Wednesday, July 2, 2014

Polemik Politik Hipokrit Pakatan antara Isu Letak Jawatan MB Selangor Khalid Ibrahim & Pengarah Umcedel

Sebenarnya bila timbul cerita mengenai wujudnya tekanan supaya pengarah Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) Prof Datuk Dr Redzuan meletak jawatan , penulis berasa agak gembira kerana akhirnya orang-orang tertentu akhirnya membuka mata bahawa data-data kajian yang dikeluarkan oleh Umcedel hanyalah sampah belaka . Hasil-hasil kajian yang dibuat terutama mengenai pilihanraya terpesong dengan keputusan yang sebenar . Hasil-hasil kajian Umcedel juga dilihat hanyalah sebuah mainan persepsi atau propaganda semata-mata untuk menguntungkan satu pihak . Salah satu kaedah propaganda ialah persepsi yang ditimbulkan supaya orang ramai "join the bandwagon" , maksudnya (dalam kes Umcedel) persepsi ditimbulkan untuk menunjukkan dari hasil kajian Umcedel kononnya "orang ramai menyokong PR" , mesej yang tersirat ialah rakyat seharusnya bersama-sama dengan "majoriti" ini.


Apabila dikatakan timbul tekanan yang memaksa pengarah Umcedel , Dr. Redzuan, untuk meletak jawatan , bekas Timb. Menteri Pendidikan yang juga ahli UMNO , Saifuddin Abdullah turut meletakkan jawatan beliau sebagai felo Umcedel bagi menunjukkan bantahan terhadap tekanan itu . Menurut Saifuddin Abdullah , tekanan itu wujud kerana dikatakan hasil kajian yang dilakukan tidak disukai Kementerian Pendidikan . Bagi penulis, sekiranya benar apa yang didakwa Saifuddin itu benar , tidak salah tindakan Kementerian Pendidikan itu kerana hasil kajian Umcedel adalah sampah ! Malah ada kajian yang dibuat oleh Umcedel juga tidak konsisten dengan kajian yang dibuat oleh institut pengajian tinggi yang lain . Kaedah kajian yang dibuat oleh Umcedel juga dipersoalkan , jelas sekali metodologi kajian mempunyai banyak kelemahan serta data untuk analisa statistik tidak mencukupi.



Penulis pernah menulis mengenai institut2 kajian di IPT dipergunakan untuk kepentingan politik beberapa bulan lepas . Satu kajian yang dibuat oleh UNISEL semasa PRK Kajang dahulu menyatakan majoriti penduduk Selangor tidak mahu Menteri Besar digantikan . Dalam beberapa tempoh sebelum itu , Umcedel juga mengeluarkan hasil kajian mereka kononnya mengatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih dikehendaki untuk menjawat jawatan Menteri Besar Selangor. Agak jelas di sini keputusan kajian yang dibuat oleh UNISEL dan Umcedel bercanggah , maka timbul soal kaedah kajian yang dilakukan ?

 Bagi penulis kajian-kajian seperti ini mudah dimanipulasi sekiranya pengkaji atau 'researcher' itu sendiri berat sebelah dalam mendapatkan data kajian mereka . Nak buat kajian yang hasilnya pro-PR dapatkan saja data2 dari kawasan2 yang pro-PR begitu juga kalau nak buat kajian yang pro-BN . Jadi sebab itu penulis kata kajian2 seperti ini mudah dimanipulasi melainkan kita diberikan data-data mentah kajian yang dilakukan untuk menentukan samada ia kajian yang baik atau lemah.

Bekas ahli kepimpinan tertinggi PKR, Zaid Ibrahim juga pernah mempersoalkan pengarah Umcedel , Dr. Redzuan yang dikatakan terlalu taksub dengan kajian mengenai Anwar . Adakah Umcedel ni ditubuhkan hanya semata-mata untuk kajian mengenai Anwar ? Jadi tekanan untuk singkirkan Dr. Redzuan sebagai pengarah Umcedel adalah sangat-sangat wajar , dan Saifuddin Abdullah meletak jawatan juga di alu-alukan kerana dia hanyalah liabiliti yang cakap untuk cari populariti . Entah kenapa masih bertenggek dalam UMNO. Antara yang dipetik oleh Zaid Ibrahim dalam ulasan beliau adalah seperti berikut ;


"Sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), kajian Umcedel cuba menggilap Anwar sebagai bakal Perdana Menteri.

"Apabila Anwar kalah dalam PRU-13, kajian Umcedel cuba membaik pulih imej Anwar yang telah berjanji untuk meletak jawatan jika kalah dengan berkata rakyat tidak setuju Anwar letak jawatan,"  - entri bertajuk Zaid Jilat Anwar? dari www.zaid.my

Dah terang lagi bersuluh UM melalui Umcedel hanya buang duit dengan mengeluarkan kajian-kajian sebegini walhal banyak lagi kajian sosial yang boleh dibuat . Kenapa hanya perlu tumpu pada politik, lebih-lebih lagi kajian yang menjulang-julang ketua pembangkang , Anwar Ibrahim . Kalau tekanan supaya meletakkan jawatan ini tak dibuat kepada Dr. Redzuan , lama kelamaan ia hanya mencerminkan kebodohan kerajaan Barisan Nasional yang memberikan kredit percuma kepada ketua pembangkang, Anwar Ibrahim . Penulis bukan lah nak kata , institut2 kajian ni perlu buat kajian yang menjilat kerajaan tetapi kajian yang dibuat mestilah berintegriti dengan data-data yang mantap .

Survey bukan dilakukan sesama puak sendiri , survey yang dibuat hendaklah melangkaui semua peringkat. Apa pun , harapnya 'pembersihan' dalam Umcedel tak terhenti di sini . Kalau masih wujud petualang pun tak guna . Biarlah badan kajian seperti ini 'bebas' dalam menjalankan kajian mereka . Sains sosial adalah antara kursus yang paling mudah untuk belajar di universiti2 , jadi tak perlu lah berlagak intelek sangat bila buat kajian2 yang hanya berdasarkan pemerhatian pada masyarakat , lain lah kalau yang buat kajian tu pun ada background mathematic atau sains tulen.

1 comments:

bernas lg bersuluh.sifudin boleh belah.org Pahang dah mau lu,manyak tipu.

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu