Wednesday, April 16, 2014

Kedudukan Kroni Untuk Jawatan Presiden PKR Terjamin, Anwar atau Azizah Mungkin Tarik Diri Bertanding

Seperti yang tertulis dalam laman web FMT hari ini , Ketua Umum PKR menyatakan bahawa tiada pertandingan untuk jawatan tertinggi (Presiden) . Pencalonan Azizah dan Anwar itu sendiri merupakan satu strategi sendiri . Anwar berkata salah seorang daripada mereka akan menarik diri dari pertandingan itu , sekiranya Anwar bertanding Azizah akan tarik diri dan sebaliknya . Penulis berpendapat tindakan itu hanya sekadar untuk mengukuhkan legasi anak beranak dan kroni-kroni Anwar dalam kepimpinan PKR .


Penulis mengikuti kronologi pertandingan jawatan tertinggi dalam PKR ini dan dapat mengagak tindakan Anwar mencalonkan diri untuk jawatan Presiden bersama-sama Wan Azizah mungkin hanya untuk memberi isyarat kepada pemimpin-pemimpin lain dalam PKR untuk bertanding merebut jawatan Presiden PKR menentang Wan Azizah . Ia juga mungkin sebagai "acid test" bagi melihat mana-mana pemimpin-pemimpin PKR yang berani lawan "towkay" . Jesteru selepas beberapa pemimpin-pemimpin besar PKR mencalonkan diri untuk jawatan-jawatan selain Presiden , maka Ketua Umum PKR itu mungkin berasakan selamat untuk beliau menyatakan bahawa tiada pertandingan untuk jawatan Presiden kerana individu-individu yang berpotensi dah calon diri untuk jawatan lain.

Apa yang dilakukan adalah satu tindakan yang secara terang-terangan mengatur kroni dalam parti. Kalau dulu Anwar begitu berdegar-degar menuduh UMNO mengamalkan kronisma ,apa yang berlaku dalam PKR sendiri adalah sesuatu yang lebih teruk . Sekurang-kurangnya kita tidak pernah melihat dalam kepimpinan UMNO di mana lengkap suami, isteri dan anak memegang jawatan-jawatan tertinggi dalam parti . Jadi tak perlu lah penyokong-penyokong PKR membangkitkan lagi soal kronisma dalam UMNO kerana ia bak meludah ke atas terkena muka sendiri. Walau bagaimanapun, penulis berasa sedikit hairan dengan ahli-ahli PKR yang seolah-olah membutakan mata dengan apa yang berlaku sekarang. Baru di peringkat parti politik dah mengamalkan kronisma melampau , kalau berjaya ambil alih kerajaan entah apa pula yang akan dilakukan.

1 comments:

Mudahan pakatan menang pru 14..supaya orang ramai or rakyat malaysia dapat elaun rm 4000.00 sebulan..dan menjahanamkan lagi ekonomi negara malaysia ..dan semakin ramai yg kaya raya..dan golongan takdo duit / miskin hilang lenyap di telan zaman pakatan...hehe dan hehe

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu