Sunday, July 13, 2014

Ancaman Pengganas di Perairan Sabah , Mungkinkah Kaedah Perangi Komunis Boleh Digunapakai ?

Kejadian yang meragut nyawa seorang anggota polis marin  di Pulau Mabul semalam mengejutkan negara . Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan bagi meningkatkan keselamatan di perairan Sabah sejak berlakunya insiden pengganas di Lahad Datu , masih terdapat lagi ruang-ruang kosong yang membolehkan anasir-anasir jahat dari luar menggagu gugat keselamatan rakyat terutama di beberapa kawasan perairan di Sabah. Entah di mana silapnya , penulis tak berani nak komen sangat dengan soal strategi pertahanan negara kerana tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, cuma kita perlu akui ia adalah satu tugas yang sukar bagi pihak polis dan tentera apabila terpaksa berhadapan dengan ancaman-ancaman berbentuk militan ini.


Penulis melihat kejadian-kejadian serangan dan penculikan bersenjata di Sabah mempunyai pergerakan yang hampir serupa seperti zaman komunis berleluasa di Malaysia . Kerajaan Malaysia mengambil masa yang agak lama untuk menghapuskan saki baki komunis di negara ini sehingga tahap terpaksa mengadakan rundingan . Semasa era komunis menentang kerajaan , mereka bergerak secara berkumpulan di dalam hutan dan pergerakan mereka sukar di kesan . Mereka juga menghantar pengintip2 di kawasan bandar dengan berpakaian serupa seperti orang awam. Melalui maklumat yang dihantar oleh pengintip-pengintip ini, tidak mustahil kumpulan-kumpulan komunis yang berada di dalam hutan dapat mengetahui pergerakan pihak berkuasa.

Secara relatifnya, ancaman pengganas di perairan Sabah dan ancaman komunis pada satu ketika dahulu mempunyai ciri-ciri yang hampir serupa . Apa yang membezakan ialah ,pergerakan kumpulan ini di laut dan di hutan , namun penulis percaya modus operandi adalah serupa . Kalau dahulu ,helikopeter Nuri digunakan untuk menyekat pergerakan dan memerangi komunis , kita mungkin aset ketenteraan di kawasan laut perlu dipertingkatkan . Apa yang menjadi kebimbangan ialah , apabila ada saja ura-ura untuk membeli aset-aset ini, maka terdapat pelbagai bantahan yang kononnya pembelian aset ini hanya membazir wang rakyat. Namun apabila kejadian seperti semalam berlaku , ramai yang cuba menunding jadi pada pihak kerajaan .

Selain itu penulis berpendapat, mungkin sudah tiba masanya kerajaan mempertimbangkan untuk menggunapakai semula kaedah yang pernah digunakan pada satu ketika dahulu dalam memerangi komunis dalam menghadapi ancaman pengganas2 di lautan Sabah kini. Kaedah-kaedah yang digunakan dalam memerangi komunis di dalam hutan mungkin boleh diubahsuai untuk menghadapi pengganas2 di lautan Sabah ini. Seperti yang dinyatakan di atas, adalah wajar untuk aset polis dan tentera yang digunakan untuk berkawal di kawasan lautan di pertingkatkan selain bilangan anggota pasukan keselamatan yang berkawal perlu ditambah . Penduduk-penduduk setempat pula boleh memainkan peranan dengan diberi latihan keselamatan sekiranya penempatan mereka menghadapi ancaman .

8 comments:

kena ikut cara lanun laut somali dan yemen di hapuskan oleh pihak berkuasa antarabangsa.

dan jangan segan atau silu untuk minta bantuan /kerjasama dari komuniti antarabangsa key!

POLIS dan ATM ken aggresif , jangan terlalu mendedahkan apa jua program atau perkara berkenaan operasi keselamtan di media maya atau suratkhabar ,
apa yg berlaku ialah terlalu banyak maklumat bocor sebelum ianya berlaku, serbuan pun boleh diketahui oleh masyarakat sebelum serbuan berlaku,
menteri jangan pandai cakap saja, dengan paper cakap bukan main, akhirnya memecahkan segala kerahsiaan yang dilakukan pasukan ..

kena ada team risik yang gagah, team peninjau juga , alat2 yang ada gunakanlah ...
saya tahu banyak peralatan kita ada tapi kenapa ianya tak digunakan ?

oh kalau gitu minta Tentera/Navy ambil alih keselamatan perairan la. Dah macam berat dah kes ni. Faham la sebab ada masalah diplomatik seperti Indonesia dan Filipina tapi nak buat camna? APMM dah macam fail je.

Lagi baik buat macam rancangan Briggs dahulu pisahkan sumber (penduduk tempatan) dan lanun-lanun ni. Buat dan buka Kampung baharu. Lagi pun sudah lama Bajau laut dan lain-lain penduduk tempatan agak ketinggalan. Memang nampak kejam dan ala-ala Israel tetapi kita buat dengan niat baik untuk keselamatan negara. Usah peduli apa NGO-NGO human rights ni (baca: agen Anwar si Dajal kecik) ni akan kata esok.

Sorang nelayan cina dari hutan melintang pernah berkata..selama 30 tahun dia jadi nelayan yg berulang alik dari hutan melintang ke kawasan pulau perak..tidak pernah sekali pun terserempak dgn kapal kapal Navy, Marine polis ataupun kini APMM..sikap macam ni nak kita harapkan untuk menjaga perairan SABAH sepanjang 1400 km tu...
Yang herannya minyak kapal sentiasa habis....bolih tolong jelaskan...kalau tidak rasuah namanya..SPRM pun bukan bolih harap sangat...beli tayar pun minta diskaun...Najib tak dengar nasihat orang.

Semuanya mungkin akan menjadi lebih mudah sekiranya jumlah pendatang tanpa izin yang jauh lebih besar dari jumlah penduduk tempatan boleh dikurangkan. Namun, janji sejak dahulu kala untuk menghantar balik PTI hanya tinggal janji..

Ini semua salah Najib sebab pandai2 pi serah keselamatan perairan daripada TLDM ke APMM. Najib harus dibicarakan atas kecuaian yang telah menyebabkan ramai kematian.

Angkara Ayahanda Syaitun di bebankan kpd Rakyat. Nak bagi KP secara sulit2 tanpa gazet , itu bukan kerja PM tapi Penyamun. Sepatutnya semua aktiviti kerajaan haruslah digazetkan. Org2 Sulu sudah pun ada di Sabah sebab Madey, tinggal mereka di perlengkapkan dgn AK47, RPG, bom tangan, machine gun dan lain lain, habis lah ATM kita. Dulu Bri tish dah clear semua komunis sebelum menyerah kpd Tunku , Madey mengundang balik pemberontakan sebab ingat pandai sangat. Madey guna perkauman untuk pengukuhan kedudukannya tanpa pikir keselamatan Negara. Selain dari komunis rakyat yg ada di Malaysia selepas kemerdekaan semua baik2 taat kpd Negara, tapi Razak dan Madey kerana terlalu ghairah nak mengenepikan Tunku , pakai perkauman dan kebencian utk meraih undi, inilah akibat pemberontakan Sulu di satu sudut dan di satu lagi perpecahan dikalangan rakyat.

Hahaha...najib lg nk hapus semua akta yg mengekang cina komunis ni nk saran guna kaedah hapus komunis pulak....gila ke apa - najib kata laa....kah3

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu