Tuesday, May 13, 2014

Apa Di Sebalik Perjanjian Setahun antara Ahmad Said dan PM ?

Lebih kurang setahun yang lepas , apabila keputusan PRU-13 diumumkan Barisan Nasional Terengganu yang diterajui oleh mantan MB , Dato' Seri Ahmad Said memperoleh 17 kerusi DUN berbanding pada keputusan PRU-12 yang diterajui Dato' Seri Idris Jusoh yang berjaya memperolehi 24 kerusi DUN . Di sebalik kecemerlangan prestasi memperoleh 24 kerusi DUN pada PRU-13 , Dato' Seri Idris Jusoh tidak dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu sebaliknya Dato' Seri Ahmad Said dipilih untuk mengemudi pentadbiran negeri dan BN negeri bagi menghadapi PRU-13 . Walau bagaimanapun, keputusan PRU-13 menunjukkan BN hilang tujuh kerusi di Terengganu. Walaupun menang, Dato' Seri Ahmad Said masih terus di lantik menjadi Menteri Besar Terengganu oleh PM walaupun ada sedikit suara-suara yang mempersoalkan perlantikan itu dengan keputusan yang diperoleh.


Tindakan PM melantik Dato' Seri Ahmad Said pada ketika itu dipersoalkan sesetengah pihak , namun PM kekal dengan pendirian tanpa memberikan sebab musabab jelas perlantikan itu walaupun kerusi DUN yang dikuasai BN telah hilang sebanyak 7 buah berbanding PRU sebelum ini . Kemudian semalam kecoh di laman media mengenai perletakan jawatan MB Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said yang kemudiannya digantikan dengan MB baru . Ramai tertanya-tanya dan tak kurang juga yang mencemuh tindakan yang dibuat oleh kepimpinan tinggi negara. Selepas beberapa ketika , timbul lah cerita bahawa ada perjanjian yang dibuat dengan Dato' Seri Ahmad Said untuk melepaskan jawatan selepas setahun dan tempoh setahun itu telah tamat dan sudah semestinya Dato' Seri Ahmad Said sedar mengenai perkara ini apabila tarikh perjanjian yang dibuat semakin hampir.

Secara rasionalnya , sekiranya Dato' Seri Ahmad Said menghormati perjanjian yang telah dibuat setahun lepas beliau seharusnya membuat beberapa persediaan dengan memaklumkan kepada pengikut-pengikut beliau , ahli-ahli UMNO dan rakyat yang menyokong BN umumnya supaya keadaan yang penuh tanda tanya dan spekulasi seperti yang berlaku pada hari ini dan semalam tidak wujud . Sudahnya ramai yang menghentam Perdana Menteri , Dato' Seri Najib Razak tanpa mengetahui benar-benar apa yang berlaku di sebalik episod pemilihan Menteri Besar Terengganu yang baru . Apabila penulis menyatakan Dato' Ahmad Said seharusnya bersedia apabila tarikh tamat khidmat beliau sebagai MB Terengganu semakin menghampiri , beliau seharusnya merancang untuk mengelakkan pelbagai spekulasi timbul atau merancang perkara-perkara yang boleh menyusahkan diri sendiri seperti perancangan majlis kenduri kahwin .

Kalau benar-benar beliau ikhlas menghormati perjanjian yang dibuat setahun lepas , hal-hal yang melibatkan urusan peribadi beliau harus di atur dengan lebih baik .  Ahmad Said seharusnya memberikan 'signal' kepada orang ramai mengenai pengunduran beliau , mungkin sebulan sebelum tarikh bagi mengelakkan kejutan seperti ini . Apa yang penulis tahu , Dato' Seri Ahmad Said adalah seorang pemimpin yang berjiwa besar dan banyak membantu rakyat , namun beliau harus menghormati perjanjian yang telah dibuat setahun lepas tanpa menyusahkan parti . Jika sebelum ini mantan MB Terengganu , Dato Seri Idris Jusoh tidak dipilih menjadi MB dan menghormati keputusan itu walaupun di bawah pimpinan beliau BN menang banyak kerusi DUN , Dato' Seri Ahmad Said seharusnya mampu melakukan perkara yang serupa , biarpun tanpa jawatan penulis percaya kepakaran beliau masih lagi mampu menyumbang pada parti . Jangan lah hanya kerana salah faham majlis kenduri kahwin anak , seluruh UMNO digegarkan . Harap Dato Seri Ahmad Said kembali semula pada UMNO , buang yang keruh dan ambil yang jernih

4 comments:

Memang benar apa yg di katakan oleh admin.tetapi sekurangnya berilah masa sedikit kepada said utk urusan perkawinan anaknya,jika najib bertolak ansur nescaya tak akan berlaku peerkara tersebut.semuanya pun dah tahu said akan menunaikan janji tersebut,yg pastinya nama najib tetap akan buruk.akibat macai macainya yg membuat onar.

Berapa kali kenduri kahwin anak mung mat said? aritu dah buat kat TTI. Sultan pun datang. Ni nak buat kat Kijal pulak. Lepas ni berapa kali kenduri lagi. Lagi tunggu lagi teruklah kau ganyang YB Razif. Sebelum ni pun puak2 mu bukan main lagi ganyang dia. Siap ada puisi, blog fitnah dan mcm2 lagi. Pegi setel masalah peribadi nu dulu.

Salah belaka tu,,,nak tau dok pasal apa,,,,matsaid kenyit mata ke najib,,,najib marah r,,,main ap kenyit2 mata sama laki ni,,,kan jadi pemimpin ke 2 kenyit mata kan

ini bukan majlis kampung bang..ini negeri dan parti tertinggi. Mujur UMNO, kalau PAS dah cerai talak 3 bini2nya, kalau DAP kena kosong DUN dan bayar RM8 juta, kalau PKR kena bayar RM5juta dan kosong DUN, kecuali Nuaq nk bertanding.

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu