Friday, June 27, 2014

Audit Pemborong : KPDNKK Perlu Teliti Masalah Pokok dalam Isu Penyelewengan Diesel

Utusan dalam satu artikelnya bertarikh 27 June 2014 mempersoalkan tindakan KPDNKK dalam mencegah penyelewengan diesel bersubsidi yang didalangi pemborong-pemborong tertentu. Penulis artikel itu melalui satu sumber yang tidak didedahkan identitinya menyatakan bahawa pihak KPDNKK gagal dalam mengaudit pemborong-pemborong  yang sebelum ini dikatakan terlibat dalam penyelewengan bahan bakar itu. Sumber itu juga menyatakan KDPNKK hanya akan membazir wang berjuta-juta ringgit sekiranya hanya menumpukan pada pembangunan sistem untuk pencegahan hal remeh temeh dan bukannya perkara pokok iaitu punca penyelewengan diesel ini berlaku (pemborong) .


Rujukan : http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140627/dn_03/Kenapa-pemborong-tidak-diaudit#ixzz35o9JWeU5

Hal mengenai penyelewengan diesel bersubsidi bukanlah satu perkara baru . Isu ini telah dibangkitkan beberapa kali sebelum ini. Penyelewengan diesel bersubsidi seringkali juga diperkatakan apabila nelayan-nelayan asing menyeludup bahan bakar ini melalui bot-bot yang menggunakan lesen nelayan tempatan. Selain itu, penyelewengan ini juga kerap berlaku di sempadan2 negara apabila ada kenderaan yang diubahsuai untuk tujuan menyeludup bahan bakar bersubsidi dari negara ini. Soalnya adakah pemborong-pemborong diesel ini mengetahui kegiatan ini berlaku ? Penulis berpendapat, sekiranya terdapat kejanggalan dalam volum isian diesel untuk sesebuah kenderaan itu , adalah menjadi tanggunjawab pemborong untuk menyiasat kejanggalan itu. Pemborong boleh dikatakan turut bersubahat dalam kegiatan ini sekiranya mereka hanya membutakan mata apabila perkara seperti ini berlaku.

SPRM yang turut memantau kegiatan penyelewangan diesel ini juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa pihak kerajaan perlu mengkaji semula kaedah pemberian subsidi diesel atas sebab penyelewengan2 yang berlaku ini. Walaupun pelbagai kaedah diperkenalkan bagi menangani kegiatan penyelewengan diesel ini daripada terus berlaku, namun kegiatan ini terus berleluasa. Oleh yang demikian, tidak dapat dinafikan  pemborong diesel turut memainkan peranan dalam penyelewengan diesel yang berlaku. Saranan untuk mengaudit pemborong-pemborong diesel wajar dipertimbangkan oleh pihak KPDNKK untuk mengelakkan subsidi milik rakyat negara ini daripada terus 'dirompak' oleh warga asing.  

Pada 9 June 2014, KPDNKK dalam satu kenyataan akhbar telah membekukan permohonan pemborong diesel dan petrol . Menurut Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Alias Ahmad, berkata pembekuan itu akan dilakukan selama enam bulan . Tindakan pembekuan permohonan pemborong diesel dan petrol adalah satu langkah yang baik untuk pencegahan penyelewengan diesel dari terus berterusan . Namun apa yang diharapkan ialah dalam tempoh 6 bulan pembekuan itu , pihak KPDNKK harus mengaudit pemborong-pemborong diesel sedia ada bagi mengenalpasti pihak-pihak bertanggungjawab yang melakukan penyelewengan ini. Pemborong-pemborong diesel ini merupakan jawapan dalam mengesan ketirisan yang berlaku, jika tidak bagaimana pihak2 luar dengan sewenang-wenangnya memperoleh diesel bersubsidi dari negara ini ?

Mungkin ada yang tertanya, bagaimana audit pemborong-pemborong diesel dapat mengesan kegiatan penyelewengan / penyeludupan diesel ini ? Sebenarnya ,hasil audit merupakan satu logik mudah untuk menimbulkan tanda tanya samada sesebuah syarikat pemborong diesel itu terlibat dalam penyelewengan ataupun tidak . Keganjilan ini boleh dipantau melalui statistik volume keluar/masuk antara pemborong-pemborong diesel . Selain itu statistik kekerapan isian diesel oleh kenderaan juga boleh membantu dalam mengenalpasti kejanggalan yang berlaku .Sebagai contoh,  adalah tidak masuk akal jika statistik menunjukkan hanya 10 buah kenderaan yang mengisi diesel di premis pemborong diesel dengan volume yang sepatutnya boleh diisi untuk 20 buah kenderaan. Dari situ pihak KPDNKK boleh mengagak penyelewengan yang berlaku dan boleh menghantar pasukan untuk siasatan menyeluruh.    

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu