Sunday, June 15, 2014

Siapa Tanggung Perbelanjaan PI Bala Yang Kononnya Hidup Dalam Buangan Selama 5 Tahun?

Mungkin sengaja nak burukkan reputasi PM dan isteri , hal berkaitan mendiang PI Bala dibangkitkan semula. Kononnya mendiang PI Bala dipaksa berada dalam buangan di India hampir selama 5 tahun, dan mereka akan menyaman Najib disebabkan perkara ini . Hal ini di jaja dalam media-media pro-pembangkang cuba menyakinkan rakyat dengan lakonlayar yang mereka sendiri cipa . Nampaknya ini adalah strategi 're-cycle' puak-puak penjahanam negara nak menjatuhkan kredibiliti PM dan isteri setelah modal yang mereka simpan selama 5 tahun di India tak panjang umur disebabkan serangan jantung. Pastinya apa yang berlaku benar-benar mengecewakan mereka, dek kerana mati akal dan tak ada isu baru boleh dibangkitkan maka isu lama dikitar semula. 



Dari laporan portal berita The Star Online pada 5 Julai 2008, dinyatakan satu laporan polis telah dibuat oleh anak saudara PI Bala mengenai kehilangan penyiasat itu. Sebelum kejadian itu, Bala telah membuat 'statutory declaration' (SD) kononnya TPM (Najib Razak pada ketika itu) mempunyai hubungan dengan Altantuya. Walaubagaimana pun beliau membuat SD kedua selepas itu dan kemudian gagal dihubungi. Plot sebegini seakan-akan dibuat oleh pihak berkepentingan pada ketika itu untuk menjatuhkan imej Najib Razak. Dalam politik pelbagai cara digunakan untuk menjatuhkan pihak lawan termasuk cerita-cerita yang sengaja diada-adakan untuk mengelirukan rakyat. Kalau Anwar boleh kata tuduhan liwat adalah konspirasi pihak kerajaan terhadap beliau, adakah sesuatu yang mustahil untuk pihak di sebelah sana pula berkonspirasi terhadap Najib dan isteri?

Orang dah mati, dah jadi abu kita pun malas nak memburuk-burukkan orang , tapi kalau difikir secara logik kenapa si mendiang Bala ni saja yang nak dijadikan 'mangsa' ? Sedangkan dia ada 'strong back-up' dari peguam-peguam PKR ,kalau lah di tulus ikhlas, dia boleh saja buat laporan polis kononnya diugut untuk buat SD ke-2 , sambil ditemani oleh peguam-peguam hebat PKR . Boleh saja dia minta perlindungan dari polis , secara tak langsung bagi 'political mileage' pada PKR itu sendiri . Tapi kenapa dia boleh terima cadangan SD2 tu , dan kemudian buka pula cerita konon di ugut . Kenapa jadi berani pulak lepas tu ? Kalau dibelek-belek artikel-artikel yang lepas . Nampak si Bala ni agak lama juga di luar negara ? Banyak juga duit untuk berbelanja di luar negara . 


Mengenai penglibatan Najib , Rosmah dengan pembunuhan Altantuya sebenarnya secara tidak langsung telah dinafikan oleh Zul Nordin , bukan sahaja Zul Nordin malah Raja Petra juga . Berikut adalah kenyataan Zul Nordin semasa dalam sesi perbahasan di Parlimen pada 24 March 2010.

"Antaranya saya diminta membuat akuan bersumpah Perdana Menteri dan Datin Seri Rosmah terlibat dalam kes tersebut.

"Malah saya sendiri pernah diminta membuat surat akuan bersumpah yang mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dengan pembunuhan Altantuya.

"Ganjaran yang ditawarkan boleh menggoyangkan iman. Namun Datuk Yang Dipertua saya bersyukur kerana Allah melindungi saya daripada terlibat dalam fitnah tersebut," kata Zulkifli.


Bukan saja Zul Nordin, malah Raja Petra juga telah menyatakan secara jelas bahawa beliau didesak dan dipengaruhi untuk berbuat demikian (memfitnah Najib dan isteri) oleh beberapa individu yang tidak mahu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengambil-alih sebagai Perdana Menteri menurut satu petikan diperoleh dari artikel Malaysiakini , pada 13 April 2011 bertajuk "Kes Altantuya: RPK nafi tuduh PM, Rosmah" . Sebenarnya apa ditulis ini telah diterangkan berulang kali tetapi tuduhan yang serupa turut dibangkitkan juga berulang kali . Apabila satu penipuan diulang banyak kali , ia akan dilihat seolah-olah sesuatu yang benar .Oleh yang demikian, adalah menjadi tugas kita yang tahu kebenaran mematahkan penipuan yang dibuat ini biarpun terpaksa berulang kali menulis perkara yang serupa

6 comments:

Najib patutnya saman dia rang kerana fitnah, bodohnya najib.?

Najib memang bodoh.
Takut sangat dengan Aljuburi.
Najib dan gang harus letak jawatan.
Tak layak jadi PM.
Janganlah sampai UMNO dah jadi pembangkang baru nak letak jawatan.

Kenapa Najib tak saman mereka? Jawapannya mudah-berani kerana benar takut kerana salah.

najib bodo. ini la akibatnya bagi budak tak pernah rasa susah sejak lahir jadik PM.

Najib x bodoh..ko yg bodoh...najib x nak layan orang-orang macam ko...ada otak letak kat lutut...Klau najib layan org bodoh dia akan jadi sama bodoh macam macai..

Sebagai PM tak masa lah nak layan bab2 bodoh ni. Nanti itu nak layan, bab ini nak layan, bab tah pe2 nak layan. Bila pula masa dia nak buat tugas dia sebagai PM.

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu