Tuesday, July 29, 2014

Latheefa Koya Balun PAS dan Nik Aziz?

Sumber : http://www.rakyatnews.my/index.php/20140729210142/politik/isu-mb-selangor-perang-latheefa-koya-dengan-pas



KUALA LUMPUR 29 Julai - Ketua Biro Hal Ehwal guaman Parti Keadilan Rakyat, Latheefa Koya kebelakangan ini dilihat kerap menghentam Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim di dalam Facebook dan Twitter milik beliau. 

Kenyataan-kenyataan berbentuk sindiran turut dikeluarkan kepada mereka yang secara terbuka menyokong kepimpinan Khalid Ibrahim.

Hal ini bermula apabila Ketua Umum PKR secara terbuka telah menyatakan bahawa isteri beliau Wan Azizah akan menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Sebelum ini, Anwar seolah-olah telah memberi isyarat awal apabila melaksanakan "Langkah Kajang" dengan meletakkan isteri beliau sebagai calon DUN Kajang yang sengaja dikosongkan demi melaksanakan agenda ini.

Latheefa Koya merupakan antara kepimpinan PKR yang dilihat kuat menyokong "Langkah Kajang" ini.

Kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh beliau di laman Facebook dan Twitter boleh dikatakan agak angkuh dan bongkak apabila menyindir secara sinis rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat yang tidak sependapat dengan beliau dalam soal penggantian Menteri Besar baru ini terutama dari PAS.

Latheefa kerap berkongsi tweet pengguna twitter dengan nama akaun lawyers4liberty yang banyak mengeluarkan tweet seolah-olah memperbodohkab rakan kongsi Pakatan iaitu PAS.

Terbaru, Latheefa secara sinikal menulis tweet yang menyindir kepimpinan tertinggi PAS selepas Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am , Nik Aziz mengeluarkan kenyataan menyokong Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Dalam tweetnya beliau menulis;

" @LatheefaKoya: kalau nak suruh follow kapten wahai tok guru - kapten ialah @anwaribrahim "

Beberapa tweet lain yang tertera di akaun twitter milik beliau juga cuba memperlihatkan PAS tidak lagi relevan dalam PR kerana beberapa kenyataan yang dikeluarkan pemimpin PAS adalah mirip UMNO. Antara tweet yang tertera seperti yang dikongai Latheefa Koya ;

"@lawyers4liberty: bagi Pas, Umno ni bagaikan kekasih lama yg tak boleh dilupai walaupun ditipu berkali2."

" @lawyers4liberty: Kalau Pas/ Adun Sgor nak jatuhkan Sgor & kembali ke Umno - silakan. Lebih baik rakyat tau sekarang sebelum PRU akan datang."

Melalui media pro-pembangkang, beberapa artikel ditulis seolah-olah pengguna-pengguna media sosial menghentam PAS apabila mempertahankan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar. PAS seperti ditakut-takutkan atau dalam erti kata lain diugut secara tidak langsung kononnya rakyat takkan menyokong mereka lagi sekiranya mereka terus tetap dengan pendirian dalam kemelut MB Selangor ini.

PAS turut diperlekehkan seolah-olah tidak menyumbang kepada kemenangan Pakatan di Selangor sedangkan parti itu memenangi kerusi yang sama banyak dengan DAP, sebaliknya PKR yang memenangi kerusi paling sedikit cuba mencatur kepimpinan negeri Selangor.

Untuk rekod, Latheefa Koya pernah menjadi Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya selepas PRU-12 tetapi telah meletak jawatan pada 2012, beliau sebelum itu dikatakan akan disingkirkan dari jawatan berkenaan apabila timbul beberapa isu antaranya seperti yang pernah ditulis oleh Raja Petra Kamaruddin tentang bagaimana Latheefa menggunakan kedudukan sebagai Ahli Majlis MBSJ untuk memperkayakan firma guaman Daim & Gamany, milik bekas Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah. Dakwaan itu bagaimanapun dinafikan oleh Latheefa Koya.


2 comments:

Lateefa koyak atas bawah ini , mana tak bising, beruk biadap ini bising dekat PAS sebab PAS tak sokong azizah boneka jadi MB selangor , so kalau azizah jadi MB si koyak ini pun boleh sama-sama libas harta selangor pada kapasiti yang lebih.

Kalu PAS x nk sokong apa yg PKR dan DAP setuju.... Maknanya APA???? Blh berbeza dlm pendapat tapi x blh berbeza dlm keputusan... Skrg majoriti sokong tukar MB... Whatsoever reason... Than kalu PAS x blh/x nk trima... Apa tggu lagi.... Kite tgk bape lama PAS/UMNO blh bertahan...... UMNO tu anaconda..... Jgn lupa haji hadi oiiiii.....

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu