Tuesday, July 22, 2014

Kejayaan Diplomasi Najib dengan Pemisah Ukraine Mengejutkan Dunia

Dua hari sebelum ini, dunia dikejutkan dengan tindakan puak pemisah Ukraine yang menguasai lokasi pesawat MH17 terhempas apabila enggan bekerjasama dengan pihak siasatan antarabangsa untuk masuk ke lokasi berkenaan.



Kerajaan Ukraine dan Russia yang sebelum itu berjanji kepada Perdana Menteri Malaysia untuk menguruskan kemasukan pasukan kecemasan ke lokasi berkenaan turut gagal berunding dengan puak pemisah apabila mayat2 yang bergelimpangan di lokasi pesawat itu terhempas terus dialihkan dan dibawa ke satu lokasi rahsia.

Perkembangan itu meresahkan banyak pihak terutamanya kaum keluarga mangsa yang berada di dalam pesawat MH17. Kotak hitam yang berada di dalam pesawat juga dipercayai turut dikeluarkan dan diambil oleh kumpulan pemisah. 


Kumpulan pemisah dilihat tidak terkesan dengan tekanan-tekanan yang diberikan oleh pihak antarabangsa, sebaliknya meneruskan operasi mengumpul mayat dan kotak hitam untuk dipindahkan ke satu lokasi rahsia.

Namun pada lewat semalam, apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib mengadakan satu sidang media khas pada lebih kurang pukul 12a.m (22 Julai 2014) , ramai yang menarik nafas lega apabila beliau menyatakan kerajaan Malaysia telah berunding dengan kumpulan pemisah dan mendapat persetujuan mereka untuk menyerahkan mayat mangsa yang telah dikumpul dan kotak hitam pesawat MH17.

Pengumuman yang dibuat Najib itu turut mendapat perhatian antarabangsa. Portal media dari Amerika Syarikat , The New York Time antaranya memetik seperti berikut;

Prime Minister Najib Razak’s announcement that his government had reached an agreement with pro-Russian separatists in eastern Ukraine, for the transfer of the bodies and so-called black boxes from Flight 17 to Malaysian representatives there, apparently achieved what pressure from far more powerful nations had failed to accomplish.

http://mobile.nytimes.com/2014/07/22/world/asia/malaysia-premier-brokers-deal-to-recover-black-boxes.html?_r=2

Petikan artikel di atas secara tidak langsung menunjukkan kebijaksanan diplomasi yang digunakan oleh Najib dalam menguruskan situasi ini adalah amat membanggakan apabila diplomasi dari pemimpin negara2 besar yang lain tidak dilayan oleh kumpulan pemisah Ukraine ini. 

Dalam rundingan bersama Alexender Barodai iaitu komander ketua pemisah di Donetsk, Ukraine, persetujuan telah dicapai untuk membawa mayat2 yang dikumpul ke bandar Kharkiv, Ukraine . Mayat2 itu akan diserahkan kepada wakil kerajaan Belanda dengan disaksikan 6 orang wakil dari Malaysia. Manakala 2 buah kotak hitam akan diserahkan kepada wakil kerajaan Malaysia di Donetsk.

Najib sebelum itu berkata  dalam tempoh beberapa hari sebelum itu ada ketika beliau ingin memberi kenyataan-kenyataan keras mengenai kejadian di Ukraine tetapi beliau memilih untuk melakukan segala kerja "senyap" supaya hasil yang diperoleh adalah lebih baik.

Mr. Najib said that at times over the past few days he had wanted to be more outspoken about events in Ukraine, “but sometimes, we must work quietly in the service of a better outcome.”

Penulis berpendapat, mungkin Ini lah sebenarnya cara Najib bekerja, beliau tidak perlu beretorik seperti tin kosong apabila sesuatu isu itu berbangkit, segala perancangan di buat dengan senyap sehingga ianya membuahkan hasil yang lebih baik. 

Masalah kita di Malaysia ialah sebahagian rakyat lebih gemar dengan pemimpin yang kuat beretorik seperti tin kosong dan berjanji itu ini. Segala-galanya demi populariti . Sekarang terbukti, walaupun Najib dilihat banyak berdiam diri dalam isu-isu tertentu, namun sebenarnya ada gerakan-gerakan dan perancangan yang dilakukan secara senyap.

11 comments:

MH 17 bkn bala spt yg diwar2kan oleh anti kerajaan. Ianya ujian bg Najib utk tunjuk kepimpinan beliau. Ramai yg mencemuh n keji, akhirnya trpaksa tutup mulut. Action speaks louder than talk. We support PM 100%

Dgn cara najib menguruskan rundingan ini pun sudah cukup membuka mata dunia bagaimana malaysia sebagai negara islam mampu membuat semua itu tanpa menggunakan kekerasan.... Ianya juga membuktikan bahawa najib juga bukan calang2 orgnya yg boleh diperkotak katikkan sebegitu sahaja .. Bak kata pepetah , air yg tenang jgn disangka tiada buaya...

Agak2 apa la macai2 PR nak buat cerita ni?? Mesti depa akan ckp Najib hulur duit ... Duit raya kot

dicadangkan supaya pihak pembangkang dan ngo anti kerajaan yang selalu mengambil kesempatan atas sikap najib pergi ke timur ukraine dan belajar untuk menjadi lebih jujur dan berprinsip daripada alexander borodai. najib digagalkan oleh sikap pihak yang sering tidak jujur dalam perundingan di dalam negara ini hinggakan najib dicemuh oleh sebahagian rakyat. najib sendiri pun boleh mengambil teladan bahawa perundingan akan membuahkan sesuatu yang positif sekiranya pihak-pihak yang terlibat benar-benar jujur untuk mencari penyelesaian. diharap najib berhenti memberi muka kepada pihak pembangkang dan ngo anti kerajaan yang selama ini mendominasi pentas politik negara dengan pelbagai tuntutan dan tekanan hingga meresahkan rakyat.

Obama mesti panas punggong...ha amik ko obama. Kerja setan us..mcm baling batu sembunyi tangan....

Kalau tak silap aku najib runding pakai bahasa melayu jerr. Sebab tu berjaya. Hidup Melayu.

Hanya seorang pemberontak dapat berurusan dengan pemberontak lain.Betul tak?

Apa yg najib bt skrg ni blm tentu lg obama pun blh bt tau...aku harap pusk2 pembangkang dpt terima kenyataan bahawa najib mmg seorg pm yg hebat

Ko mmg bangsa anjing peliwat yg tk blh terima kenyataan...g mampos lah...rugi malaysia ada rakyat bangkai mcm ko..elok anta ko g qaza..blh ko bt pahala ckit....

Aku bangga punya PM macam nie.....respect habis

Walaupun teman bukan ahli mana2 parti, teman memang sangat kagum dengan tindakan PM. Memang tepat dengan slogan Rakyat Didahulukan.

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu