Tuesday, July 8, 2014

Pengenalan Kad Fleet Untuk Elak Penyelewengan Diesel, Petrol Bersubsidi Hanya Bazir Wang Rakyat

Dari petikan artikel Utusan Malaysia bertarik 3 June 2014 ;

"Kerajaan semalam mengumumkan akan memperkenalkan satu sistem baharu penjualan diesel dan petrol bersubsidi kepada pemilik kenderaan yang layak secara berperingkat-peringkat, mulai 1 September ini sekali gus mampu memberi penjimatan subsidi sebanyak RM9.8 bilion."



Menurut Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) , langkah itu antaranya diperkenalkan bagi mengatasi masalah penyelewengan bahan bakar bersubsidi itu . KPDNKK dikatakan akan mempertimbangkan penggunaan kad fleet bagi penjualan petrol dan diesel bagi pengguna yang layak . Walaupun dikatakan masih dalam peringkat pertimbangan , penulis secara peribadi tidak bersetuju dengan pengenalan sistem baharu penjualan bahan bakar ini.



Apabila sesuatu sistem baharu diperkenalkan, kita sedia maklum akan terdapat kos tambahan dalam melaksanakan sistem itu . Untuk sistem penjualan bahan api, penulis agak yakin ia melibatkan kos yang agak besar . Tambahan pula untuk kad fleet bagi mereka yang layak perlu didefinasikan ? Jangan pula ada cadangan kad fleet hanya boleh digunakan pada kenderaan 2000cc ke bawah , kononnya persepsi kenderaan yang berkapasiti 2000cc ke atas hanya mampu dimiliki orang kaya . Banyak juga2 kenderaan lama berkapasiti 2000cc ke atas digunakan oleh orang2 tua di kampung-kampung yang hidupnya tak semewah mana pun . Selain itu, sekiranya rancangan ini dilaksanakan maka untunglah kereta2 berjenama mewah mempunyai kapasiti engin 2000cc ke bawah.

Penulis berpendapat, KPDNKK seharusnya memikirkan kaedah lain dalam merombak sistem pembelian bakar bersubsidi ini . Tak perlu memperkenalkan sistem yang bakal menelan belanja berjuta-juta ringgit sedangkan keberkesanannya tidak terbukti lagi . Tak masuk lagi bab siapa yang akan mendapat kontrak menguruskan sistem yang akan diperkenalkan ini . Kita tak nak timbul kemudian hari dari kem pembangkang soal pemberian kontrak pada kroni-kroni, yang akhirnya kerajaan BN dilihat tidak telus . Macam mana nak jawab dengan rakyat kalau penyelewengan bahan bakar bersubsidi tetap berlaku sedangkan sistem baru dah diimplementasi ? Takkan lah nak buat sistem baru pulak lepas berjuta-juta ringgit dihabiskan dengan sistem sebelum ini . Adalah lebih elok sekiranya langkah penguatkuasaan diperketatkan terutama di petrol stesen berhampiran sempadan negara .

Pemilik stesen minyak juga perlu diberi amaran keras oleh KPDNKK untuk ditarik lesen mereka sekiranya membiarkan kereta asing mengisi petrol RON95.  Seperti yang pernah penulis cadangkan pada artikel sebelum ini , pemantauan dalam jumlah jualan diesel perlu dilakukan dengan kerap . Pihak KPDNKK sekiranya serius dalam menangani masalah ini perlu melakukan audit yang berkala kepada syarikat pembekal bahan bakar ini bagi mengesan samada wujud keculasan dan penyelewengan dalam penjualan bahan bakar bersubsidi ini . Jangan lah disebabkan sikap tidak bertanggunjawab mereka ini , maka kerajaan perlu berbelanja besar untuk memperkenalkan sistem yang baru yang kita tahu keberkesanannya , dan rakyat-rakyat yang jadi pengguna pun kena tempias .

Pada 19 June 2014, PAC (Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara) melalui Datuk Nur Jazlan berkata penerangan yang diberikan wakil kementerian kepada PAC hari ini tidak memuaskan hati mereka, memandangkan terdapat banyak kelemahan dalam sistem yang membolehkan penyelewengan subsidi diesel berlaku. Melalui kenyataan beliau itu, jelas sekali telah wujud sistem bagi mengekang penyelewengan subsidi diesel sebelum ini , tetapi masih juga berlaku . Jadi perlukah membazir lagi dengan sistem-sistem lain2 ? Pokoknya ialah kenalpasti masalah dari akar umbi dan basmi di situ terlebih dahulu. Dah ada beberapa aduan mengenai senarai pemborong bahan api bersubsidi yang menyeleweng , tapi dari respon yang diterima KPDNKK bersikap acuh tak acuh dengan aduan-aduan itu ? Apakah perlu ada rombakan dalam KPDNKK itu sendiri bagi mengatasi masalah ini?

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu