Wednesday, June 18, 2014

PERMATA Negara : MP PAS Cemburu ?

Rupanya program PERMATA yang dinaungi Rosmah Mansor masih cuba dijadikan modal oleh sebilangan MP Pakatan untuk menjatuhkan kredebiliti isteri PM itu. Terbaru , cerita mengenai PERMATA timbul apabila Ahli Parlimen Rantau Panjang daripada PAS, Siti Zailah Mohd Yusoff bertanyakan soalan bodoh kepada Ahli Parlimen Arau , Shahidan Kasim mengenai penubuhan PERMATA yang kononnya untuk menaikkan imej Rosmah , Siti Zailah juga mempersoalkan kenapa tidak perkasakan saja agensi KEMAS dan Tadika sebaliknya memberikan tumpuan pada PERMATA. Penulis berpendapat sebagai seorang Ahli Parlimen , Siti Zailah sepatutnya melakukan sedikit penyelidikan mengenai PERMATA sebelum membuat kenyataan membabi buta itu.


Berikut adalah petikan dari artikel Bernama yang dikeluarkan pada 17 December 2009 mengenai PERMATA ,

"Idea penubuhan Permata Negara dicetuskan Rosmah kira-kira tiga tahun lepas setelah beliau melihat peningkatan kes jenayah dan masalah sosial dalam negara yang dipercayai berpunca daripada corak didikan semasa kanak-kanak.

Untuk merealisasikan idea itu, sekumpulan individu profesional termasuk pakar kanak-kanak, ahli akademik, aktivis wanita dan aktivis masyarakat berganding bahu melaksanakan pelbagai kajian dan penyelidikan.

Permata Negara dilaksanakan sejak 1 Mac 2007 dengan menawarkan perkhidmatan pengasuhan dan didikan awal untuk kanak-kanak di bawah umur lima tahun, dan keutamaan diberikan kepada ibu bapa yang berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan.

Pengasuhan yang dilaksanakan berbeza dengan taska biasa kerana ibu bapa perlu memperuntukkan sekurang-kurangya sejam setiap minggu untuk bersama dengan anak mereka di pusat itu selain melawat pada waktu makan tengah hari untuk mewujudkan hubungan yang lebih erat antara ibu bapa dan anak.

Kurikulumnya juga digubal berbeza daripada kurikulum asuhan dan didikan awal kanak-kanak yang lain kerana ia memberi penekanan kepada pembangunan kanak-kanak secara holistik dalam aspek kemahiran kognitif, sosio-emosi, komunikasi dan fizikal."


Jelas sekali dari petikan artikel di atas, idea mengenai PERMATA telah wujud sejak penghujung tahun 2006 dan mula dilaksanakan pada 1 Mac 2007 . Setelah lebih kurang 7 tahun berlalu dan mencapai pelbagai kejayaan dalam dan luar negara , rupa-rupanya ia masih menjadi isu lagi disebalik hasil-hasil yang ditunjukkan . Seperkara lagi yang mungkin Ahli Parlimen Rantau Panjang itu terlepas ialah Kemas dan Permata itu saling berhubung kait dan wujud program yang merupakan integrasi Kemas dan Permata. Dari artikel yang dikeluarkan Sinar Harian pada 4 Oktober 2012 ; (http://www.sinarharian.com.my/28-lagi-taska-permata-kemas-akan-dibuka-1.91514)

"Sebanyak 28 lagi taska Permata Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) akan dibuka secara berperingkat di seluruh negara menjelang 2013, kata isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.
   
Beliau berkata pembukaan taska Permata Kemas itu bertujuan untuk memberi peluang kepada anak-anak luar bandar serta daripada keluarga berpendapatan rendah untuk mengikuti program pendidikan awal.
   
"Pencapaian ini adalah selaras dengan matlamat penubuhan Permata iaitu memberi peluang kepada semua kanak-kanak mengikuti program pendidikan awal yang berkualiti selari dengan prinsipnya 'no child is left behind' (tiada kanak-kanak yang diabaikan)," katanya ketika berucap pada majlis Ramah Mesra Kanak-kanak Tabika dan Taska Permata Kemas di sini, hari ini.
   
Rosmah, yang juga Penaung Permata Negara berkata sehingga kini terdapat 665 pusat asuhan di seluruh Malaysia dan 345 daripadanya merupakan Taska Permata Kemas."

Oleh yang demikian, penulis berasa yakin tuduhan yang dilemparkan oleh Ahli Parlimen Rantau Panjang (Siti Zailah) itu adalah kerana kurangnya kefahaman beliau mengenai program PERMATA itu sendiri , atau mungkin juga beliau berasa cemburu kerana program asuhan kanak-kanak yang dibina oleh PAS iaitu tadika PASTI gagal mendapat perhatian ibu bapa berbanding dengan program PERMATA .

6 comments:

Nak jdi MP sangat, bodoh hampeh..... nak kata apa2 tak buat rujukan dulu... P sekolah semulalah weh...

Seorang mukmin akan menyelidik sebelum membuat sebarang telaan atau assumption, especially dengan niat yang tidak betul. Mukmin ke anda dengan kenyataan pertanyaan yang sinis? Atau mempunyai kedengkian (ciri syaitan) kerana tidak ikut model Taski PAS yang berpaksikan doktrinasi PAS dan benci kerajaan - tak gitu YB?

kita tak boleh marah..org2 PAS drp org paling atas sampai ke org paling bawah semuanya bodoh belaka..

kita cuma terkejut kalau diorang ni tiba2 pandai sikit.

Dia ni bodoh cuma pandai buat anak je.

PAS dari peringkat TASKI lagi telah diperbodohkan oleh tenaga pengajar yang tak cukup ajar.

Kesan dari asuhan bila dewasa mereka hilang identiti Melayu tidak Islam pun belum tentu.

permata negara ni satu rahmat yg tak ternilai sebenarnya utk orang yg tidak berkemampuan seperti tukang sapu seperti saya. terima kasih ya Allah atas nikmat ini.

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu