Wednesday, June 4, 2014

Dah Umur 32 Tahun , JAIS Baru Tahu Pasal Status Agama Zarena Abdul Majid ?

Baru-baru ni tindakan JAIS yang menyerbu sebuah majlis perkahwinan yang dilangsungkan mengikut adat Hindu telah mendapat perhatian masyarakat. Dikatakan pihak pengantin adalah seorang wanita berusia 32 tahun yang mana tertera di kad pengenalan beliau sebagai seorang penganut agama Islam . Tindakan JAIS itu walau bagaimanapun dipercayai akibat dari kekeliruan mengenai status agama wanita itu .



Wanita yang bernama Zarena Abdul Majid itu berkata, bapa beliau yang sebelum itu merupakan seorang penganut Hindu telah memeluk agama Islam . Ekoran dari itu status agama Zarena dalam sijil kelahiran dan MyKad juga dinyatakan sebagai Islam . Walau bagaimanapun, bapa Zarena berpisah dengan ibu beliau pada tahun 1990 dan sejak itu Zarena dan adik beradik yang lain dibesarkan oleh ibu mereka yang beragama Hindu.

Melalui sumber maklumat yang dinyatakan seperti di atas, penulis percaya apa yang berlaku ialah anak-anak yang dibesarkan oleh salah seorang ibu bapa yang berlainan agama akan cenderung mengikut agama yang dianuti oleh samada ibu atau bapa yang membesarkan mereka. Dalam kes Zarena, si bapa sepatutnya bertanggungjawab memberikan anak-anaknya didikan mengenai Islam semasa dalam proses pembesaran walaupun telah berpisah dengan isteri . Beliau juga sepatutnya memaklumkan pihak berwajib seperti Majlis Agama Islam negeri / Jabatan Pendaftaran untuk tindakan susulan.

Apa yang boleh kita harapkan pada seorang kanak-kanak yang hanya pada sijil tertera sebagai beragama Islam tetapi dibesarkan dalam keluarga dengan agama yang berbeza ? Mereka terdedah kepada ajaran agama lain sejak kecil tanpa bimbingan mengenai Islam, dan adakah kita jangka apabila mereka besar kelak boleh menerima diri sebagai seorang muslim ? Dan kepada pihak JAIS kenapa baru sekarang bertindak apabila di peringkat perkahwinan ingin dilangsungkan dan bukan sejak dari Zarena ini masih kecil lagi ?

Penulis tak nak komen lebih-lebih mengenai hal ehwal agama ini kerana ia adalah sesuatu yang sensitif , tetapi kes seperti Zarena ini perlu diberi perhatian di peringkat awal lagi . Contohnya beberapa minggu yang lepas , kes yang hampir serupa iaitu status agama anak yang ditukar oleh bapa kepada Islam tetapi mendapat bantahan dari ibu yang beragama lain . Pada penulis untuk hal-hal seperti ini, mana-mana ibu atau bapa yang lebih dominan kepada anak sedikit sebanyak akan mempengaruhi agama pilihan anak2 itu . Apa lah guna jika hanya di kad pengenalan tertera agama Islam tetapi ajaran lain yang diamalkan , seterusnya mengakibatkan masalah seperti ini yang memberi imej negatif pada agama Islam itu sendiri.

8 comments:

orang pejabat agama sibuk kejar waktu sembahyang aje..tetapi tugas semua diserah bulat bulat kepada polis..nak tangkap penjenayah termasuk lah yg murtad..buku buku agama pun polis yg kena pergi siasat...tetapi kalu tang nak tangkap khalwat sikit punya cepat..sebab nak nenguk dan bolih mengaibksn orang yg kena tangkap..
pejabat agama akan kekal begitu buat selama lamanya..sejak dulu kini dan akan datang...kerja tak ikhlas...tenguk lah dlm kes cadbury..orang check dlm pasaran yg dah lama diedarkan tapi JAKIM check dlm kilang masa sekarang...Apa nama tu kalu bukan bangang.

Minta Jabatan Pendaftaran ubah nama kpd nama penganut hindu semula supaya tidak keliru atau pemilik nama Islam menyalahgunakan status agama mereka.
Mohon supaya Pengarah JAIS bertindak dgn lebih matang dan bijaksana supaya Islam tidak dihina.

jangan salahkan jabatan agama..
bapa kepada perempuan berkenaan sepatutnya tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai bapa..walaupun begitu hanya yg empunya diri tahu hal yg berlaku dan sewajarnya kita bersangka baik..kita doakan semoga perempuan yg berkenaan memperoleh hidayah Allah..

Adalah baiknya JAIS bekerjasama dgn Pejabat Pendaftaran memperbetulkan keadaan dengan meminda nama perempuan ini beserta 2 adik-adiknya kepada nama dan status Hindu. Ini adalah untuk mengelakkan fitnah yang lebih besar dimasa hadapan terhadap agama Islam serta bangsa Melayu.

Perkara hidayah Islam kepada Hindu ini biarlah kita anggap itu urusan Allah swt kerana jika sekiranya perempuan dan adik-adiknya yang telah dewasa itu mahu memeluk ajaran Islam, sudah lama hati mereka boleh menerima Islam tetapi walaupun mengetahui bapanya memeluk Islam sekian lama, hati mereka tidak terbuka.



Sokong dengan AnonJune 4, 2014 at 3:17 PM.
Sekarang ni semua sibuk dengan sembahyang sunat sahaja. Kalau tak ganggu tugas dan tanggungjawab tak apa lah. Tugas itu pun satu kewajiban dan ibadah juga maaa.

Hai, tak kan lah JAIS nak dipertanggunjawab setiap individu muslim dalam Selangor pulak. Ini tidak adil kepada JAIS. Individu ada ibu dan bapa, mereka lah bertanggung jawab. Bila dah dewasa individu tersebut pulak bertanggungjawab keatas diri mereka sendiri. Kecuali apabila kes-kes seumpana ini sampai kepada pengetahuan JAIS dan menjadi tanggungjawab JAIS untuk siasat dan perbetulkan. Pada masa yang sama JAIS perlu mengambil langkah pro-aktif di dalam pengurusan dan pentadbiran hal ehwal agama islam dalam Selangor. Jangan asyik luangkan sumber tenaga kepada hal-hal pentadbiran. JAIS perlu beri tumpuan kepada agenda pembentukan umat islam yang maju dalam pendidikan ilmu dan teknologi seiringan dengan ilmu agama.

Yg Hindu kahwin tak register ka? Kalu register, register kat mana? Takdak org yang pelik ka utk memperbetulkan?

JAIS diperangkap dan diperbodohkan dgn isu ini

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu