Wednesday, May 28, 2014

Chegubard Kena Gantung Keahlian PKR

Hari ni portal pro-pembangkang , Malaysiakini telah melaporkan bahawa Chegubard telah digantung keahliannya dalam PKR . Ini disebabkan kenyataan beliau yang mendakwa proses pemilihan parti adalah kotor dan tidak telus . Chegubard digantung keahlian beliau dalam PKR serta merta sehingga siasatan selesai dibuat menurut  Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong. 



Bagi yang ikut perkembangan Chegubard, tentulah tahu yang dia ni antara ahli yang berpengaruh dalam PKR dan individu yang bertanggungjawab mengasaskan SAMM . Kalau kita imbas balik cerita dulu-dulu apabila sebuah video klip yang dikatakan menyerupai Ketua Umum parti itu apabila dipertontonkan kepada Chegubard , beliau memberikan respon yang agak keras . Ini dapat dibaca dalam laman twitter beliau dalam bentuk kenyataan2 sindiran, mungkin setelah dipujuk dan di'psiko' oleh lelaki 'anugerah tuhan' itu maka Chegubard dilihat sedikit 'tone down' .

Semasa pemilihan PKR berlangsung, kita dapat tengok dalam laman twitter Chegubard beliau cukup kuat menghentam calon-calon tertentu . Malah beliau juga antara yang lantang mempersoalkan ketelusan pemilihan yang berlaku semasa pemilihan. Tindakan Lembaga Disiplin PKR menggantung Chegubard kerana mengkritik proses pemilihan parti menunjukkan satu tindakan yang hipokrit . Mana kebebasan bersuara yang dilaung-laungkan sehinggakan ahli sendiri tak boleh mengkritik ? Kalau Chegubard boleh mengkritik SPR kerana beberapa kelemahan , kenapa pula beliau tidak boleh mengkritik sistem pemilihan parti sendiri ?

Walau bagaimanapun, secara peribadi penulis harap tidak ada di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO cuba 'memancing' Chegubard untuk menyeberang ke sebelah sini . Mana lah tahu ini hanya 'game' dari PKR sendiri untuk menutup kelemahan-kelemahan yang berlaku semasa proses pemilihan ? Kita hanya berharap dengan tindakan Lembaga Disiplin PKR terhadap Chegubard ini, maka lebih ramai yang buka mata mengenai 'ketelusan' yang ada dalam PKR . Dalam mereka sibuk memperkatakan mengenai kelemahan2 UMNO, kelemahan2 dalam parti mereka itu sendiri terdedah.  

2 comments:

Daripada masuk PAS lebih baik masuk DAP. Apa pun boleh buat.

Ya betul...dlm DAP takde halal haram..

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu