Thursday, June 26, 2014

Faktor Yang Memungkinkan BN Bakal Kehilangan Kerusi di Parlimen Yang Menang Tipis Pada PRU Akan Datang

Keputusan PRU-13 menunjukkan BN memenangi 133 daripada 222 kerusi parlimen . Parti komponen BN yang bertanding ialah UMNO, MCA, MIC, Gerakan, PPP , LDP, PBRS, PBS, UPKO, PBB, PRS, SPDB, dan SUPP. Jadual berikut menunjukkan jumlah bilangan kerusi yang dimenangi setiap parti komponen BN. Dari keputusan PRU-13 yang lepas juga jelas menunjukkan pengurangan sokongan undian dari kaum Cina kepada BN . BN juga menang tipis di beberapa buah kerusi Parlimen yang mempunyai peratusan pengundi Cina yang tinggi .


Di Johor misalnya BN menang tipis di 7 kerusi parlimen iaitu Segamat (MIC), Labis (MCA), Ledang (UMNO), Tebrau (MCA), Pasir Gudang (UMNO), Muar (UMNO) dan Pulai (UMNO). Keadaan yang serupa berlaku di negeri Perak apabila BN hanya mampu menang tipis di beberapa Parlimen antaranya Bagan Serai (UMNO) , Padang Rengas (UMNO) , Kuala Kangsar (UMNO), Bagan Dato (UMNO). Seperti di atas juga , faktor kemenangan tipis BN di kawasan2 ini adalah disebabkan kebanyakkan pengundi Cina telah beralih arah menyokong Pakatan.  Kemenangan tipis BN di kawasan2 di atas juga mungkin disebabkan 3 faktor berikut ;


1. Sebahagian besar generasi  lama yang masih setia dengan BN
2. Peratusan kecil pengundi Cina yang setia dengan BN
3. Peratusan kecil pengundi muda yang setia dengan BN

Persoalan sekarang , adakah untuk 4 tahun akan datang untuk PRU-14 'pattern' di atas akan kekal ? Adakah generasi lama ini akan terus hidup selamanya untuk beri sokongan pada BN ? Adakah peratusan kecil pengundi Cina yang setia pada BN akan terus setia apabila UMNO menjadi lebih keras dan bersifat 'racist' terhadap kaum Cina ? Adakah peratusan pengundi muda (pelbagai kaum) yang setia dengan BN ini akan terus setia apabila dasar2 UMNO sebagai peneraju dalam BN dipengaruhi suara ahli-ahlinya yang bersikap ala Ibrahim Ali ? FAKTA , tahukah pembaca2 sekelian bahawa anak-anak muda (neutral/bukan penggemar politik) yang lebih terdedah dengan internet berbanding media arus perdana menganggap Ibrahim Ali tak 'cool' ?

Sekiranya ahli-ahli UMNO atau pemimpinnya memilih untuk bersikap tiada toleransi dalam dasar-dasar yang diperkenalkan, ada kemungkinan parti-parti komponen yang selama ini bersama akan menarik diri dalam gabungan ini . Benar, memang UMNO adalah parti orang Melayu dan Melayu adalah kaum majoriti di negara ini . Tetapi ahli-ahli UMNO juga perlu ingat , Melayu juga berpecah belah mengikut beberapa kumpulan . Apa yang berlaku sekarang ialah Melayu UMNO berlawan dengan Melayu PAS (Islamik) dan Melayu PKR (liberal) . Melayu PAS mampu mempengaruhi minda orang2 di kampung dan kawasan pedalaman , Melayu PKR pula mempengaruhi minda orang2 bandar .

Tidak boleh tidak , ahli-ahli UMNO perlu sedar bahawa pola sokongan terhadap UMNO/BN akan berubah dari masa ke semasa . Adakah anak-anak muda Melayu sekarang cenderung menyokong UMNO ? Berapa ramai anak-anak muda Melayu yang hadir di program2 UMNO berbanding program PAS atau PKR? Suara-suara di media sosial yang mencadangkan supaya UMNO bersikap lebih tegas dengan kaum Cina sebenarnya tidak mampu menarik sokongan orang muda terhadap UMNO . Pemikiran berubah mengikut zaman tambahan pula di zaman internet ini . Penyokong2 tegar UMNO yang berhujah politik di media sosial adalah kebanyakkan di kalangan mereka yang berusia 30 tahun ke atas . Sedangkan pemikiran anak-anak muda yang bakal menjadi pengundi bila mereka berusia 21 tahun nanti pada tahun 2018 sukar dijangka.

Apa yang penulis cuba sampaikan ialah supaya mereka yang tidak bersetuju dengan tindakan PM dalam melantik Menteri dan Timb. Menteri dari wakil MCA untuk berfikir . Sebagai presiden BN , PM Najib tak boleh berlagak sebagai 'abang besar' dalam gabungan ini . Masing-masing mempunyai penyokong dan menyumbang kepada kemenangan kerusi parlimen/DUN BN . Dan MCA juga secara jelas menyatakan bahawa mereka ingin bersama-sama gabungan BN dalam berkhidmat kepada rakyat sekiranya diberikan tanggungjawab sebagai Menteri / Timb. Menteri . Adakah Najib perlu menolak apabila ada 'permintaan' dari salah satu parti yang turut banyak menyumbang sepanjang BN memerintah negara ini . Kalau bukan kerana sokongan MCA dulu ,mungkin kerajaan BN di bawah Tun Mahathir tumbang apabila berlaku krisis 98 dahulu. Kata kuncinya adalah 'toleransi' .

Penulis terbaca satu pendapat yang mengatakan orang Melayu akan boikot sokong UMNO/BN kerana tindakan Najib melantik Menteri/Timb. Menteri dari MCA/Gerakan . Seperti penulis nyatakan di atas , Melayu dah terbahagi kepada 3 , Melayu UMNO, Melayu PAS dan Melayu PKR . Penulis andaikan kata-kata itu datang dari orang Melayu UMNO . Jika mereka boikot UMNO/BN , apa yang mereka dapat? Sebab dengan tindakan ini mereka boleh menyebabkan golongan chauvanist DAP terus berkuasa dan silap haribulan tadbir kerajaan . Nak tukar Presiden UMNO sebab tak puas hati dengan tindakan itu ? Apa jaminan bahawa Presiden UMNO akan datang tidak melakukan tindakan yang serupa ?Fenomena ni cukup biasa dalam UMNO, ada yang sebelum dapat jawatan cakap berdegar-degar macam guruh ,bila dah dapat jawatan hilang lah semua dan akan jadi seperti orang putih cakap 'back to square one' .

2 comments:

Tukar Najib serta yang liberal tu,tenguk DAP,MCA dan MIC masing-masing membela bangsa mereka, yang untungnya UMNO pun sudah jadi pembela bangsa mereka, kesian Melayu..........

Dengan dasar yang liberal pun, kaum cina sudah tak akan kembali ke pangkuan BN lagi. Jadi lebih baik UMNO jaga kepentingan orang Melayu.

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu