Thursday, June 5, 2014

Isu Cadburry : Aku Sanggup Makan Sebab Yakin Halal , Korang Was-was Jangan Makan

Isu coklat Cadbury yang dikatakan mengandungi DNA babi selepas Kementerian Kesihatan Malaysia  (KKM) membuat pengesahan mengenainya menjadi viral di laman-laman media sosial. Tak berapa lama selepas itu JAKIM melalui pasukannya pula membuat kajian sampel dan mengesahkan tiada DNA babi ditemui dan coklat Cadbury halal dimakan . Apabila ini berlaku ia menimbulkan syak dalam diri pengguna , dan menurut Islam apabila timbul syak maka ia menjadi sesuatu yang ditegah . Penulis bukanlah seorang penggemar coklat, tapi dalam isu ini penulis berasa simpati dengan pengeluar coklat Cadbury itu sendiri.



Satu sikap penduduk di Malaysia apabila ia melibatkan soal-soal kesihatan. saintifik dan sebagainya ialah rata-rata daripada kita lebih suka untuk menelan bulat-bulat segala info yang dberikan oleh badan-badan yang bertanggungjawab dalam hal-hal sebegini . Tidak ramai yang mahu ambil inisiatif untuk 'cross-check' iaitu samada mendapat pandangan pihak lain atau membuat kaji selidik sendiri . Apa saja info yang dikeluarkan wajar dipersoalkan sehingga penjelasan yang diberikan mampu memuaskan hati sendiri. 

Apabila KKM menyatakan sampel coklat Cadbury yang diambil mengandungi DNA babi , persoalan-persoalan berikut timbul dalam fikiran ;

i. Adakah ia merupakan satu prosedur rutin untuk KKM menjalan ujikaji semua produk2 makanan di Malaysia ini . Bayangkan berapa banyak produk makanan di Malaysia yang terpaksa di buat ujikaji oleh KKM ?

ii. Kenapa dalam banyak-banyak produk coklat Cadbury yang menjadi sasaran untuk dibuat ujikaji ? Adakah terdapat aduan dan siapakah pengadu itu ?

iii. Apakah kaedah kajian yang digunakan oleh KKM untuk menjalankan kajian ke atas coklat Cadbury itu hingga menemui DNA babi ? Adakah sampel yang diambil itu tidak tercemar ? 

iv. Berapa banyak sampel yang diambil oleh KKM untuk ujian itu ? Misalnya dari 100 sampel yang diambil adakah 100 sampel itu mengandungi DNA babi atau hanya hanya satu sampel sahaja ? Penulis pernah terlibat dalam bidang penyelidikan dahulu, keputusan dari 1 sampel tidak cukup untuk buat kesimpulan yang serupa untuk keseluruhan batch pengeluaran. 

Kemudian lebih kurang seminggu selepas itu JAKIM pula buat kenyataan bahawa coklat Cadbury itu tak mengandungi DNA babi seperti yang didakwa KKM . Apabila hal seperti ini berlaku, maka timbul bermacam spekulasi kononnya kenyataan JAKIM adalah untuk 'menyelamatkan' GLC yang ada syer dalam Cadbury.  Komen penulis, setakat JAKIM keluar kenyataan tiada DNA babi dalam Cadbury walaupun sebelum itu ada seperti yang dilaporkan KKM adalah tak mencukupi . Sebagai jabatan yang memainkan peranan dalam soal halal haram , JAKIM perlu lebih pro-aktif dalam menyakini masyarakat bahawa Cadburry itu sebenarnya halal dimakan .

Pandangan penulis lah , antara kaedah yang JAKIM perlu buat untuk yakinkan pengguna Islam bahawa Cadburry itu memang tiada DNA babi ialah dengan mengambil 100 atau lebih sampel coklat dari seluruh negara dan sampel itu direkodkan lokasi diambil dan tarikh . Semua sampel itu kemudian dihantar ke dalam makmal untuk dianalisa samada mengandungi DNA babi atau tidak . Kalau nak lebih telus , mungkin sampel2 itu juga dihantar ke beberapa makmal berbeza, dalam dan luar negara . Bila keputusan keluar , sebarkan semua keputusan di satu media arus perdana , atau diemailkan pada portal-portal online dan juga blog. Bandingan juga semua keputusan ini dengan keputusan makmal KKM yang sumbernya hanya dari 1 sampel sahaja, sekaligus membuktikan ada pencemaran. Dengan cara ini penulis percaya keyakinan orang ramai dapat dikembalikan. 

2 comments:

Macam nilah Cadbury adalah satu jenama yang gah. Haram/halal masing-masing dah beri penjelasan. Masing-masing juga telah mempertahan kewibawaan mereka.

Pengguna yang akan menentukan. Kuasa membeli ada d itangan pengguna.

Sampai masanya Cadbury Malaysia menjadi pemain global. Banyak lagi negara2 status halal bukan keutamaan.

Bukalah ruang kepada coklat tempatan untuk menumpang rezeki. Dari Hyper Market hingga kedai runcit di kampung semua di kuasai oleh Cadbury.

Untuk apa wujudnya Lembaga Koko Malaysia membantu pengusaha coklat tempatan sekiranya Cadbury juga yang menguasai pasaran.

Nasihat iklas untuk Cadbury Allah swt telah menurunkan dugaan dan peringatan rezeki itu hendaklah dikongsi bersama.

Salam.



Dulu boikot nestle sbb sokong yahudi, skrang cadbury plk...selamat duit mak bapak.

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu