Monday, April 21, 2014

Kes Anwar Antara Prinsip & Professionalisme Mendiang Karpal Singh

Kemalangan yang meragut nyawa ahli parlimen Bukit Gelugor telah mengejutkan seluruh negara. Ramai yang seolah-olah tersentak dengan pemergian pemimpin DAP yang lantang bersuara ini. Penulis sejak di zaman kanak-kanak lagi telah mengenali Karpal Singh. Karisma yamg ditunjukkan beliau berbeza dengan pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain. Mendiang ialah individu yang cukup kuat mempertahankan prinsip.

Kelantangan beliau dalam mempertahankan prinsip yang dipercayainya bukan setakat kepada pemimpin-pemimpin di pihak parti pemerintah tetapi di kalangan pemimpin-pemimpin pembangkang juga. Disebabkan ketegasan Karpal itu juga, pemimpin-pemimpin PAS seolah-olah dilihat terpaksa melupakan perlaksanaan hukum hudud yang dicanang mereka kepada rakyat yang beragama Islam.

Tentu ramai pemimpin PAS yang masih terasa bisa penangan ayat mendiang iaitu langkah mayat kalau mahu laksana hudud atau negara Islam. Lebih kurang begitulah bunyinya. Mendiang Karpal Singh juga diingati penulis disebabkan beliau adalah antara individu yang bertanggungjawab buat statement mengenai kegiatan songsang Anwar. Masa tu penulis belajar lagi kat universiti, pada fikiran penulis itu semua fitnah nak jatuhkan Anwar dan anggap mendiang Karpal hanya merepek.

Namun kini, apa yang dinyatakan mendiang Karpal beberapa belas tahun lepas ternyata benar dengan keputusan Mahkamah Rayuan (Kes Liwat Anwar Ibrahim) yang diumumkan baru-baru ini. Walaupun mendiang Karpal bertindak sebagai peguambela Anwar Ibrahim, penulis percaya tindakan itu dibuat atas dasar professionalisme beliau sebagai pengamal undang-undang. Itu merupakan salah satu prinsip yang dipegang oleh mendiang Karpal iaitu bersikap professional selagi khidmat guaman beliau ditagih.

Simpati penulis buat keluarga Karpal dan parti DAP. Dalam parti DAP, hanya mendiang yang dilihat kaum bukan Cina yang dominan dalam parti. Dengan ketiadaan Karpal maka elemen kecinaan parti DAP makin menyerlah. Dengan ketiadaan Karpal ini juga pasti hiruk pikuk parlimen tidak lagi kedengaran kenyataan-kenyataan sensasi seperti "Anwar Ibrahim harus bertaubat..." , iaitu kenyataan MP pembangkang kepada MP pembangkang yang lain. Penulis pasti pemergian Karpal akan dikenang rakyat.

2 comments:

Sepatutnya klu karpal masih hidup...dialah sepatutnya yg bertaubat...kerana membela peliwat

Ks hanya bela kalu ada masuk........loyar cari makan......kaki penipu and no integriti.......cakap belit2 lebih dari ular........he will be remembered as the person yg pecahkan rahsia nuar kaki bontot....

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu