Monday, August 25, 2014

Anwar Pening , PAS Buat Hal Lagi ...

Dalam keyakinan tinggi kononnya komponen-komponen parti dalam Pakatan Rakyat sehati dan sejiwa . Kenyataan PAS hari ini sekali lagi menggusarkan 5 serangkai dalam PKR iaitu Anwar Ibrahim, Wan Azizah, Nurul Izzah, Rafizi Ramli dan Safuddin Nasution . Keputusan mesyuarat PAS tempoh hari yang mencadangkan 2 nama untuk menjadi MB Selangor yang baru iaitu Wan Azizah dan Azmin Ali tampak konsisten, walaupun dikatakan sebelum ini kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa pemimpin Pakatan Rakyat seolah-olah PAS akan bersetuju dengan pencalonan Wan Azizah selepas Azmin Ali secara jelas menolak pencalonan yang dibuat oleh PAS itu.


Biasalah, orang politik memang banyak helah mereka . Mungkin PAS meletakkan 2 nama calon MB untuk menimbulkan suasana tegang dalam PKR yang diketahui sekarang mempunyai beberapa kem, dan kem Azmin Ali di lihat semakin berpengaruh. Ini bukan soal kepimpinan tertinggi , ini soal sokongan ahli-ahli biasa dalam kem berkenaan . Pemimpin tertinggi seperti biasa akan 'playsafe' , yang di bawah ni lah yang akan buat bising . Senang cerita tengok je semasa persidangan PKR , mungkin dah tak tahan dengan bunyi2 dari akar umbi PKR yang persoalkan nepotisma , Rafizi Ramli minta siapa  yang tak setuju boleh keluar dari PKR dan cari parti lain.

Selepas PAS mengumumkan 2 nama calon MB itu, PKR di bawah telunjuk Anwar tidak kurang cerdiknya . Maka tak mustahil Azmin didesak untuk menyatakan bahawa beliau tak nak jadi MB , walhal sebelum ni kita tengok dia punya cara memang berharap sangat nak jadi MB . Mungkin kerana masih rasa ada hormat terhadap Pak Sheikh maka Azmin terpaksa melupakan cita-cita beliau itu . Hangpa masih ingat gambar di mana Anwar seolah-olah tengah maki Azmin Ali ? Itu boleh jadi dia punya 'klu' . Kumpulan-kumpulan Anwarinas dalam PAS , macam Mat Sabu, Khalid Samad dan beberapa orang lagi dah tentu jadi macam cacing kepanasan dalam PAS sendiri .Kelebihannya , dalam AJK PAS Pusat ramai yang dah jadi Anwarinas walhal ahli-ahli biasa PAS yang dibawah ni dah berbakul mengutuk Anwar dan PKR.


Hari ni , PAS sekali lagi bikin cerita , mula-mula sokong lepas tu tak sokong, lepas tu sokong balik .. .lepas tu tak sokong . Ramai yang pening , jadi U turn berkali-kali ni bukan sebab apa , puncanya geng2 Anwarinas dan geng2 Ulamak dalam PAS mungkin ada pandangan berbeza . Sekarang bukan dalam PKR je ada kem Anwar , dalam PAS pun ada jugak kem Anwar . Geng-geng Anwarinas dalam PAS ni tak berani keluar parti PAS walau perjuangan depa dah tak selari dengan agenda PAS ditubuhkan sebabnya jawatan . Ye lah kalau masuk PKR depa kena bersaing dengan nama-nama yang dah gah dalam PKR. Rugi beb..

Apa pun Setiausaha Agung PAS , Mustafa Ali umumkan hari ni bahawa 13 lagi ADUN PAS takkan tandatangan apa-apa dokumen untuk sokong Wan Azizah . Perkembangan terbaru ini pasti memeningkan lagi kepala ketua umum , Anwar Ibrahim dan ketua dedah , Rafizi Ramli .  Sebelum ni ada beberapa pemimpin PR berkata kalau ada PRN , parti yang paling rugi ialah PAS sebab akan makin kurang sokongan terutama dari pengundi Cina , dan pemimpin2 PR (PKR dan DAP) ini berkata kalau buat PRN sekali lagi pun mereka tak heran sebab akan dapat lebih banyak kerusi DUN. PAS dibuat seolah-olah menumpang populariti PKR dan DAP . Apa pun nasihat aku pada UMNO, tak payah masuk campur dan jadi je pemerhati , tengok je 'wayang' kerajaan PR yang dipilih oleh orang-orang Selangor ni.


2 comments:

Kalau da hidu bontot ketum pr mmg cam2....semua salah umno...betul2 ko ni bangang tahap nak mampus

Sebenarnya Anwar sedang main bontot dengan Azmin dan sebenarnya Anwar bukan nakkan Azizah jadi MB pon!!! Dia nak Azmin yang naik. Tetapi sandiwara mesti kelass bro!! PAS akan kena checkmate bila tiba-tiba Anwar kata dia rela drop Azizah jadi MB dan menyatakan sokongan kepada Azmin. Azizah hanyalah watak wayang kulit Wak Long Pak Dogol....

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu