Wednesday, August 20, 2014

Lu Kena Ikut Cakap Gua Kalau Tak Nak Kena Cantas

Aku baca komen2 dalam posting lepas, bukan main ramai hentam kata bodoh le, bangang la , apa la sebab pertahankan Najib. OK ni aku nak habaq sikit ;



Pertama, aku respek Tun sebagai negarawan, sama seperti aku respek Perdana Menteri yang lain. 

Kedua, Tun berhak mengkritik atau menegur Perdana Menteri , sama seperti bekas2 Presiden UMNO yang lain mengkritik Tun semasa beliau jadi Perdana Menteri.

Ketiga, kritikan Tun kepada Najib tak sekeras yang berlaku pada Pak Lah kerana Tun tahu Najib masih melakukan kerja dengan baik cuma tak mengikut acuan atau kehendak Tun. Kenaikan harga minyak dan barang2 lain pada zaman Najib masih terkawal. Sebab tu tak ada desakan melampau dari rakyat atau pemimpin UMNO sendiri minta Najib letak jawatan seperti yang berlaku semasa zaman Pak Lah.


Keempat, semasa akhir2 zaman Tun memerintah. Penggunaan internet masih di peringkat awal, pun begitu peranan email berantai pada ketika itu amat penting sehingga berlaku Reformasi untuk bebaskan Anwar. Masa tu banyak sokongan Melayu dah beralih dari BN. Tun sendiri mengaku orang Cina yang selamatkan BN untuk terus memerintah. Siapa yang olah sempadan kawasan pilihanraya pada ketika itu hingga memungkinkan BN menang dengan sokongan orang Cina?

Kelima, kalau pada zaman Tun yang mana hanya dengan email berantai gerakan Reformasi wujud dan menyebabkan kerajaan BN goyah hingga terpaksa diselamatkan pengundi Cina. Apa pulak kalau nak dibandingkan dgn keadaan sekarang dimana penggunaan internet lebih maju? Dengan Facebook, Tiwtter dan Whatsapp? Persepsi lebih mudah disebarkan, bukan macam zaman dulu kandungan bahan yang nak disebarkan pada umum ditapis.


Keenam, pada pendokong2 yang kononnya punyai semangat jati diri Melayu yang tinggi dan salahkan Najib kononnya tak jaga Melayu. Ingat balik apa yang Tun pernah kata dulu? Sampai bila orang Melayu nak bertongkat ? Itu Tun yang kata bukan Najib yang kata, pun begitu Najib tetap perkenalkan dasar2 yang terus bagi tongkat pada orang Melayu, jangan malas..cuba Google kalau apa aku tulis ni hanya auta semata.

Ketujuh, di zaman PM Najib Razak, ramai Melayu dah tak macam Melayu. Melayu dah berpecah belah pada macam2 peringkat. Ada Melayu UMNO, Melayu DAP, Melayu PKR dan Melayu PAS. Keempat fraksi Melayu ini bergocoh sesama sendiri bila tak bersetuju dalam sesuatu isu tengok saja Melayu PKR dan Melayu PAS bergaduh sebab isu MB Selangor. 


Kelapan, BN menang sebab Melayu sokong UMNO? Memang betul, tapi kalau tak kerana pertolongan dari Sabah dan Sarawak dah lama bungkus. Jangan perasanlah, cuba fikir lagi 5 tahun    adakah pola pengundian Melayu masih sama bila generasi2 lama digantikan dengan baru? Kita jangan lupa antara parti yang dapat sokongan ramai orang muda Melayu ialah PKR dan PAS . Dan orang2 muda ini bukan jenis lemau macam yang sokong UMNO/BN . Tengok saja SAMM dan Unit Amal PAS, macam mana diaorg mobilize orang2 kalau ada perhimpunan2 haram? Ini bukan pasal soal perhimpunan haram atau tidak, ini soal macam mana semangat ditiupkan dalam diri orang2 muda ni. Ada diantara mereka ni tak kisah tongkat yang didambakan Melayu2 UMNO ni dibuang. Sebelah kita pulak berapa kerat je yang ada semangat macam ni contohnya saudara Razlan . KP UMNO WP , yang lain cuma berdegar degar jadi keyboard warrior itu tak betul ini tak betul, 

Kesembilan, Lu buat apa? Pergi turun ground lahh , melancap syok sendiri depan komputer , ipad , android pun tak guna. Berdegar degar kat kedai kopi, restoran2 mamak cakap orang itu orang ini tak betul. Tak puas hati dengan satu cantas satu, lama2 lu sendiri yang naik. Bukan aku nak kata apa, kote pemimpin parti lawan yang terjulur dan tersebar luas di merata tempat pun orang masih terus sokong demi kelangsungan parti. Najib tak adalah sampai tahap macam tu tapi dah ada puak2 dalam parti sendiri cuna buat onar. Pergi mampos lah dengan puak2 yang kononnya  perasan bijak, kononnya kalau tak ikut cakap hangpa UMNO akan bungkus. Deyyy, UMNO dah memang hampir bungkus sebab ada golongan yang fikir hanya depa saja betul . Apa depa cakap kena ikut. Kalau tak ikut depa akan hasut orang gulingkan Presiden. Kalau Presiden  baru naik tak ikut cakap depa akan buat benda yang sama jugak. Cehhh lancunlahh

Kesepuluh, nak berhujah bidas apa yang aku tulis ni biar berfakta. Jangan tulis kosong macam orang bodoh. Menulis sebab..."dengar khabar..bla bla bla" ,that is seriously bullshit. Compare Apple to Apple bukan Apple to Banana . Last but not least don't bloody divert the issue.


25 comments:

PERTAMA..pemansuhan akta ISA dan buang daerah/negeri adakah ianya tindakan yang betul??dimana ketua kongsi gelap dilepaskan dan mula memantapkan rangkaian mereka dgn lebih tersusun dan kes2 jenayah semakin hari semakin menjadi2..adakah ianya dilahirkan dari buah fikiran orang UMNO/kerajaan sendiri atau pembangkang??

KEDUA penggunaan internet yang dikatakan oleh admin bahawa ianya berbeza dengan sekarang dimana penggunaan facebook,twitter dan whatsapp persepsi mudah disebarkan..JADI adakah ianya menjadi BUKTI bahawa Kerajaan dan NAJIB gagal mengawal persepsi rakyat??kenapa tidak mengajar rakyat dengan cara pengurusan persepsi yang betul??kenapa tidak melawan gerakan yang cuba meracuni pemikiran rakyat dengan persepsi yang salah??UMNO/BN gagal dalam menguasai alam maya!!kalau DAP boleh mengeluarkan berjuta ringgit untuk Redbean Armynya kenapa UMNO/BN tidak boleh??DUIT TEPI BERJUTA DALAM SETIAP URUSAN PROJEK DAN KONTRAK BUKAN UNTUK DIGUNAKAN BUAT ISTANA DAN KERETA MEWAH TAPI UNTUK DIGUNAKAN KEMBALI PADA ORANG RAMAI!!

KETIGA Tun cakap Sampai bila Melayu nak bertongkat adalah untuk mengigatkan kita bahawa jangan hanya menunggu bantuan tanpa ada usaha bukan untuk MANSUHKAN!!dan Tun pernah cakap bantuan kepada orang Melayu tidak akan berhenti selagi peratus/pegangan ekonomi dan ekuiti orang Melayu tidak mencapai tahap yang sepatutnya sehingga itu bantuan akan diteruskan!!MEMBERI BANTUAN/TONGKAT KEPADA ORG MELAYU SUPAYA LEBIH BERUSAHA GIGIH DAN MENJADI PEMANGKIN UNTUK MENJADI LEBIH BERJAYA..BUKAN BAGI DUIT PADA RAKYAT TANPA USAHA DAN KERINGAT MCM BRIM!! dan yang paling seronok sesetengah Bantuan spt TEKUN,MARA DAN LAIN2 hanya disasarkan kepada golongan tertentu..tidak reach out kepada orang luar..kemudian pulak tidak dibimbing bagi pinjaman lepas tu biarkan tanpa dipantau..sbb tu la tiap2 tahun pinjaman SAMPAI BERATUS JUTA TAPI HASILNYA??ak bagi soalan mudah berapa banyak ahli perniagaan Melayu yang dihasilkan UMNO setiap bahagian dengan pelbagai agensi kerajaan yang menawarkan bantuan pinjaman??ini baru benda kecil!!ini yang kau cakap UMNO bantu orang Melayu!!kalau setakat bagi beg sekolah,baju sekolah,basikal budak ni semua taktik zaman kuno!!bantu la orang Melayu dengan program yang memberi kesan jangka panjang!!

KEEMPAT Melayu berpecah kepada beberapa puak..kenapa pegangan Melayu kepada UMNO hilang dengan drastik?? budaya dan tingkahlaku pimpinan UMNO yang DAHULUNYA KERAP TURUN PADANG MENYELESAIKAN MASALAH DIPANDANG TINGGI DAN DIHORMATI KINI DIPANDANG PUN TAK NAK..Ini disebabkan pimpinan UMNO sekarang SOMBONG,LEPAK DILOBI2 HOTEL,KAYA RAYA dan berasa DALAM ZON SELAMAT SEHINGGA HIDUP UMPAMA DALAM MIMPI INDAH menyebabkan orang melayu naik muak dan menyampah!! CONTOH DYANA SOFEA DAN ADIK BERADIKNYA MENDAPAT BANTUAN SEKOLAH HINGGA KE UNIVERSITI DARI YAYASAN PERAK KERANA IBUNYA SETIAUSAHA WANITA BAHAGIAN IPOH BARAT..ADAKAH PERKARA BEGINI YANG RAKYAT SUKA DENGAR????

KELIMA Kenapa budak2 suruhan pembangkang lebih jujur dan bersemangat dalam memperjuangkan parti???KERANA mereka telah dibasuh otak mereka dengan ideologi!!apa yang mereka lakukan??mendekati golongan muda secara AGGRESIF dengan menganjurkan program2 yang rapat dengan orang muda!! bajet program bukan gempak,stylo dan besar..program hanya dilakukan dengan forum diskusi,perbincangan dan perdebatan dalam kelompok yang kecil tetapi berkala dan kerap!!APA YANG PEMUDA LIBERAL UMNO DAN PUTERI UMNO BUAT??Futsal,kacau dodol,konvoi dan aktiviti yang tidak memberi KESAN JANGKA PANJANG!!!! REMBAU MOST WANTED CAKAP JE PANDAI!!!sudah2 la rekrut pemuda2 dengan membodohkan mereka..buat la program yang jauh kehadapan...

KEENAM KOS HIDUP TINGGI DAN HARGA RUMAH TINGGI!! skang nak buat GST!!GST bagus tapi kalau sekarang xda GST pun peniaga naikkan harga ikut suka xda pemantauan dan penguatkuasaan macam mana kalau dah ada GST!! Harga rumah usah cerita la..Dibandar habis semua tanah dijual pada CINA..untuk buat perumahan dengan harga yang tinggi!!bukan tak boleh buat tapi perlu ada kawalan..sampai org Melayu nak beli rumah dibandar pun tak mampu!!RUMAH PRIMA YANG SIBUK BUAT DI KAWASAN PENDALAMAN BUAT APA!! SEMUANYA PLASTIK!!


bagi aku UMNO kini bukan seperti UMNO yang dahulu dimana memperjuangkan nasib Agama,Bangsa dan Negara dengan BERKHEMAH..UMNO dahulu telah mengangkat kembali orang Melayu dari sebuah bangsa yang dikatakan malas dan bodoh menjadi lebih dihormati walaupun kita telah dibodohkan penjajah selama hampir 400 tahun..Rakyat tiada masalah jika pemimpin hidup kaya raya asalkan rakyat merasa senang untuk hidup..saya mendengar keluh kesah rakan2 dan masyarakat ttg persepsi buruk ttg pimpinan UMNO sampai kadang2 ianya kita pun tidak mampu menidakkannya kerana perkara itu benar2 berlaku..

UMNO DAHULU DAN MENUNGGU SEHINGGA DIBERSIHKAN

JGN DISIBUKKAN SGT DENGAN KEBURUKAN DAN KELEMAHAN PEMBANGKANG TETAPI PANDANG PADA CERMIN APA SALAH KITA SEHINGGA RAKYAT MENOLAK!!JIKA TIDAK AKHIRNYA PRU SLEPAS INI KITA YANG AKAN TEWAS..

ipohmarley

Sudah lah jangan nak menegak benang yang basah , apa takut sangat dengan teguran Tun kalau kita betul , ini macam mengelabah naik angin satu badan , akui lah kesalahan bukan susah dan mula la dengan melakukan pembetulan buang semua konsultan dan penasihat yang tak elok dan mula dengan langkah lebih tegas bukan asyik cari popular . lagi pun Tun tak mintak berhenti pun apa nak kalut . Tapi yang pasti apa bila isu program 1MDB yang pelaburannya telah rugi berbillion ringgit di luar negara pecah tunggu la saat kehancuran Najib dan kerajaan secara total aku bukan nak berdoa tapi perkara ini semakin serius Najib masih lembab tak mahu sedar dan biar saja buaya-buaya kazanah membazir duit dan merosakkan kerajaan . Tunggu.

Kita harus fokus kepada permasalahan isu pr di Selangor... Sekarang tumpuan dah beralih arah isu kritikan Tun M pulak. Kita pun ikut juga tolong membalun kerajaan

Najib perlu berani akui kesilapan yg telah beliau lakukan supaya rakyat bolih menilai tahap kepimpinan beliau

Kpd hulubalang Najib.....jawap kritikan Tun dgn penjelasan.....kalau silap akui dan perbetulkan.....bkn pertahan secara membabi buta.

Duit kerajaan tidak seharusnya dibazirkan kepada pemberian tunai BR1M. Banyak lagi cara untuk membantu golongan pendapatan rendah bukan dengan cara pemberian tunai. Sebanyak mana duit tunai yang ditaburkan, tak kan cukup. Kerajaan perlu membantu bukan menanggung rakyat. Duit BR1M tu sebenarnya tidak cukup pun untuk menanggung perbelanjaan sekolah anak-anak yang kian meningkat dikutip oleh pihak sekolah saban tahun.

Najib harus ditegur, walaupun selepas Pak Lah, keadaan negara tidak banyak berubah, masih kucar-kacir.

Tun M memang the best. Ramai rakyat Malaysia kurang puashati dengan Najib walaupun tak seteruk Pak Lah, tapi apa yang telah dirosakkan oleh Pak Lah belum dapat dipulihkan oleh Najib sepenuhnya, Jadi, Najib sepatutnya berusaha lebih lagi.

Memang ko Bangang! ANUAR MUSA MENANG KAT KETEREH SEBAB MASA PRU TU DIA MENUNJUKKAN DIA SOKONG TUN BUKAN SEBAB TRW!!! DIA KALAH SEBELUM TU SEBAB NAMPAK SANGAT DIA BODEK DOLLAH BADAWI DAN KHAIRI JAMALUDDIN!!!! PENGUNDI KETEREH RAMAI YANG ATAS PAGAR. AKU GERENTI KALAU ANUAR BUAT PERANGAI LAMA DIA DENGAN MEMBODEK, SORI LA BRO, SEJARAH AKAN BERULANG!!!! WALLAHUA'ALAM.

- Ore Kelate -

ya betul tu apa najib dah buat..hancus

Masalahnya Lu dok hancurkan negara. Lu dok sapu duit bagi kat kroni lu dan lu dok bayar konsultan mahal2 untuk jaga imej lu. Lu tak peduli pasal rakyat. Lu cuma peduli pasal imej lu dan isteri lu. Sebab tu lu kena berambos segera.

tengok tajuk pun dah jelas dan terang bagaimana sikap sebenar penulis. tak payah komen panjang.

BRIM? Pemberian yg membazir..bolih kah sebanyak itu tahan untuk setahun...2 ke 3 billion tu amat besar nilai yg patut digunakan untuk menampung kenaikkan harga barang adalah lebih baik dari bagi BUTA macam tu saja.

Setuju..itulah yg harus dan patut dibuat olih NAJIB..kalau tau salah perbetulkan tapi kalau dah betul buat penamvahbaikkan lagi..
Yang kesiannya NAJIB terlalu ramai Menteri Menteri yg YES SIR....tapi kerja? Mengabiskan harta kerajaan saja..TAK JUJUR DAN TAK IKHLAS...Ini yg sepatutnya NAJIB kena lihat...Ganti saja menteri yg agak agak dah jadi.BIAWAK HIDUP dlm kabinet.

Bro Be Da Man.. Lu tak payah la quote Anuar Musa... Masa menang dulu macam2 janji.. Harap Mara Liner aje la masuk Kok Lanas sebab dia Pengerusi Mara, tempat lain macam mane, diorang tu bukan rakyat KKelantan ke? SKMK dah mampos, pastu sykt bas tala duit kerajaan dekat 2 juta sebulan tapi public transport makin terok!!! Rakyat menderita.. So aku nak tanya, apa Najib buat? Report semua sampai kata rakyat seronok... Lancau la lu......!!!

YUP SETUJU....AKIBATNYA PEMBAYAR CUKAI MAKIN BERTAMBAH MARAH DAN GERAM....NAJIB TERANG2 CAKAP.....POTONG SIKIT SUBSIDI PETROL UTK BG PADA PENERIMA BRIM...KO TAK HANGIN SATU BADAN...YG TAK TERIMA BRIM PATUT DAPAT SUBSIDI PETROL TAK GITU ????

Mmg ada kebenaran apa yg Tun ckp. UMNO akan hancur kalau Najib tak diberi peringatan. sapa yg berani tegur selain Tun M?? Masalah NAjib adalah org di sekeliling dia yg suka mengipas dan meng'aircond". semua jenis nak projek dan asyuk masuk.. Tu yg menjatuhkan Najib. Yg bagi idea pun jenis ada kepentingan sendiri. Masa Tun dulu, Tun ada penasihat2 yg cerdik dan bijak dan pada masa yg sama, Tun M pun bijak mengawal dan memberi jawapan yg bernas dan tepat. Org lainh tak berani dgn dia. so, it's time for Najib to look back at his team and do the necessary changes. Kalau tak, kita akan lihat kemusnahan UMNO dlm pilihanraya. And please don't say we are strong. Go down to the ground, and see it for yourself. It's time for reformation in UMNO itself.

Point #8 tu penulis kena buat kajian dan rajin membaca. Statistik PRU yang lalu memang menunjukkan UMNO menang dengan undi MELAYU/BUMIPUTERA terutamanya di luar bandar.

Jadi, eloklah dihargai undi yang diberi. Hujah2 seperti di atas semua amat2 mengHINA terhadap pengundi2 yang mengundi calon UMNO.

Percayalah jika ada seorang lagi blogger pro-UMNO seperti ini yang sombong dan bongkak tak menghargai pandangan rakyat MAJORITI dan hormat pada seorang negarawan yang banyak berjasa, maka UMNO pasti dikuburkan pada PRU akan datang.

48% memilih BN pada PRU13. Cuma 3% Cina menyokong BN, yang 97% memilih sebelah sana. Kalaulah pemimpin tu rasional, apa tindakan yang sepatutnya dia buat?

Ya: reward yang puak 48% tu dulu!

Tapi pemimpin bebal akan buang yang dikendung semata-mata nakkan yang dikejar. Sepatutnya Sarawak dapat Menteri Penuh at least 2 orang. Tapi dia tak bagi kepada Sarawak, tapi kepada Cina yang hanya deliver 3% undi kaum dia tu yang dapat jadi Menteri.

Bingai ke tak bingai?

Ini la perangai yang buat Melayu atas pagar menyampah. Penulis laman ini sama eksyen dengan Najib. Melayu Semenanjung dan Bumiputera Sarawak yang memenangkan BN hari tu. Tapi sikit pun tak pernah ucap terima kasih. 2 juta bagi kepada sekolah Cina, sekolah agama dapat 200 ribu.

Hari tu kita tengok muka Najib terkulat-kulat lepas kena kencing dengan Cina. Mari kita tengok macamana rupa muka dia bila dia akan menjadi Presiden UMNO pertama yang dikencing oleh Melayu atas pagar. Dasar tak sedar diri. Ditegur masih in denial. PRU14 nanti tengok, langit ni tinggi atau rendah.

Ironinya, penulis pojok ini berhujah kononnya Najib membuang tongkat. BR1M tu apa kalau bukan tongkat yang membuatkan rakyat lebih bergantung harap kepada subsidi tunai dari kerajaan?

Tuan Be Da Man. Apehal ko deletekan komen aku yang berasaskan fakta tu... Tu la.. Aku harap ko paham kenapa Tun Dr Mahathir kena tegur DSN secara open...

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu