Monday, August 18, 2014

Buat Ayahanda Tun Dr. Mahathir

Penulis hormat Tun Dr.Mahathir sebagai antara pemimpin yang paling penulis sanjungi, malah Tun adalah idola penulis sejak dulu lagi. 


Teguran Tun terhadap PM baru2 ini boleh dikatakan agak keras, cuma penulis pasti teguran yang dibuat itu mungkin terlepas beberapa pertimbangan2 tertentu.

Membandingkan cabaran politik,ekonomi dan sosial yang dihadapi pada zaman Tun dan DS Najib adalah agak tidak adil memandangkan terdapat perbezaan 'suasana' dalam 3 elemen yang penulis nyatakan sebelum ini.

Perbedaan elemen2 ini telah dihuraikan dalam satu mesej berikut untuk sama2 kita renungkan;



Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ayahnda Tun kerana sudi untuk memberikan padangan, kritikan dan teguran kepada pemerintahan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak. 

Ybhg Tun,

Walaubagaimanapun, saya kurang bersetuju apabila Ayahnda Tun meletakkan kesalahan kepada DS Najib atas keputusan buruk pada pilihanraya umum ke 13 yang lalu. Bagi saya, tidak adil jika menyalahkan DS Najib semata-mata. Beliau mewarisi kepimpinan negara dan parti ketika pembangkang cukup kuat. 

Pada zaman Tun, pembangkang cumalah serpihan kecil di Parlimen berbanding dengan sekarang ini. Mereka mempunyai berpuluh kerusi dan BN tidak lagi memiliki 2/3 majoriti. Ketika zaman Tun juga, pembangkang cuma memiliki 2 buah negeri, yakni Terengganu dan Kelantan berbanding sebelum PRU13, mereka menguasai 4 buah negeri dan dua daripanya adalah antara negeri terkaya di Malaysia. 

Saya sendiri sebagai seorang pemerhati politik (yang pernah juga bersama pembangkang) tidak meletakkan harapan yang tinggi ketika PRU lepas, pada perkiraan saya keputusan mungkin lebih buruk. Alhamudlillah, mungkin kerana DS Najib kita mampu untuk terus bertahan sebagai kerajaan. 

Sewaktu pemerintahan Ayahnda Tun, kerajaan dan parti mempunyai kekuatan media yang cukup hebat. Segala media arus perdana boleh digunakan bagi tujuan penerangan program-program kerajaan dan menahan tohmahan pihak pembangkang. Tetapi pada hari ini, media arus perdana bukanlah lagi medium utama untuk rakyat mencari maklumat. Mereka lebih bergantung kepada media-media sosial dan internet yang mana kerajaan tidak mempunyai kuasa atau peruntukan undang-undang untuk mengawal/menapis sebaran di media sosial yang lebih meluas dan laju. 

Tun seharusnya lebih arif bahawa kebencian yang menular di kalangan rakyat pada kerajaan Barisan Nasional pada hari ini bukanlah disebabkan oleh dasar-dasar kerajaan. Tetapi kerana fitnah dan tohmahan terhadap kerajaan dan pemimpin. Lumrah manusia, menyebarkan fitnah adalah lebih seronok dan mudah dari menyebarkan kebenaran. Begitu juga mempercayainya. 

Maka fitnah ini dibantu dengan medium penyebaran yang lebih cepat dan berkesan seperti media sosial. Untuk pengetahuan Tun, mereka juga telah berjaya mempengaruhi majoriti rakyat untuk mengatakan bahawa segala beban pada Malaysia hari ini adalah kerana dasar-dasar yang Tun laksanakan. (Boleh semak ratusan komen di Msian Insider mengenai kritikan Tun terhadap DS Najib)

Ybhg Tun, 

Saya juga antara orang yang tidak bersetuju ketika kerajaan memansuhkan ISA dan Akta Buang Daerah, terutama apabila kes jenayah meningkat begitu tinggi. Tetapi pada hari ini saya juga terkejut apabila Tun masih membangkitkan isu ini, bukankah kita telah menemui jalan penyelesaian dengan adanya akta baru dan operasi-operasi anti jenayah secara besar-besaran seperti Ops Cantas 1 & 2? Yang mana kita dapat melihat solusi ini cukup berkesan. Malah kita telah membuktikan pada dunia bahawa kita mampu hapuskan undang-undang ‘drakonian’ ini tetapi pada masa yang sama mengekalkan keamanan dan kestabilan negara. Bukankah ini satu kejayaan yang patut dibanggakan?

Saya tidak merasakan DS Najib tunduk dengan permintaan pihak lawan, tetapi ianya lebih merupakan satu pendekatan baru untuk rakyat.

Tun juga menyentuh soal gaji minima. Oleh kerana saya mempunyai sebuah kilang maka saya adalah antara orang yang terkesan dengan dasar kerajaan menaikkan gaji minima (RM900) ini. Tetapi saya rasa ianya satu dasar baru yang adil memandangkan ini bukanlah lagi tahun 90’an, nasi lemak cuma 30 sen. Saya sebagai seorang pemilik kilang sendiri kasihan dengan operator-operator kilang tempatan yang membuat kerja berat tetapi dibayar gaji yang rendah. Saya dengan hati terbuka mengikut saranan kerajaan untuk memberikan gaji minima kepada mereka. 

Apa yang saya lihat sebelum ini, tauke-tauke kilang yang membuat untung ratusan ribu malahan jutaan ringgit setahun masih lagi memerah keringat anak-anak tempatan siang dan malam dengan gaji yang tidak sepadan. Maka, wajarlah kerajaan membela golongan majoriti pekerja ini daripada memelihara tauke-tauke yang sudah senang lenang dengan untung. 

Ayahnda Tun,

Saya merasakan kita lebih beruntung apabila cara DS Najib melayan negara-negara jiran dengan lebih lembut dan santun. Kita ambil iktibar sewaktu Sabah di serang, oleh kerana hubungan baik dan santun kita dengan kerajaan Filipina, maka mereka telah bertindak untuk membantu kita dan bukannya menambahkan lagi masalah atau melakukan sabotaj. Mungkin kita nampak lemah, tapi saya percaya atas kesantunan yang tinggi ini pada satu hari ianya memberikan pulangan lebih besar pada negara. 

Mungkin keranan kesantunan dan kemesraan DS Najib dengan negara luar ini membuatkan ramai yang selesa untuk berunding dengan Malaysia. Termasuklah ketua pemberontak di Ukraine! 

Saya merasakan DS Najib telah melakukan kerja yang baik dalam menguruskan negara. Cuma keadaan tidak memihak kepada beliau, maka tidak adil untuk kita menyalahkan DS Najib. Mungkin jika pemimpin lain, BN dan kerajaan sudah menjadi sejarah pada PRU yang lepas. 

DS Najib mampu menarik golongan anak muda Melayu untuk kembali bersama kerajaan, DS Najib juga dilihat telah dapat menghapuskan monopoli 2-3 kerat tauke-tauke besar yang membolot kekayaan negara. Jika dahulu Anwar menggunakan modal bahawa 2-3 tauke ini merupakan kroni kerajaan, kita perhatikan hari ini beliau tidak lagi mengulangi tuduhan yang sama dalam ceramahnya. Nampaknya, kerajaan hari ini tidak lagi terpalit dengan tuduhan dikuasai oleh tauke-tauke ini. Alhamdulillah. 

Ayahnda Tun,

Kami rakyat Malaysia sangat sayangkan pemimpin kami termasuklah Ayahnda Tun, Tun Abdullah dan Dato Seri Najib. Harapan kami adalah pemimpin-pemimpin terbilang seperti Tun dapat memberikan kerjasama yang baik pada kerajaan. Mungkin ada pendapat Tun yang tidak diambil kira, tetapi saya rasa Tun sendiri faham bahawa untuk menyelesaikan sesuatu perkara terdapat banyak jalan. Sepertimana nak masuk dalam rumah, kita boleh masuk ikut pintu depan, pintu tepi atau pintu belakang. Mungkin secara kebiasaanya kita masuk pintu depan tetapi jika ada bayi yang tidur di ruang depan, maka wajarlah kita masuk melalui pintu lain untuk mengelakkan bayi itu terjaga. Tun mempunyai padangan, DS Najib juga begitu. Kami percaya walaupun caranya berbeza, jangkamasanya berlainan, tetapi objektifnya tetap sama.

Sekian,
Muhammad,
Ahli UMNO.


13 comments:

Kalau benar kenapa masih ada cakap.cakap dari pihak perisikan bahawa NAJIB tak pernah ambil kisah nasihat.dari jabatan tersebut...umpamanya keadaan zone keselamatan di Sabah...malah banyak lagi yg ditepisnya...sebab itulah pencerahan ayahanda Tun macam tu.

Tukar Najib sebelum nasi menjadi bubur.

hahaha..surat balas yang sepatutnya tidak dipaparkan kerana memaparkan KEBODOHAN penulis yang amat MEMALUKAN!!FAKTA YANG SGT KURANG BENAR!!

betul..fakta hampeh..otak udang kah! kah! kah!...orang najib la tu... banyak dapat job...

ak ada satu pun aku nampak hasil daripada najib..kurang lagi ada la...

Bodek Najib je pandai!!! Tu la yg Tun M cakap, asyik nak bodek je. Tu pasal Tun M terpaksa hantam Najib sendiri....Ptuihhhhh...

Tolong realistik sikit , gaji minima menyebabkan kos hidup meningkat dan najib naikkan gaji minima tak ikut produktivi ini beban yang akhirnya rakyat tanggung , Jenayah parah kerana undang-undang baru tak banyak kesan , malah orang lebih bebas menyentuh isu sensitif dan penjenayah bersendiket sukar dikawal . Beban ditanggung kini adalah dari dasar Tun itu penulis sendiri yang fitnah satu malaysia tahu dasar eknomi sosial Tun la yang dinikmati sekarang beban ditanggung kerana kerosakan yang di buat pak lah . Najib lemah sebab itu negara jiran memperluaskan kekuasaan di johor ini fakta dan kita kena tunduk apa saja yang mereka mahu contoh kes air dan jembatan. Di sabah pula sehingga hari ini diceroboh , dengan US nampak sangat kita lembut sehingga susah buat keputusan dagangan dan mh 370 , mh 17 kemungkinan besar ugutan dari US . Tak payahlah saya nak jawab panjang lebar tomahan kamu terhadap Tun dan nak kondem kamu sebagai balaci Najib , saya sangat meluat dengan najib kerana masih mengekalkan beruk-beruk pak lah dalam kazanah yang sangat jelas membazir diut , kedua najib mengakui melalui menterinya di parlimen bahawa beliau membazir hampir 7 Billion ringgit untuk bayar konsultan yang sepatut tak perlu apa Najib ini jenis malas berfikir dan tak percaya kepada pakar-pakar kerajaan ka. Kamu tahu tak najib dah membazir duit negara dalam program 1MDB yang di labur di luar negara yang hasil tak ada . Sehingga hari ini kerja-kerja najib tak terserlah cuma program utk popular diri . Satu lagi saya nak pesan sebenarnya orang UMNO la yang menjatuh dan merugikan negara ini bukan kerana rasuah atau tak amanah ini tak betul tetapi kerana sewaktu pemilihan agong UMNO mungkin kerana disogok atau pengikut tegar sesetengah pemimpin maka memilih pemimpin selalunya mengecewakan rakyat yang tidak dalam umno Dan memilih pemimpin yang kurang layak ini akan menjadi beban kepada rakyat semua apabila mereka di atas kelak , contoh ahli tak fikir mendalam pilih pak lah kemudian Tun terpaksa ikut kehendah majoriti lantik beliau jadi pm nanti pengikut merajok keluar parti tuboh parti baru , ini masalah dengan UMNO sehingga pemimpim terpalit dengan skandal lembu pun masih dipilih sepatut suruh berehat dulu . Tapi malangnya pemimpin yang elok sering disisih pemilihan sekarang tak seperti dizaman dahulu , jadi salahkan diri kamu dahulu wahai ahli-ahli UMNO kamu yang sering pilih yang tak betul disebabkan pengaruh yang tak baik.Dan sebab ini la rakyat semakin meluat dengan UMNO dan kenyatan orang muda sukakan UMNO ini syok sendiri rekaan KJ.

Bagi aku najib n tun ada kelebihan dan kekurangan masing2....
Memimpin sesebuah negara di zaman IT skrg agak mencabar dibnding zaman tanpa it..
Ditambah lagi dgn wujudnya pakatan pembangkang yg kuat spt skrg yg gigih memfitnah kerajaan.
Keyakinan sy cuma satu....sedikit demi sedikit rakyat dpt menilai sikap sbnr anwar dan dap termasuk sy sendiri dan berilah peluang kpd najib utk memperbaiki kelemahan yg ada.

Mangkuk tul kamu yee...tak habis habis kipas kiri kanan Najib!!.sebab org macam kau lah Umno skrg lembikkk...!di perlekehkan. Aku rakyat biasa dah lama tak sokong Najib!!.cuma aku hormat dia masa selesaikan kes MH17.buat kaki kipas...ingat yeer pembangkang dah bermaharajalela..selagi najib simpan mangkuk mangkuk kipas di JPM selagi itulah pentadbirannya hancur

PEMERHATI POLITIK KONON....MMG SOHIH MANGKUK HAYUN....WANG RAKYAT DIHAMBUR2 UTK MATLAMAT RAIH UNDI/POPULAR...BRIM...BAUCER TAYAR...BAUCER BUKU...REBET TELEFON....SEMUA MASUK POKET MATA
SEPET

ISA GANTI AKTA BARU....BERKESAN ???...SOHIH...BAIK G TANYA KAKI MABUK TODI JE....NI NAJIB TAK SABAR2 NAK GANTI AKTA HASUTAN PULAK...JAHANAM !!!

KENAPA MASA TUN M TADBIR MALAYSIA PEMBANGKANG CUMA SERPIHAN KECIL ???....SOALAN TU AJA DAH MENGGAMBARKAN KESELURUHAN PENCAPAIAN TUN DAN PERBEZAAN YANG AMAT KETARA PENGGANTI SELEPAS BELIAU

TUN MEMANG ZALIM....PAS KATA MAHAFIRAUN....AKIBATNYA MAT SABU...KARPAL...LIM KIT SIANG N SON...SEMUA MASUK DALAM !!!....SEBAB TUN NAK ORG BUAT KERJA....TINGGIKAN PRODUKTIVITI...KUALITI MUTU KERJA...BUKAN ASYIK POLITIK POLITIK POLITIK.....KALAU BANKAAANGGG JE....BILA NAK ABIS DA.....LU MASUK DALAM MAKAN NASIK KAWAH LA

BERBEZA ZAMAN DUA ORG NI....START PAK LAH....IALAH...BOLEHLAH....LEPASKAN ANWAR LA....BIAR DIA GASAK LA....KJ KAU PEGI TOLONG ANWAR LA....HANTAR PASPORT....BAGI ANWAR MAIN....BAGI DIA SONDOLL.... SAMPAI LEMBIK LUTUT....JAGA2 ANWAR BETUL2 JANGAN BAGI DIA GOL

ZAMAN NAJIB.....TELUSSSS...KITA IKUT KATA PEMBANGKANG....KITA PINDA....KITA TUKAR....KITAKAN 1 MALAYSIA.....TAK CUKUP BELANJA....KELUAR DUIT PERBENDAHARAAN....BAGI RAKYAT MAKAN....JOLI SAKAN...KAT MESIN JACKPOT DIHABISKAN...BIARKAN....KITA NAIKKAN SAMPAI PRU AKAN DATANG !!!.....YANG BAYAR CUKAI....BIARKAN.....PEMBANGKANG !!!!....HUSHHHH...KITA KAWAN2...MARI KITA SELFIE2....FB KITA PENUHKAN.....ORG HINA ISLAM DAN MELAYU....KITA REPORT POLIS....LEPAS TU KITA MAAFKAN....HAAAAA KAN AMAAAAANNN !!!!

Tahukah ko yang Najib banyak menang PRU13 antara sebab utama adalah sokongan Tun Dr Mahathir??? Ko toksah komen pasal Tun kalau akai tarak!!!! Zaman Tun sebelum Dollah dulu semangat patriotik sangat tinggi di kalangan Rakyat sebab Tun pastikan Lagu2 Patriotik seperti Setia, Keranamu Malaysia, Jalur Gemilang terutamanya hampir setiap masa dimainkan di saluran TV dan Radio. Ader Pak Lah dan Najib kisah sekarang??? Tu baru sikit dan benda basic bro, banyak lagi kalau aku nak sentuh..... tapi dah naik malas dah!

Alahai sindrom buta dan pekak ke ni..masih lagi perasan umno kuat?Masih lagi ingat Melayu puas hati dengan tindak tanduk kerajaan najib?BN cuma bernasib baik saja pada pru13 lepas.Semuanya sebab undi Melayu.Tapi boleh gerenti ke Melayu yg semakin tak puas hati dan meluat dengan cara najib layan Melayu dan handle negara akan terus undi umno dan bn?Kalau 10% saja Melayu buat undi protes najib akan jadi ketua pembangkang 2016 nanti!

Kalau najib tak mahu jaga Melayu(kecuali melayu felda),Melayu tak akan jaga najib.Itu baru isu Melayu.Belum lagi sebut pasal kelembikan najib dan hal2 lain.

Ini sah penulis bodek Najib. Berapa Najib bayar untuk artikel ini? Semua fakta yang ditulis adalah tidak berasas. Isu Lahad Datu-kegagalan najib menyebabkan berulang kembali. Malah Najib adalah punca tercetusnya insiden Lahad Datu kerana telah menukarkan kuasa TLDM kepada APMM dalam pemantuan di kawasan perairan Sabah. Kalau kata zaman berubah, tetapi Najib masih tidak berubah. Ini bermakna Najib tidak layak untuk menjadi pemimpin zaman ini.

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu