Tuesday, May 6, 2014

Pemilihan Lepas Zaid Ibrahim Keluar PKR, Pemilihan 2014 Siapa Pula yang akan Keluar?

Kecoh 2-3 hari kebelakangan ni mengenai isu pemilihan PKR yang dikatakan ada cacat cela. Hal ini dibangkitkan oleh ahli-ahli PKR sendiri. Ramai yang tidak berpuas hati cara pemilihan dilakukan dan ramai juga berpendapat terdapat beberapa kelemahan ketara semasa pemilihan yang memberi lelebihan kepada individu-individu tertentu.

Tak perlulah penulis ulas panjang lebar mengenai insiden2 yang berlaku semasa pemilihan dalam PKR yang sedang berjalan. Boleh baca samada di media arus perdana atau di media-media sosial. Banyak calon yang ambil bahagian dalam pemilihan ni tak berpuas hati termasuklah Rafizi Ramli yang mempersoalkan pemilihan cabang di Kemaman.

'Tag team' yang dibentuk antara Saifuddin, Rafizi dan Nurul Izzah demi untuk memastikan kemenangan masing-masing dalam jawatan yang ditandingi nampaknya terbantut dengan insiden ini. Ahli parti mula persoalkan kaedah pengundian yang tak telus . Malah sudah ada suara dari ahli PKR sendiri yang menempelak kepimpinan parti yang sibuk mempersoalkan kaedah pemilihan SPR yang kononnya tidak telus semasa PRU tetapi kepincangan dalam pemilihan parti sendiri gagal diatasi.

Sudah semestinya beberapa insiden yang berlaku di beberapa cabang PKR ini memberikan tamparan hebat kepada kepimpinan parti. Mungkin masih ramai yang ingat mengenai insiden yang hampir serupa berlaku pada pemilihan PKR yang lepas hingga membuatkan bekas menteri UMNO, Zaid Ibrahim keluar parti PKR dan menubuhkan parti KITA.

Nampaknya PKR masih tak ambik iktibar untuk membuat penambahbaikan dari insiden yang lepas. Apa yang berlaku sekarang adalah ulang tayang dari insiden yang berlaku sebelum ini. Dalam keghairahan mereka menunding jari pada SPR yang kononnya lemah dalam menguruskan pilihanraya, apa yang berlaku sekarang menunjukkan PKR sendiri gagal dalam menguruskan pilihanraya yang dibuat mereka sendiri.

Mana Ambiga dan lain karekter yang mengepalai BERSIH? Apa komen anda pula dengan insiden yang sedang berlaku dalam pemilihan PKR sekarang? Inilah hipokrasi jelek yang ditunjukkan oleh BERSIH. Mana tidak? Orang orang di dalam kumpulan BERSIH itu sendiri ada hubungan yang baik dengan pemimpin2 PKR. Hipokrit !

8 comments:

Assalammualaikum wmt,
Lepas ini Khalid Ibrahim ler yg akan tinggalkan PKR?

azmin keluar sebab boss dia kena masuk penjara//

Sepatutnya ahli-ahli PKR adakan demonstrasi 'BERSIH' bagi menuntut pemilihan yang bersih dalam PKR...

Nak kata ape lagi. Dah terkena batang hidung sendiri, mereka masih lagi buat muka tersenggeh-senggeh macam beruk berak kapur je.

ckp apa pun tak guna sbb org pr termasuk la bersih ambiga tu mana ada maruah, mana ada prinsip pun apa lagi rasa malu...semua tu dah tak ada sbb tu diaorg relax je atas penipuan pemilihan pkr ni..klu pilihanraya spr yg kena handle berjuta pemilih pun lagi bagus dr parti yg ada setengah juta ahli tetap mrk ckp xbetul apalah sgt kes2 pemilihan pkr ni..mana diaorg pandang pun...lagi pula bl ada rakyat yg banagang nampak pkr tu bagus konon buat la apapun tetap sokong...bangang betul...lps ni apa saja komen pkr/bersih pasai spr buat tak tahu sudahlah...

so ambiga,..wheeerree are youuuu,... kasi bersih lah ini PKR....are you paid just to bersih SPRM, WHERE is your integrity and truthful....std lawyer buruk, apa yang tak betul di tegakkan, apa yang betul di putar belit supaya tak betul...what a shame to you lawyers.. proof that you are lawyers that uphold the order and law of this country...what is right is right, what is wrong is wrong, don't tell me that you are going to live for ever, you don't die...and you are not committing any sin by lying to innocent people...ambiga...where are yooooouuuuu.

ambiga... wheerreee are yooouuuu...what a shame to champion for bersih, but you yourself tatak bersih, panggil you punya kawan kawan itu semua no integrity lawyers shout shout kat padang merbok...kat padang merdeka tak boleh sebab dewan bandaraya tak kasi...kemudian boleh berarak masuk masjid Negara dengan kotor tak suci tak cebok tu, ajak terasa kokok, marina, sisters in islam,,sapa saja lah yang sokong ko, si Fernandez tu dah tak da..kalau ada ajak dia sama..

Tenanti2 keputusan mahkamah Nalla vs Nuar berhubung kes "fitnah" "Nuar terima RM60 juta".Kalau benarlah dakwaan Nalla siapa nak lari drp Nuar. Azmin? Mana mungkin...dia tau siapa banker.ohoh nanti kena saman pulak.

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu