Sunday, June 1, 2014

Kecewa Dengan Kekalahan Dyana, Guan Eng Keluarkan Kenyataan Rasis

Tahniah penulis ucapkan kepada calon BN , Datuk Mah yang memenangi PRK Teluk Intan walau dalam jumlah majoriti yang tipis. Ramai yang pada mulanya tidak menyangka bahawa BN mampu merampas kembali kerusi parlimen Teluk Intan apabila populariti calon DAP, Dyana Sofea mengatasi calon BN, Datuk Mah terutama di media sosial. Namun sebagai anak tempatan Teluk Intan beserta kerja keras jentera BN, Datuk Mah walaupun tidak popular di media rupanya berjaya mendapat kepercayaan lebih dari separuh pengundi yang mengundi hari ini.  

Selain itu penulis juga percaya faktor pengundi PAS yang memboikot Dyana juga antara penyumbang kepada kemenangan BN di Teluk Intan hari ini. Penulis mendapat maklumat dari seorang rakan yang bertugas di Teluk Intan mengatakan bahawa ada di kalangan penyokong PAS yang tidak senang dengan kenyataan Dyana mengenai hudud. Dyana salah percaturan apabila menyangkakan pemimpin PAS yang membantu beliau semasa kempen dapat memujuk ahli-ahli PAS yang protes ini.

Khabarnya sebahagian dari mereka samada akan membuat undi rosak atau tidak datang mengundi.   Hal ini ternyata benar apabila terdapat banyak undi rosak semasa pengiraan undi dilakukan. Ternyata strategi Kit Siang menggunakan faktor Dyana sebagai calon melayu untuk mendapatkan lebih banyak undi Melayu gagal. Malah kalau dilihat dari keputusan, ramai pengundi melayu yang 'lari'dari Dyana. Tak cukup dengan itu, Dyana walaupun dicanang oleh DAP sebagai calon yang mesra kepada semua bangsa juga gagal memdapat sokongan pengundi cina. Melalui kenyataan Guan Eng yang dipetik dari Malaysiakini, beliau berkata mungkin disebabkan Dyana berbangsa melayu maka gagal dapat sokongan orang cina.  

Jadi adakah dengan kenyataan Guan Eng ini secara tak langsung mahu mengatakan pengundi cina adalah rasis kerana hanya memilih dari kaum yang sama? Bagi penulis, kemyataan berkenaan sepatutnya tidak dikeluarkan oleh Guan Eng kerana selama ini menjaja satu Malaysia mengatakan DAP bukan parti perkauman, namun apabila kemenangan tidak berpihak kepada mereka maka sikap rasis mereka terserlah walau cuba disembunyi pada awalnya.

Mengimbau sehari sebelum pengundian, pentas ceramah DAP dipenuhi berpuluh ribu penyokong (ada kata cecah 20,000), kehadiran yg ramai ini dijadikan modal untuk mengutuk BN yg mana pentas ceramah x dapat sambutan, ini disiarkan dalam laman twitterLim Guan Eng. Jadi bila keluar keputusan hari ini terbukti yg datang semalam kebanyakkannya adalah orang luar yang menyibuk.

7 comments:

Semua akhbar mengulas kemenagan BN di muka depan kecuali The Star yang hanya mengulas di mukasurat 8.Sewaktu PRK Gelugor, The Star mengulas kekalahan BN di muka depan.Di muka depan The Star hari ini adalah berkenaan pertemuan Najib dengan PM China. Inilah bukti The Star dan MCA adalah musuh dalam selimut yang ingin melihat BN berkubur dan dikuasai cina sebab itu mereka tidak gembira bila BN menang di Teluk Intan. Dan ini menunjukkan kebodohan PM kita serta thin-thank mereka yang dibayar dengan gaji mahal.

What the shithead try to tell us is that chinese is ok to be racist but Malay are not allowed.

padan dgn muka PM, Kdn dan semua pemimpin UMNO..buat salah sikit di katakan rasis..tapi kenyataan Guan Eng yg sentiasa keluarkan ayat ayat yg menyakitkan telinga melayu tak rasis?...Mana pegi AG eh...tiap kali benda macam ni keluar...telor dia terus termasuk ke dalam kerandut...memalukan.

apa la yg ko merepek ni. berita pasl najib n pm china tu lg besar dr election teluk intan.

Dyana Sofya sebenarnya dipergunakan oleh DAP utk buktikan bhw DAP is for MALAYSIANS. Malangnya strategi Dyana mkn diri balik di mana mereka kalah. Bkn faktor Cina sebenarnya tapi faktor Dyana dan Melayu diperbodohkan. Nasib baik Melayu di Tlk Intan pandai2 belaka faham game DAP.
Sekiranya Dyana menang, DAP akan mendabik dada dan Melayu yg bodoh spt Dyana akan jadi hamba kpd Cina. Nasib baik strategi DAP hancur. Hidup Teluk Intan


lu orang baru kenal politik cina,baik baik ada makna kalau dah dapat mereka akan sokong dap semula .ingat cheras masa susah ayer dulu,yang muda muda mana tau,lepas yu nak komen macham macham.

Bukan saja Melayu;China, India, Benggali, Iban, Kadazan yg sokong DAP juga bodoh sebab LKS nak buat parti tu sebagi parti bapaknya! Sebab tu lah Lee Lam Thye keluar parti. Pergi mamposlah parti komunis ala Korea Utara tu!

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu