Tuesday, June 10, 2014

Apa Cerita Penubuhan Akademi Undang-Undang Sebagai Alternatif Bar Council ?

Sebenarnya dah lama kita dengar cerita dan berita mengenai Bar Council atau Majlis Peguam yang dilihat berat sebelah apabila menyuarakan pendirian mereka dalam sesuatu isu itu. Walau bagaimanapun, apa yang disuarakan oleh Majlis Peguam itu tidak semestinya mencerminkan pendirian keseluruhan ahlinya . Pandangan yang dilontarkan itu sebenarnya adalah dari kepimpinan tertinggi Majlis Peguam itu . Seperti yang disiarkan dalam portal Malaysiakini pada 10/06/2014 , pengamal undang-undang Mohd Khairul Azam Abdul Aziz  telah berkata ;


“Biarpun secara undang-undang Majlis Peguam mewakili lebih 14,500 peguam yang ada di negara ini namun secara moralnya, mereka hanya mewakili lebih 2,000 peguam, di mana itu merupakan jumlah peguam yang terlibat dalam proses pemilihan ahli jawatankuasa majlis peguam semenjak 10 tahun yang lalu,” 

Saudara Mohd Khairul Azam berpendapat adalah lebih elok sekiranya kuasa Majlis Peguam ini dihadkan oleh Parlimen serta Akta Profesion Undang-Undang dipinda bagi memastikan ia tidak disalahgunakan. Penulis setuju dengan apa yang diperjuangkan oleh saudara Mohd Khairul Azam ini , selama ini kita dah nampak dengan jelas kenyataan yang dibuat oleh Majlis Peguam berat sebelah . Contohnya baru-baru ini apabila mempersoalkan tindakan PM mahu menyaman Malaysiakini , namun hal yang sama tidak dilakukan apabila pemimpin pembangkang menyaman media yang dilihat pro-kerajaan.

Sebelum ini saya pernah menulis artikel mengenai campur tangan Bar Council dalam isu-isu sensitif, dah lama dah dibangkitkan hal ini , namun hingga sekarang dilihat Bar Council makin naik tocangnya , berikut adalah antara petikan artikel pernah ditulis dahulu .

Senarai campur tangan BAR council dalam soal-soal sensitif dan ketenteraman negara :-

1. Mendesak kerajaan supaya mengkaji semuala hukum sebat yang dikenakan pada Kartika Sari (kerana minum arak) oleh Mahkamah Syariah .

2. Tekanan kepada Hakim yang terlibat dalam kes murtad Lina Joy di Mahkamah Persekutuan.

3. Tekanan kepada kerajaan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri.

4. Mengeluarkan kenyataan media yang menyokong orang bukan Islam untuk menjadi peguam di Mahkamah Syariah.

5. Sokongan kepada Interfaith Council , menuntut kesamarataan dalam beragama. Sila rujuk disini untuk mengetahui 14 tuntutan Interfaith Council.

6. Memainkan peranan dalam menyalahkan kerajaan Barisan Nasional dalam kes Teoh Beng Hock walaupun jelas dalam keputusan Suruhanjaya DiRaja menunjukkan Teoh Beng Hock  membunuh diri.

7. Campurtangan dalam isu JAIS - DUMC

8.  Bantahan terhadap Akta Perhimpunan Aman 2011 (Peacefull Assembly Act 2011)



Cuba tengok gambar di atas  ? No to corruption ? Telus lah kononnya , tapi dengar cerita dalam Bar Council sendiri ada macam-macam politiking. Hinggakan nak pantau pengiraan undi pun tak boleh ? Berikut adalah petikal dari satu artikel yang pernah ditulis dulu oleh saya;

"Kawan aku ni mengeluh dengan pekeliling yang baru dikeluarkan oleh Bar Council pada 22 June 2012 , edaran bernombor 134/2012 / , dalam edaran tu ahli2 Malaysian Bar ni kena pakat2 kutip 'point' . Sistem kutip 'point' ni dinamakan 'Continuing Professional Development Scheme' . Nak dapat 'point' ni senang je .. kena la ikut segala aktiviti2 Bar Council . Tapi kalau dah dinamakan 'aktiviti' faham2 je la.. duit yang nak kena keluar sebab nak join 'aktiviti' bukan sikit ."




"Segala aktiviti2 yang dihadiri akan direkod oleh ahli sendiri dan dalam form yang Bar Council sediakan (CPD Attendance Record Sheet) . Apabila ahli nak mohon Practicing Certificate ,diaorang kena 'persembahkan' berapa banyak point yang dah diaorang kumpul dan juga CPD Attendance Record Sheet sebagai bukti. Agak2 apa nasib peguam yang tak dapat kumpul 'point' ni seperti yang dikehendaki sedangkan dia seorang peguam yang hebat"

Penulis difahamkan sebenarnya ramai juga peguam yang tidak berpuas hati dengan Bar Council , tapi nak buat macam mana ? Badan ni lah yang mengeluarkan lesen pada peguam-peguam untuk cari makan ? Kalau bantah , dan protes mungkin lesen peguam-peguam ini akan ditarik . Maka terpaksalah mereka berdiam diri saja , namun syukur kerana di kalangan peguam-peguam itu saudara Mohd Khairul Azam terus konsisten dengan perjuangan beliau mengecam Bar Council yang dilihat berat sebelah.

Jadi apa yang diharapkan ini ialah tindakan kerajaan untuk mengehadkan kuasa Majlis Peguam serta meminda Akta berkaitan seperti yang dicadangkan untuk kekang manipulasi anasir-anasir politik dalam Majlis Peguam. Dari arkib Utusan Malaysia pada 14/05/2012 , satu artikel bertajuk Ganti Majlis Peguam telah diterbitkan (sumber).

Akademi Undang-Undang telah dicadangkan bagi menggantikan Majlis Peguam, namun hingga sekarang entah apa dah jadi dengan cadangan itu . Mungkin peguam2 yang mencadangkan itu telah ditekan oleh pihak Majlis Peguam yang mungkin berasa 'terancam' sekiranya Akademi Undang-Undang diwujudkan . Berikut adalah petikan artikel dari arkib Utusan ,

"Beberapa lagi ahli Majlis Peguam meminta dipercepatkan penubuhan Akademi Undang-Undang sebagai badan alternatif kepada Majlis Peguam kerana badan yang ada sekarang telah menyimpang jauh daripada peranan sebenar menjaga profesionalisme amalan guaman di negara ini.

Peguam, Nordin Yusoff berkata, satu badan alternatif diperlukan kerana Majlis Peguam telah tersasar daripada tanggungjawab utama untuk menjaga kebajikan peguam dan memartabatkan profesion undang-undang di negara ini."


Penulis berpendapat desakan mewujudkan Akademi Undang-Undang perlu diteruskan lagi bagi menggantikan Bar Council . Perlu ada sistem dan garis panduan supaya tiada pihak atau kroni-kroni yang berkepentingan memanipulasi sesebuah badan yang kononnya dikatakan bebas . Kita tak nak hipokrit-hipokrit yang kononnya bebas dan bersih ini bertenggek di Bar Council . Tengok je contoh surat di bawah, benarkah perkara-perkara ini tak berlaku di Bar Council ?



5 comments:

Selagi PM tidak ditukar, selagi itulah kita akan lihat maruah bangsa melayu serta perlembagaan kita dipijak oleh puak komunis/pendatang. Bila seorang melayu macam Isma keluar kenyataan,dengan pantas polis dah siapkan kertas siasatan untuk pendakwaan. Tetapi berapa ramai cina yang menghina agama,raja serta bangsa melayu,tapi polis tiba2 jadi syaitan bisu.Kenapa? Atas arahan PM yang asyik nak junjung buntut Cina? Untuk survival bangsa Melayu, Najib harus digantikan dengan segera kerana diramalkan UMNO akan berkubur dalam PRU 14 nanti kalau berterusan macam ni.Orang Melayu dah mula menyampah. Lihatlah peratusan undi Melayu yang meningkat untuk pembangkang pada PRK Teluk Intan.

Kenapa nak ganti PM sekarang dengan Pak Lah atau Khairil. Ayat-ayat yang sering tukar PM sekarang dan UMNO hancur adalah ayat-ayat. Propaganda RBA.

Ayat2 ugutan PRU14 UMNO dan Melayu hilang kuasa adalah mainan pembangkang.

Sehingga kini pembangkanlah lebih2lagi DAP yang memainkan sentimen melemahkan Melayu. Dalam masa yang sama mereka meagung2kan parti mereka.

Kepada puak2 malaun ini. Tunjukkan apakah selama mereka mentadbir negeri2 yang di bawah jajahan takluk mereka yang telah mencapai kemajuan yang melebihi daripada pemerintahan Orang Melayu yang bernama NAJIB.

Hanya Melayu yang bodoh macam Adam sahaja yang sanggup jilat segalanya.

betul kata anom 7:20...kalau la PM ada telor dan tidak ikut sangat kerenah cina cina babi macam MCA rasa rasanya insyallah peluang masih ada..tetapi kita kena ingat selain cina cina yg dah tak relevan untuk bantu BN..masih ada sorang lagi yg selalu membantah keputusan Najib...bini dia..adakah taraf dia melebih PM..patutnya jgn lebih senduk dari kuah...faktor kejatuhan BN bermula dari sini..bini dia kena sedar biar Najib buat kerja..jgn sampai macam orang kata sewaktu perlancaran NKRA dulu...Najib Kerja Rosmah Arah. Kalau nak UMNO ni relevan lagi hindari petualang dlm rumah dulu baik dlm parti atau orang di sisi. enough is enough.

Mohon laluan Tuan.. Laporan Polis PEMBELA Desak Ghani Patail Disiasat dan Digantung Tugas...

http://www.bangkit.info/2014/06/laporan-polis-pembela-desak-peguam.html

Salam sejahtera, laman blog tuan telah saya pautkan ke laman baru saya di pautan www.paperwaris.com,
mohon jasa baik tuan untuk pautkan laman saya semula. Terima kasih tuan.

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu