta Hasutan: Najib atasi rekod 22 tahun ‘zaman gelap’ Dr Mahathir" antaranya memetik kenyataan Lim Kit Siang



"Menurutnya lagi, berbanding enam tahun pentadbiran Najib, sepanjang 22 tahun pemerintahan Mahathir hanya seorang ahli parlimen yang didakwa, dipenjara, dan digugurkan kerana akta berkenaan, iaitu Lim Guan Eng."

sumber : http://www.roketkini.com/2014/08/28/akta-hasutan-najib-atasi-rekod-22-tahun-zaman-gelap-dr-mahathir/

Kenyataan yang dibuat di atas mengakui bahawa pada zaman Najib , Akta Hasutan lebih banyak digunakan terhadap ahli parlimen berbanding zaman Tun.M . Selain artikel di atas, banyak lagi artikel2 lain yang pertikaian Najib kerana Akta Hasutan yang digunakan sekarang untuk tujuan pendakwaan makin menjadi-jadi . Selain ahli parlimen , pensyarah fakulti undang2 UM , Azmi Shahrom dan penulis Malaysiakini, Susan Loone turut didakwa di bawah Akta yang sama.

Jadi secara logiknya sekarang kita boleh nampak Akta Hasutan ni dah aktif digunakan untuk mendakwa individu-individu yang berpotensi mencetuskan kekacauan dan pada masa yang sama Najib mengulangi pendirian bahawa Akta Hasutan akan dihapuskan . Cuba kita fikir kejap, kalau Akta Hasutan nak dihapuskan dan nak digantikan dengan akta lain yang kononnya lebih 'bertoleransi' , pendakwaan terhadap individu-individu ini sebenarnya tak perlu tapi kenapa Akta Hasutan ini digunakan secara agresif sekarang ? Pendapat aku lah, ini tak lain dan tak bukan nak bagi 'signal' Akta Harmoni yang akan diperkenalkan tak kurang lebih macam Akta Hasutan dan mungkin lebih 'strict'

Seperti yang kita tahu, Akta Hasutan digubal pada tahun 1948 , dipinda pada tahun 2006 . Senario 2006 dan 2014 berbeza . 'Style' orang sekarang menghasut bukan saja di ceramah2, tabloid, majalah,,tetapi ramai yang galak menghasut di media sosial . Tahun 2006, berapa ramai yang pakai Facebook, Twitter. Blog berbanding tahun 2014 ? Konsep 'viral' dalam masa yang amat singkat wujud di era sekarang , tak sama macam tahun 2006 dulu . Kalau rajin lah, cuba belek kembali Akta Hasutan yang dipinda pada tahun 2006 , tidak ada perincian mengenai hasutan di laman sosial . Apa yang ada , hanyalah isi kandungan yang umum mengenai penerbitan berbaur hasutan yang boleh saja di 'spin' oleh peguam-peguam si penghasut .

Satu lagi point, melalui Akta Hasutan yang sedia ada bagaimana Mahkamah boleh mengeluarkan perintah untuk menghentikan pengedaran bahan2 berbentuk hasutan di media sosial seperti yang tertera di Perkara 10 dalam Akta Hasutan ? Apabila hasutan dalam media sosial dah jadi 'viral' adalah agak mustahil untuk mana-mana pihak menyekat hal sedemikian . Jadi seperti yang terkandung dalam ucapan Najib pada tahun 2012 , Akta Hasutan akan digantikan dengan Akta Harmoni yang memberikan lebih perincian terutamanya dalam hal-hal yang dinyatakan ini , selari dengan perkembangan teknologi dalam sebaran media.

Antara petikan ucapan Najib pada tahun 2012 yang menyentuh mengenai Akta Harmoni ;

"Peruntukkan-peruntukkan Akta baru ini akan mencerminkan komitmen jitu kerajaan untuk mempertahankan semua agama dan semua kaum yang membentuk negara bangsa Malaysia daripada perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab. Akta baru ini akan bersifat lebih spesifik dan membolehkan kita bertindak terhadap mereka yang menggunakan isu-isu sensitif untuk memecahbelahkan perpaduan nasional. Perbuatan adu domba seumpama ini akan dianggap sebagai satu jenayah terhadap rakyat Malaysia. "

Jelas sekali apa yang dinyatakan adalah lebih kurang dengan Akta Hasutan yang sedia ada cuma Akta Harmoni akan digubal menjadi lebih spesifik atau terperinci dan bukan bersifat umum seperti Akta Hasutan , kita tahu kalau sesuatu perkara itu bersifat umum , maka mudah untuk peguam menggunakan alasan teknikal mengenepikan pertuduhan terhadap si penghasut. Dan akhir kalam, janganlah mudah melompat sebab penggubalan Akta Harmoni yang akan menggantikan Akta Hasutan akan mengambilkira perkara2 berikut seperti yang dinyatakan Najib dalam satu wawancara,

"Perdana menteri berkata, kerajaan akan memastikan bahawa peruntukan akta baharu itu akan mengekalkan tiga prinsip utama dalam menangani perbuatan yang mendatangkan kebencian dan penghinaan kepada institusi dan peruntukan perlembagaan sedia ada.

Katanya, prinsip pertama merujuk kepada soal menangani perbuatan dan perlakuan yang mendatangkan kebencian atau penghinaan atau membangkitkan perbuatan yang tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Raja.

"Kedua, bagi menangani perbuatan dan perlakuan yang mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan dalam negara," katanya.

Najib berkata, prinsip ketiga pula merujuk kepada soal menangani perbuatan dan perlakuan yang mempersoal apa-apa perkara mengenai hak taraf kedudukan keistimewaan kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan bahagian tiga Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 153, 151 dan 181 Perlembagaan Persekutuan."

Sumber : http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pm-akta-keharmonian-nasional-tidak-jejas-kuasa-kerajaan-jaga-perpaduan#sthash.JIkF45pD.dpuf

Senang cerita , Akta Hasutan dan Akta Harmoni adalah sama , cuma Akta Harmoni lebih diperincikan untuk selaraskan dengan perkembangan teknologi penyebaran elemen-elemen hasutan/

8 comments:

Hahaha...sudah la..xpayah putar belit..mansuhkan je la apa yg diminta pembakang!!KPN dan seluruh ketua bahagian UMNO nakkn semula ISA..jadi ini membuktikan SOSMA gagal..skang akta hasutan pulak nak ganti!!!namawee yang siap mncarut pada azan,sultan dan melayu dilayan mcm VIP..pemimpin Melayu skang hanya mnjadi BALACI PENDATANG TERMASUK AH JIB GOR!!klu melayu cpt je kena dakwa!!!kerajaan sayang cina pendatang

nak reply biar pakai otak , logik , kalau setakat pakai kepala lutut tak payah ler.. ni mentaliti totok , patut la anak muda melayu meluat dengan UMNO sebab ada spesis-spesis jenis cepat melatah, cepat melompat tak pakai otak, buat statement pakai kepala lutut takda analisis ? SOSMA gagal ? dah baca ke apa peruntukkan untuk SOSMA ? dah Google berapa yang kena angkut ? setiap kali angkut orang pakai SOSMA kena masuk suratkhabar ke? ...prftttt

Ah Jib Gor dah tukar nama ke Poo Kee Mak

Jilat lagi bro.. Org muda menyampah dgn umno sbb pemimpin umno syok sendiri. X paham masalah rakyat. Takde nya sbb respon yg 1st tu. Cuba la buat apa2 tu untuk menyenangkan rakyat. Bkn sbb nk popular. Br la rakyat sokong.

hari2 orang menghasut,.... hari2 orang berdemonstrasi, .... negara boleh hancur... kacau bilau. Tapi ramai orang tak perasan, sebab jadi proksi kepada ANWAR dan LIM KIT SIANG....

Walaubagaimanapun,ramai dari kalangan pembangkang menyokong sepenuhnya akta hasutan dihapuskan,pemimpin perlu bersikap tegas dalam kepincangan ini,walhal

Anwar Al Juburi dengan Kit Siang lagi puki mak. Sebagai wakil rakyat apa yang mereka telah buat untuk membangunkan negara. Makan gaji dan elaun buta.

Yang kenyang melantak anakbini dan suku sakat mereka. Tak nampak pun apa kebaikan pembangkang haram jadah ni buat.

Ceramah sana ceramah sini apa sumbangan untuk rakyat. Kit Siang tu sejak sebelum Mahathir lagi jadi wakil rakyat apa sumbangan untuk orang Melayu.

Orang muda tak sokong UMNO maka beralih arah lalu sokong PKR, sebab tulah anak muda Melayu diperkudakan oleh Anwar melalak sana melalak sini untuk kepentingan malaun ni apa anak Melayu dapat kena tangkap masuk jel.

Anak Cina pulak dok di rumah tengok anak Melayu jadi beruk belaan pembangkang. Hadi sama Nik Aziz lagi bodoh sepatutnya Ulama lagi cerdik tapi kena dengan Anwar dan Kit Siang terus bengong.

Jangan lupa kerja Anwar dan konco-konconya adalah PEMBUNUH WATAK selagi ada orang yang lebih pintar dari mereka maka orang2 itu perlu dimatikan. CARA yahudi menguasai dunia.

Sebagai pemudah cara jika hasrat DS Najib itu luhur untuk Negara bangsanya, maka buat pindaan ke arah penambahbaikan juga kesempurnaan ke atas akta2 yg tersedia ada, bukannya dengan lagak untuk memahat nama dalam lipatan sejarah sebagai pm yg paling bertranformasi, lagi baik jadi transformers jee.. Tak gitu.. segala yang baik teruskan je, tak payah nak cipta berbagai slogan yg menambah kecelaruan, lebih2 lagi buat anak muda Malaysia yang makin tipis jati diri serta kematangan fikiran yang makin meniris.. Islam pun akan terus wujud subur sebagai panduan hidup hingga akhir zaman dengan menjadikan Al Quran sebagai rujukan utama, walaupun tafsiran mengenaiNya terus dibuat mengikut peredaran zaman. Tak pernah pula ada yg nak menggantikan Kitab suci itu dengan yg lain kecuali bagi mereka yg memilih jalan kesesatan... Kalau niat DS Najib benar2 ikhlas pasti Allah akan memberi jalan terbaik buat Negara Malaysia yang tercinta ini..

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu