Monday, April 7, 2014

Ku Seman Utusan Punya Bodoh, Najib Yang Kena Tempias

Penulis pernah kritik Ku Seman dalam satu artikel dahulu sebab memandai menulis berkenaan media sosial . Macam-macam andaian dibuat oleh Ku Seman mungkin hanya disebabkan dengar cerita daripada sesetengah pihak . Sebagai seorang wartawan media arus perdana, tulisan Ku Seman sepatutnya lebih berlapik dan sumber penulisannya seharusnya berasaskan beberapa fakta . Kalau dulu Ku Seman memandai kata UMNO dah ada tentera cyber tetapi di kacau oleh 'blogger hanturaya' (baca sini) kini dakwaan Ku Seman lebih serius apabila menulis di akhbar arus perdana dengan mengaitkan kehilangan #MH370 ,teori konspirasi, dan CIA .


Bagi pemain media sosial pro-kerajaan , tak pernah wujud kumpulan cybertrooper terancang milik UMNO , apa yang ada hari ini adalah sukarelawan. Mereka tak di bayar untuk buat kerja dan tindakan pertahan kerajaan adalah kerja sukarela . Ku Seman dah dapat salah info tetapi memandai menulis dalam salah satu ruangan media arus perdana Utusan Malaysia untuk memburuk-burukkan pihak tertentu dengan info-info yang ternyata terpesong dari fakta . Artikel penulis 'bantai' Utusan dan Ku Seman boleh dibaca di sini . Alahaii apalah sangat Ku Seman kalau Kadir Jasin pun penulis boleh 'bantai' ?


Artikel Ku Seman yang menulis mengaitkan teori konspirasi, CIA ,dengan kehilangan pesawat #MH370 dalam ruangan Utusan Malaysia telah menimbulkan rasa tidak senang Amerika Syarikat . Ini diluahkan melalui bekas duta negara itu (John Mallot) yang kita sedia tahu memang berpotensi untuk jadi barua parti pembangkang di negara ini . Mallot yang berada di Malaysia sepanjang perkhidmatan beliau di negara ini tentu sudah masak selok belok permainan media di negara ini , apatah lagi di nasihatkan oleh barua-barua PR bahawa antara media pro-kerajaan yang perlu diberi perhatian ialah Utusan Malaysia .

Penulis tak kata salah untuk kita berkonspirasi itu dan ini , malah macam-macam konspirasi yang keluar dari cerita #MH370 ini . Dari cerita tersesat di alam ghaib, Diego Garcia , konspirasi dari China-US dan macam-macam lagi. Hal - hal macam ni kalau nak ditulis bukan dalam media arus perdana macam Utusan Malaysia dan TV3 . Setakat ni penulis tak nampak lagi cerita konspirasi2 ni dalam TV3 harapnya tak terikut lah dengan contoh yang ditunjukkan oleh Utusan Malaysia . Disebabkan kebodohan wartawan yang kononnya berpengalaman ini tulis dalam Utusan Malaysia iaitu media arus perdana , Perdana Menteri Najib Razak yang sememangnya penuh dengan pelbagai tugas nak digalas terpaksa 'bersilat' lagi nak cuci kerja kotor wartawan Utusan ni.

Sebagai seorang wartawan berpengalaman , Ku Seman tak belajar kah apa yang ditulis beliau terutama perkara-perkara yang melibatkan hubungan dua hala Malaysia dan negara2 lain dalam media arus perdana , lebih2 lagi yang terang-terangan sokong dasar2 kerajaan boleh menimbulkan satu persepsi di kalangan rakyat negara ini , malah juga di negara luar sekiranya artikel tu tersebar dan diterjemahkan maksudnya ? Sekarang dah jadi satu hal Najib nak membetulkan keadaan . Takde beban batu digalas , itulah masalah wartawan macam Ku Seman yang cuba berlagak pandai . Lu nak tulis pasal konspirasi itu dan ini tulis dalam blog je lah bodo ... lu tulis dalam media arus perdana buat apa ? Dah menyusahkan semua orang !!! 

Sekarang mata-mata US yang ada di Malaysia akan tengok apa tindakan Najib terhadap Utusan ? Nak ditelan mati emak sebab Utusan ni diakui memang banyak jasa mempertahankan dasar-dasar kerajaan. Nak diluah pulak hubungan diplomatik US-Malaysia memang penting. Tambahan pula US adalah antara rakan dagangan terbesar di Malaysia . Takkan lah di sebabkan kebodohan seorang wartawan veteran Najib diletakkan dalam dilemma macam ni ? Jadi untuk perkara macam ni kita patut berbalik punca timbul semua ni iaitu penulisan Ku Seman sendiri , adakah tulisan beliau masih berada dalam lingkup professionalism ? Kalau takde , terpulanglah pada Utusan atau Najib nak buat keputusan

13 comments:

john mallot? tu bapak zionist penyokong anwart. apa nak diherankan

Perhatikan TPPA...

Obamar dtg nanti jadi ke tak jadi?

Jika tak jadi, alhamdulillah kita masih merdeka...

Kalau jadi, ucapkan lah inna lillahi wa inna ilaihi raaji'un.

Percayalah Utusan akan dikenakan tindakan yang amat tegas sebab akhbar melayu. Akbar cina yang selama ini mengeluarkan kenyataan yang lebih teruk dibiarkan aje.

Baca dulu artikel itu dengan berlapang dada. Seingat saya artikel itu mengaitkan Indonesia dan US. Utusan hanya memetik theory konspirasi Cable Times. Oleh itu baca dan buat penilaian keatas Cable Times dan bukan Utusan. Utusan hanya berperanan memberitahu kejahatan konspirasi theory Cable Times. Bekas Duta itu membuat komen mungkin kerana disalah lapur atau dia memang suka mencari keburukan untuk agenda yang kita tidak berapa nak paham

Sekurang2nya Utusan dan Ku Seman BERANI!

Baca betul2 artikel tu sebelum nak kutuk....tak ada apanya nak ditakutkan...takut sangatkah kita dengan yahudi ?

Kes Flight 447 Air France yg terhempas pada 2009 dulu pun mcm2 spekulasi telah dibuat oleh media termasuklah kebarangkalian penganas hijack pesawat tersebut..Aftermath yg telah dibuat hasil siasatan flight tu sebenarnya menunjukkan pilot error...so MH370 ni..bagus lah PM ignore saje apa pun yg media cuba spin.. sooner or later public akan tau juga kebenarannya

Berani..tapi dengan berlandaskan imagenasi dan spekulasi tanpa bukti dan fakta sama juga membiarkan diri sendiri terjun kecancah fitnah, yang paling teruk penulis tersebut seolah olah berlagak pandai yang maha mengetahui tentang apa yang terjadi...kesannya, Negara yang selama ini dihormati telah dicemari oleh kerakusan minda sempit penulis...apakah ada tali barut dalam Utusan?

Dlm hal nie kita x leh nak salahkan PM ... Banyak sangat fitnah yg PM kita terima sehinggakan bomoh yg dtg secara sukarela pun salah najib gak

Bodohnya org yg selar Ku Seman.. lg bahlol xguna kalau yg tegur Ku Seman tu org Melayu dan Islam.. bodoh sbb xkenal siapa John Mallot tu.. sekutu Anwar yg sntiasa lapor pd tuannya di Washington konon Nuar peliwat negara tu di anaiya UMNO BN.

Dn John Mallot tu PANASS sbb Utusan BERANI keluarkan artikel tu.. berlambak2 dlm media luar negara mengaitkan CIA AMerika dlm kes MH370.. so kenapa Mallot Berok Yahudi tu xselar?

Org kita pulak yg bodoh2 sama2 jilat Mallot.. xubah spt anjing penjajah zaman British.. Melayu yg jilat British dan hina Melayu..


Kata kebebasan media? hak asasi bersuara.. Amerika? bodoh.. itu pendapat dia sbg penulis kolumnis.. bukan Najib yg dakwa.. lgpun Malaysia ramai pengecut.. at Least Ku SEMAN ni Melayu yg berani lontarkan idea nya.. berdasarkan logik semasa..

So Mallot Berok Yahudi tu sudah takut? gentar? kalau xbuat salah apa mau takut berok Amerika oiii???

Berok2 Melayu PR pulak akan support Mallot dan hentam Utusan semula??? sudah pasti dh..

nk tnggu bukti apa kalau konspirasi? skrg pun mana bukti konon terhempas di Lautan Hindi? tkpayahlah nk jd talibarut Barat.. bebaskan otak kamu tu.. Najib pun sama terlalu seronok dgn mainan Amerika-Britain.. satelit punya kiraan pun dh dianggap sah...
jd rakyat pun keliru!

bkn main tuan blog panggil Ku Seman BODOH.. ini pun jenis Melayu yg percakan Barat lbh smpai maki sesame Islam.. ko tu la BODOH... Ko percaya sgt ke AMerika tu tk de konspirasi? Zaman Pak Lah dulu phone-tapped CIA kt Amerika tu SAH berlaku.. so boleh sanjung Amerika lg dan ckp ku Seman bodoh? esok lusa ank ko pulak yg bodoh Be daman.. kurang2 dia berani.. berpuluh blog dlm Malaysia tuduh AMerika dn konspirasi Diego Garcia.. berani ckp kt blog je..

tak blh ke klu kita sama2 tunggu je apa yang akan PM kita umumkan..knp mst nak tuduh yg bukan2 klu bnda tu belum psti kn..

ni bukan soal aku sanjung amerika, ni soal si wartawan ni nak menambahkan beban yang sedia ada , bukan kerana berani atau tidak , nak berani kena pakai otak , ada strategi ... lu serbu sorang kalau lu mati sendiri takpe , takkan lah sebab lu sorang satu batalion mati ? habis tu macam mana nak buat gerakan susulan kalau satu batalion dah mati ? nak berani biar berotak dan berstrategi..prfttt

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu