Wednesday, April 16, 2014

MH370 : Najib Bidas Kenyataan Merepek Anwar

Perdana Menteri, Najib Razak hari ini membidas kenyataan Anwar yang dikeluarkan media dari China, Southern Weekly . Najib dalam kenyataan beliau seperti yang dilaporkan portal Bernama berkata kenyataan yang dibuat oleh ketua pembangkang itu adalah tidak logik dan menggambarkan seolah-olah rakyat Malaysia bodoh. Kenyataan Najib itu dibuat pada perjumpaan bulanan di Kementerian Kewangan (15 Apr 2014). Walau bagaimanapun, Anwar pada hari ini membalas kenyataan Najib dengan berkata PM memanipulasi kenyataan yang dikeluarkan beliau di Southern Weekly. Anwar berkata kenyataan beliau sepatutnya menerangkan bahawa tindakan segera akan diambil untuk memastikan penyaluran sumber maklumat mengenai tragedi yang berlaku.


Komen penulis apabila Anwar cuba membetulkan persepsi dengan mengatakan sekiranya beliau jadi PM , beliau akan memastikan tindakan segera diambil untuk pastikan saluran maklumat yang cekap dengan tragedi yang berlaku. Bukankah ini yang dibuat oleh PM Najib Razak? Anwar hanya mengulang mengenai tindakan yang sememangnya telah dilakukan oleh kerajaan. Sidang media segera diadakan apabila ada maklumat terbaru mengenai kehilangan pesawat MH370 . Anwar dilihat seperti cuba ambil kesempatan dengan tragedi yang berlaku sekarang, bersama-sama bersekongkol dengan media asing menuduh kerajaan Malaysia menyembunyikan maklumat ?

Sejak awal tragedi ini berlaku, penulis tertanya maklumat apa yang begitu bernilai sangat sehinggakan kerajaan beria-ia nak sembunyikan ? Penulis sependapat dengan Menteri Pengangkutan, Hishamuddin Hussin iaitu sebelum timbulkan apa-apa spekulasi, eloklah pesawat tersebut dijumpai terlebih dahulu. Lagipun proses pencarian ini melibatkan banyak negara, mustahil maklumat-maklumat terbaru yang ditemui boleh disorok dalam era kemajuan teknologi maklumat pada hari ini. Kenyataan Anwar di Southern Weekly hanyalah satu usaha murahan untuk mempopularkan diri sendiri di mata dunia sekaligus canang satu dunia mengenai 'ketidakadilan' terhadap beliau berhubung hukuman penjara 5 tahun kerana didapati bersalah dalam kes liwat 2.

9 comments:

Merepek !!
Betul.....ha ha ha orang gila.
OMEGA dah jumpa ?

Buka GAY Club Malaysia dan d lantik sebagai President.ok kut

anwar...jam omega ko mana daaa.....

Merepek pun orang percaya kerana itu merepeknya semakin menjadi2.
Kepala otaknya dah berserabut..........

Lagu ini memang sesuai untuk Anwar....

I Believe I can Fly
I Believe I can Touch the Sky
I think Of It Every Night and Day
That I will Become PM One Day

Tapi Anwar harus ingat....

Tun Dr Mahathir tidak terfikir nak jadi PM tapi ALLAH beri jawatan itu pada beliau.

Tun Abduullah Badawi pun tak sangka jadi PM tapi ALLAH bagi jawatan ini kat beliau apabila Tun Dr Mahathir letak jawatan.
Datuk Najib pun tak sangka2 jadi PM tapi ALLAH bagi jawatan kat beliau apabila Tun Abdullah Badawi terpaksa letak jawatan.

Mintalah pada ALLAH bukan pada manusia.


jgn layan samdol ni bio je dia merepek meroyan sorg2

Macam dia yg tak sembunyi berzina..moga insaf sebelum jibril memberi salam

Anwar ni dah mmg kemaruk nak jadi PM dah ni. Itu yang dia ckp benda2 yang mmg tak boleh masuk akal. Dia tak tau ke dunia luar dok gelakkan dia. 26 negara dok cari MH370 dkt 40 hari. Tapi Anwar boleh settle dlm 1 saat ... samada dia sembunyikan kapal terbang tu ataupun dia ni la Raja Bomoh yg dicari tu

anwar aljubskan dah nyanyuk... pelik la samapikan ada lagi yg boleh terpengaruh dgn dia sampai ke hari nie.... ish2....

Anwar ni munafik besar, setan bertopengkan manusia.

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu