Friday, July 4, 2014

CEO Khazanah Nasional : Tidak Timbul Soal 'Conflict of Interest' , Nazir Razak Memang Layak

Perlantikan Nazir Razak CEO Khazanah Nasional mendapat perhatian ramai pihak memandangkan status beliau yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Perdana Menteri Malaysia. Ramai yang berpendapat perlantikan itu merupakan satu 'conflict of interest' . Walaupun begitu, Nazir Razak juga mempunyai latar belakang yang cukup kuat untuk melayakkan beliau menerima perlantikan sebagai CEO Khazanah Nasional. Seperti yang dipetik dari portal berita Rakyatnews.my ;



"Nazir sudah berkhidmat selama 25 tahun di CIMB Group selepas menyertai jabatan kewangan korporat CIMB Investment Bank pada 1989. Pada 1993, beliau ditukarkan ke cabang pembrokeran kumpulan itu yang mana beliau kemudian dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Eksekutif sebelum kembali ke CIMB Investment Bank sebagai Timbalan Ketua Eksekutif pada 1 Jun 1996.

Beliau kemudian dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Investment Bank pada 1 Jun 1999 dan sudah menjawat jawatan itu selama 15 tahun.

Di bawah kepimpinan Nazir, CIMB sudah berkembang menjadi antara Bank Universal ASEAN utama berikutan beberapa pengambilalihan di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand."

Ternyata pengalaman Nazir selama 25 tahun dalam bidang perbankan dan pelaburan tidak dapat dinafikan dengan kejayaan beliau mengembangkan perniagaan CIMB hingga ke peringkat negara-negara ASEAN. Penulis berpendapat, Nazir lebih suka meletakkan diri beliau sebagai seorang 'businessman' serta mengelakkan diri dikaitkan dengan hal-ehwal politik . Penulis juga melihat dengan perlantikan Nazir Razak sebagai CEO Khazanah Nasional , institusi itu diharapkan dapat berkembang dengan lebih baik . Melalui satu artikel dari Financial Times bertajuk 'When toil is as strong as family ties' , Nazir Razak digambarkan sebagai seorang eksekutif biasa yang bermula dari peringkat bawah sehingga ke kedudukan beliau sekarang. 

http://www.ft.com/cms/s/0/ce42a9f4-bb98-11e1-90e4-00144feabdc0.html#ixzz36TSnTUHj

"Hugo Young at Aberdeen Asset Management, the UK fund manager that is CIMB’s biggest private shareholder with a 10 per cent stake, says that while Mr Razak may be high-born, he has worked his way up from the bottom at CIMB. “He has earned his position and he has professionalised the business in a way that few other Malaysian businesses have been,” he says."

Nazir Razak juga dikatakan mempunyai hubungan yang baik dengan Tan Sri Azman Mokhtar yang merupakan Pengerusi Khazanah Nasional . Khazanah Nasional mempunyai pegangan-pegangan saham yang besar di bebeberapa institusi kewangan iaitu ACR Capital Holdings Pte Ltd, Bank Muamalat (Bank Muamalat Malaysia Bhd) , CIMB Bank dan Valuecap (Valuecap Sdn Bhd) . Oleh yang demikian, adalah sesuatu yang tidak menghairankan apabila Nazir Razak yang memimpin CIMB Bank dilantik sebagai CEO Khazanah. 

Jelas sekali perlantikan yang dibuat adalah  kerana merit yang ditunjukkan oleh Nazir Razak , namun penulis akui skeptik masyarakat mengenai hubungan kekeluargaan itu tetap wujud . Itu lah dilemma yang perlu dihadapi oleh mana-mana ahli keluarga (pemimpin) yang berjaya kerana akan wujud satu pemikiran dalam masyarakat yang mengaitkan kejayaan mereka berkait rapat dengan status hubungan kekeluargaan mereka dengan pemimpin negara. Namun perlu dingati bahawa Nazir Razak telah menerajui CIMB Investment Bank sejak tahun 1999 berbanding Najib Razak yang mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada tahun 2009 . Dalam tempoh 10 tahun sebelum itu, Nazir Razak terlah berjaya mengembangkan sayap CIMB ke luar negara. Bagi yang gemar membaca majalah-majalah The Edge, The Star Biz, Wall Street Journal , nama Nazir Razak bukanlah satu nama yang asing. 

Dari satu sudut lain, ramai di kalangan orang-orang politik (penyokong UMNO) berpendapat Nazir Razak merupakan liabiliti kepada abangnya apabila membuat kerana beberapa polisi CIMB dilihat tidak 'berjiwa' Melayu . Beliau lebih berpegang kepada prinsip perniagaan untuk menjana keuntungan , contohnya kontroversi urusan pinjaman CIMB kepada syarikat penerbangan Air Asia yang dilihat kerap kali menimbulkan isu dengan kenyataan-kenyataan yang dikatakan tidak mesra kerajaan. Penulis melihat ini antara kualiti yang menyebabkan beliau dilantik menjadi CEO Khazanah kerana ketegasan dan tidak tunduk pada desakan . Mungkin juga orang-orang sekeliling PM yang cuba mengambil kesempatan untuk menggunakan dana khazanah akan berfikir dua kali untuk 'menjual nama Perdana Menteri' . 

11 comments:

Kenapa perlu lantik Nazir?Tak ada orang lain yang layak ke? Ini semua permainan Najib nak bolot harta negara untuk kepentingan sendiri.Masih lagi nak sokong UMNO?

ini lah komen melayu bangang..tak nak tenguk melayu naik..cuba buka mata sikit..lihat berapa banyak perniagaan cina yg ada kait dgn kekeluargaan..sebab tak bergiat dlm politik?...mana kau tau..logikkah perniagaan besar besar cina tidak melibatkan politik...engkau memang melayu sial...buta mata buta hati..melayu naik sikit dan cemburu..patut sokong...bengong.

Tumpang Tanya sikit.kalau Abg jadi pm tak kan adik Abg tak ada chance yg baik baik.tak kan nak jadi pencuci tandas.Abg senang adik senang

Ko tgk lee kuan yew kt spore tuh... Ko ingt kalu DAP perintah bgus sgt.ko pegi zoom sikit sapa handle temasik holding, sbs,mrt,hdb...... Bodoh piang

Selepas perlantikan ini, akan ada perlantikan baru;

1) Anak Najib- CEO Petronas
2) Menantu Najib- CEO Proton
3) Teman Wanita Anak Najib-CEO TNB
4) Teman Lelaki Anak Najib-CEO Bank Negara Malaysia
5) Kawan kepada Anak Najib-CEO MAS

Anon 2:47- kamu adalah contoh melayu yang akal pendek.kenapa tak de melayu lain yang layak ke?Kenapa perlu adik sendiri jika tidak kerana ada muslihat disebaliknya?Keluarga cina menguruskan perniagaan keluarga masing2 tak de kena mengena dengan kerajaan Najib yang sekarang nak jadikan negara ini keluarga dia punya. Oh ya baru teringat,ah jib gor kan menyembah cina maka dia ikut style cina. Dia buat negara ini macam family business.

Sebelum ini orang UMNO dok kata penyokong PAS bagai lembu dicucuk hidung tapi rupa-rupanya penyokong UMNO sendiri bukan saja dicucuk hidung,malah diliwat oleh UMNO sendiri. Inilah contoh yang berlaku.Najib tak peduli apa pandangan orang melayu asalkan dia dapat kaut kekayaan negara untuk dia dan keluarga. Ingat Idirs Jala pernah kata negara akan muflis dibawah pentadbiran Najib.

1. Kalau Abg jadi PM; kiranya Si Adik tu bodoh tongong bahalul... tapi dapat jadi pencuci tandas di Parlimen... itu sudah kira baik.
2. Kalau Abg jadi PM; kiranya Si Adik tu cerdik pandai serta terbukti kemampuannya... pi lah kerja manapun, dapat kerja apa pun... no hal.
Catatan: Untuk jenis pemalas, busuk hati, kauduk tu... tak akan berpuas hati dalam apa keadaan sekalipun. Tak payah layan...

EVLee

memang betul2 susah nak dapat pemimpin macam tun dr mahathir. pada zaman dia di atas, sama ada adik beradik ataupun anak2nya langsung tidak dibenarkan bergiat dalam politik atau perniagaan yang berkaitan dengan kerajaan. bukan kerana tiada kebolehan atau kelayakan tapi semata-mata kerana tidak mahu dilihat mempunyai konflik kepentingan. anaka tun pun bukan tidak berkebolehan, tetapi tun bertindak menyekat mereka daripada terlibat dengan entiti yang kerajaan mempunyai kepentingan. pemimpin selepas tun hanya cakap tak serupa bikin. pak lah dengan menantunya, najib dengan adik dan sepupunya. banyak pandangan pembodek yang tidak memikirkan persepsi rakyat terhadap perdana menteri dan kerajaan serta barisan nasional. cukup-cukuplah membodek tu.

Apabila Najib meletak adik sendiri menjaga syarikat yang penting untuk negara,bermakna ada something fishy yang sedang dirancang oleh Najib Al Mongolia ini. Jgn lupa,semua GLC di negara kita di bawah Khazanah maka di situ adalah lubuk duit.

1000% setuju dan sokong pandangan tuan hamba

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu