Wednesday, September 17, 2014

768,773 Ahli PBB Sarawak & UMNO Sabah Lawan 18,051 Tandatangan Petisyen SSKM

Penulis hari ni nak ulas sikit pasal gerakan yang dibuat oleh kumpulan kecil tertentu untuk memisahkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia. Yang kerap diperkatakan sekarang ialah penggerak kumpulan itu Doris Jones atau Doris Alfred Yap yang sekarang dikatakan bergerak aktif dari London . Kumpulan ini menyebarkan propaganda mereka melalui media sosial, menggunakan Facebook Fanpage dengan nama Sabah Sarawak Keluar Malaysia , Fanpage ini sehingga artikel ini ditulis mempunyai 10,915 likes . Sekiranya benar 10,915 likes itu betul-betul datang dari orang Sarawak dan Sabah , maka ternyata sokongan yang diberikan dalam media sosial tak lah sekuat mana.


Merujuk kepada 'petition online' yang dibuat sejak tahun 2011 lagi, jumlah yang dikumpulkan hanyalah sebanyak 18,051 . Itu 3 tahun punya kerja baru dapat 18 ribu lebih tandatangan. Jadi benarkah majoriti rakyat Sabah dan Sarawak benar-benar mahu keluar dari Malaysia atau hanya sebahagian kecil yang kuat suaranya . Orang Penang kata depa saja dok buat ramai .. padahal tak ramai mana pun. 


Penulis tertarik dengan satu pendapat di ruangan komen blog SSKM yang dikendalikan Doris Yap. 'Printscreen' komentar adalah seperti berikut ;


Komentar itu antaranya mengajak pembaca supaya berfikir kemungkinan-kemungkinan negatif yang timbul sekiranya pemisahan Sabah Sarawak keluar dari Malaysia . Apa akan berlaku sekiranya negara seperti Filipina yang pernah membuat tuntutan ke atas Sabah meneruskan tuntutan mereka . Kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku sekiranya kejadian serangan oleh orang Suluk berulang dan pada ketika itu siapa akan membantu ? Akhirnya yang akan mendapat bala ialah rakyat Sabah sendiri sedangkan mereka yang menggerakan pemisahan ini mungkin lari dan bersenang lenang di luar negara seperti yang dilakukan oleh Doris Yap sekarang. 

Penulis berpendapat anak Bumiputera Sabah dan Sarawak mungkin perlu menunjukkan suara mereka dengan jelas dan tenggelamkan suara-suara petualang ini. Penulis percaya lebih ramai anak Sabah dan Sarawak masih mahu kekal bersama Malaysia. Dari satu artikel yang dikeluarkan oleh UMNO Online pada 5 Disember 2013 ,jumlah ahli UMNO ialah 3,430,750 dengan Sabah mencatatkan jumlah ahli yang paling ramai iaitu sebanyak 518,773 . Parti komponen Barisan Nasional PBB pula mempunyai 250,000 ahli seperti yang dilaporkan dalam satu artikel oleh UtusanSarawakOnline.

Dengan gabungan kekuatan ahli UMNO di Sabah dan PBB di Sarawak saja, Malaysia Timur mempunyai sokongan padu dari 768,773 anak-anak Bumiputera negeri Sabah dan Sarawak. Itu belum lagi dicampur dengan parti-parti komponen Barisan Nasional yang lain. Oleh itu,anak-anak bumi Sabah dan Sarawak perlu bangkit dengan kekuatan dan suara yang ada ini untuk tenggelamkan dan jahanamkan agen asing yang cuba menjajah Sabah dan Sarawak melalui proksi mereka.


19 comments:

Tidak akan ada lagi 'negara Cina' baru selepas Singapork di kepulauan Melayu Nusantara..!!!

Lama2 diam la tu doris...biarkan jaaa. Tgk mcm kiram tu kan da diam. Takut kecut kena tabur bom hehehee..

Apa agaknya Malaya sayang sangat kat Sabah Sarawak ni..tu kan hak dorang..

Terima Kasih MBAH RINGGO Atas semua yang MBAH berikan kepada saya karena Angka Ritual
Ghoib 4D MBAH benar-benar Tembus 100%…mohon maaf KI ini pengalaman saya,waktu itu pernah saya
meminta bantuan kepada seseorang yang mengaku pintar meramal angka toto dan saya harus bayar
untuk mendapatkan angkanya…sampai-sampai saya hutang sana-sini tapi apa yang terjadi angka yang saya terima
tadi gak ada yang keluar matidee saya dalam hati kecil,saya gimana saya harus bayar utang yang terlanjur
menumpuk…hingga akhirnya saya di kasih info teman saya untuk mencoba menjadi Member MBAH,Alhamdulillah hasil
Angka Ghoib yang MBAH kirim ternyata Jitu 100% dan akhirnya terbayar sudah hutang-hutang saya ini hanya sekedar
pengalaman saya jadi untuk yang mau mencoba angka ghoib dari MBAH RINGGO tidak usah ragu-ragu karena saya
sudah merasakannya hasilnya dan saya pesankan kepada seluruh teman-teman yang pencinta main togel silahkan
hubungi MBAH RINGGO di 0852-0521-3777dan kalau anda ingin menang hubungi beliau secepatnya karna tidak ada
kesempatan datang ke dua kalinya terima kasih,Salam Bahagia dan semogah JP selaluh AMIEN.......?terbukti dalam.7 kali putarang...?

Selama zaman komunis dan jepun, adakah Malaya yang menolong menghapuskan kedua-duanya???? Namun Iban Tracker yang membantu Malaya menghapuskan Komunis di Malaya. Pernah ingat Mendiang Kanang Langkau???? Singkap semula dimana perjuangannya.....

sorry la bro kami tak akan takut... korang tu yang takut sebab dah tak dapat kaut hasil minyak sabah sarawak..

Bukankah org smenanjung sangat anti dgan org Sabah Sarawak....jdi knpa mau halang kami dri kluar malaysia?? kmu tkut kalau Sbh Srwk kluar dri mlysia ,tanah smenanjung akan BANKCRUP C ...HAHAHAHA..kecian kecian...skrang brabis guna duit Sbah Srawak utk memajukan tanah semenanjung mlysia,tpi Sbh Srwak ada apa kmajuan yg telah dibuat???lu pikiak lah.....sya x sbar mau lihat apa yg akan berlaku pada semenanjung mlysia di msa akan dataang,....btw GGOGOGOGGGOOGO SSKM....

masih terlalu awal untuk menentukan SSKM mendapat sokongan majoriti rakyat Sabah/Sarawak ataupun tidak.semakin ramai yang sedar yang malaya hanya mahukan hasil bumi Sabah/Sarawak saja... Join the fight!!! Go go SSKM!!!

pandai2 saja kau... kau siapa mau kasi tentu hak org... semua org ada hak... bagus kau pasang cermin banyak2 dan pandanglah diri kau sendiri.

kmu semua jgn cakap saja... mesti buat dan buktikan bahawa kamu boleh tunaikan hak kamu dan semua rakyat sabah.jgn esok kamu jadi pemimpin,tunggu jawatan dan duit saja...

Orang Sarawak tidak ada kena-mengena dengan orang Sabah.Kalau mereka nak sangat keluar biarkan saja.Nanti kalau cina yang menjajah baru padan dengan muka mereka.Kemudian cina-cina akan membawa kaum cina-cina dari Hong Kong dan China masuk ke dalam Sabah dan membuatkan kaum lain menjadi minoriti seperti yang berlaku di Singapura.Samapi kaum bumiputera di Singapura tertindas.Sarawak adalah tanah DAYAK dan kami tidak akan sesekali membiarkan cina yang memerintah.

Betol!!!!!!pemimpin UMNO nak duit minyak Sabah dan Sarawak ja dorang tu saja nak kata sayang dgn Sabah dan Sarawak.Hah! tengok le tanah tanah yang ada diSabah?? sape yang TIBAI tanya ahli politik dari UMNO dengan syrikat gergasi dorang.Sabah dan Sarawak ni lombong emas dorang.Rakyat SABAH jangan jadi BODOH!!!tengok le PENDATANG ASING YANG DIBERI IC itu agenda besar dorang nak kuasai SABAH.

Melaya x perlu la banyak ckp sma sabah lepaskan sja supaya kmu x perlu bgi BRM tangki BIRU itu kn senang semananjung pakai tamgki sma brm org sabah mimang bodoh jdi lepaskan sja sabah dan serawak lgi bgs btl kn...heeeeeeeeee

org fikir org sabah bodoh sgt tgo dan lehat di mana kobodohan sabah...

Entahlah, kalau Sabah Sarawak nak keluar dari Malaysia, itu hak mereka, tanah mereka, tempat tumpah darah mereka, kita tak boleh campur. Tapi bila cerita pasal kemajuan negara yang tak seimbang, kadang-kadang sesetengah tempat tu lebih baik kekal begitu. Aku pun orang kampung, Negeri Sembilan, kampung aku pun takde LRT, ade jugak jalan tanah merah, kadang-kadang marah gak kenapa mundur, kenapa ni kenapa tu. Tapi bila difikirkan, itu kampung aku, aku nak kekal sebagai kampung, semacam mana masa aku kecik2 dulu. Aku nak sungai yang sama macam aku mandi kecik-kecik dulu. Tapi sekarang sungai tu separuh dah pasang tebing batu - dah takbest, dah takde bebudak mandi sungai lagi...hm...kite nak jadi cam singapore ke? Bangunan tinggi, semua International, tapi bila tanya kampung kat mana? Nak jawab ape? Ye faham kenapa tak seimbang, kekayaan SS semua sedut hantar ke Semenanjung. Hm...pemimpin yang tamak dah satu hal la jugak, betul tak dinafikan, tapi British datang ke sini bukan ke sebab tamak jugak? Dan kenapa hero-hero SS datang tolong Semenanjung kalau bukan kerana wujudnya perpaduan dan persahabatan? Yup kita dalam masalah, ini masalah kita, masalah pemimpin tamak. Tapi kalau ini masalah kita sebagai satu keluarga, kita selesaikan bersama-sama la, bukan semua orang Semenanjung benci SS kan? Ramai jugak orang SS kawin ngan orang Semenanjung vice versa. Takkan sebab beberapa orang jahat kita kene berpecah belah? Jadi korang semua nak tinggalkan kami ni kat Semenanjung terkontang-kanting melawan anasir-anasir jahat ni ke? Kita sama-sama rakyat marhaen, sama-sama darjat kecil, kita kene bersatu la baru jadi kuat. Aku ingat lagi masa sekolah lukis peta Malaysia tak reti sangat, cikgu cakap lukis je macam pisang dua bijik. Aku n kawan2 lukisla pisang dua bijik tu. Walaupun lukisan tu tak cantik sangat, tapi semua orang bangga tengok dua bijik pisang tu. Orang yang betul2 berjuang untuk tanah air perlu lahir hidup dan mati di tanah air, kalau setakat menjerit2 dari jauh tu namanya bacul. Kenapa takut kalau benar? Aku sayang Malaysia, aku tau persaudaraan kita ni lebih kuat dari keinginan orang-orang yang berkepentingan. Satu hari nanti kita mesti menang. Jangan mengalah, jangan lari. Orang yang lari dari masalah bukan orang yang berani. Ramai yang bersama korang kat sini, ramai yang sayangkan SS, takkan kerana beberapa orang yang benci, korang terus cop satu Semenanjung ni benci kat korang. Well, masalah PATI tu, KL ni pun dah macam bukan Malaysia dah kalo sekali pandang, huhu. Maaf kalau menyinggung, aku hanya insan biasa yang bangga dengan 2 bijik pisang tu. Aku tak pandai pasal sejarah dan geografi, aku hidup zaman sekarang, bukan zaman Malaysia dibentuk. Aku takde bukti pape pun since aku tak melihat sendiri. Aku hanya menulis dari hati yang ikhlas.

sd terlalu lama sd ss tidur dan bersabar...so inilah masanya ss bangkit utk berjuang...gogogo sskm...

Ass. wr.wb,saya BAPAK JOKO seorang penjual sate di bogor jawa barat ingin mengucapka banyak terimah kasih kepada KI RANGGONG atas bantuan AKI. kini impian saya selama ini sudah jadi kenyataan dan berkat bantuan KI RANGGONG pula yang telah memberikan angka gaib hasil ritual dan tuyul beliau kepada saya yaitu 4D dan alhamdulillah telah berhasil memenangkan 5x berturut turut tembus.sekali lagi makasih yaa AKI karna waktu itu saya cuma bermodalkan uang cuma 300,000 dan akhirnya saya menang.Berkat angka gaib hasil ritual AKI RANGGONG saya sudah buka usaha matreal di jakarta dan istri saya juga buka butyk baju dimall mangga dua. Kini kehidupan keluarga saya jauh lebih baik dari sebelumnya,bagi anda yg ingin seperti saya silahkan HUB/SMS AKI RANGGONG di nomor 085-222-967-279 dan ramalan AKI RANGGONG memang memiliki ramalan GAIB” yang dijamin 100% tembus, Makasih wassalam.




Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu