Friday, March 7, 2014

TV3 Cabar Integriti Hakim Yang Tarik Diri Kes Nizar Saman Zambri Tahun 2009

Satu artikel yang dikeluarkan oleh portal Malaysiakini bertajuk "TV3 cabar integriti hakim dalam kes Nizar" pada hari ini antaranya menyatakan bahawa stesen penyiar itu membantah penglibatan Hakim Datuk Mohamad Ariff Mohd Yusof yang mempengerusikan panel hakim kerana penglibatan beliau dalam parti pembangkang PAS. Berikut adalah petikan sebahagian dari artikel yang dikeluarkan oleh Malaysiakini.

"Pihak responden berhujah bahawa Hakim Mohamad Ariff bertanding dalam pilihan raya umum 2004 atas tiket PAS dan terus aktif dalam parti itu walaupun selepas dia kalah dalam pilihan raya tersebut.

Malah, menurut usul tersebut, Hakim Mohamad Ariff telah terpilih sebagai ahli jawatankuasa pusat PAS untuk sesi 2007-2009.

Tambahnya, antara penglibatan Hakim Mohammad Ariff dalam PAS ialah bertindak sebagai penasihat undang-undang dan peguam dalam beberapa petisyen pilihan raya."

 Malaysiakini, 7 March 2014

Penulis kemudian membuat pencarian di internet mengenai perkara-perkara yang melibatkan pemecatan seseorang hakim sekiranya integriti beliau dipersoalkan . Dari carian yang dibuat, gambarajah di bawah ini diperoleh dari laman web Malaysian Bar.


Antara maklumat yang diperoleh dari pernyataan di atas ialah ;

"Semua hakim-hakim Mahkamah Atasan harus bersara apabila  mereka berumur 66 tahun atau tidak lebih daripada enam bulan selepas mereka mencapai umur tersebut jika dibenarkan oleh YDPA. Tetapi, hakim boleh meletak jawatan pada bila-bila masa dengan memaklumkan kepada YDPA secara bertulis.
Hakim Mahkamah Atasan boleh dipecat sekiranya beliau:-

i.  tidak mengikut Kod Etika Hakim; atau
ii.  tidak berupaya menjalankan tugasnya secara fizikal atau mental."

Dinyatakan secara jelas hakim layak dipecat sekiranya tidak mengikut Kod Etika Hakim , salah satu Kod Etika Hakim ialah ;

"menganggotai mana-mana parti politik atau terlibat dengan aktiviti politik."

Blog PAS Selangor di url http://passelangor.wordpress.com/organisasi/badan-perhubungan-pas-negeri-selangor/ , menyenaraikan jawatan bagi Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor Sesi 2007-2009 . Dari struktur jawatan yang ditunjukkan Tuan Hj Mohamad Ariff Bin Md Yusof memegang jawatan sebagai Ahi Dilantik.


Selain keputusan kes saman bekas MB Perak, Nizar Jamaluddin vs TV3, penulis membuat carian di internet untuk beberapa kes yang melibatkan Hakim Mohamad Arif Bin Md. Yusof

1. Sister in Islam VS Kementerian Dalam Negeri (KDN)  (kontroversi buku "Muslim Women and the Challenge of Islamic Extremism")         

Keputusan penghakiman : KDN kalah (25 Januari 2010).

2. Pemimpin Hindraf (Manoharan & Utayakumar) VS Kerajaan Malaysia (DS Najib & TS Muhyiddin)

Keputusan penghakiman : Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa dua peguam mempunyai locus standi atau hak di sisi undang-undang untuk menyaman perdana menteri, timbalan perdana menteri dan kerajaan berhubung permohonan mereka bagi mendapatkan pengisytiharan kesemua 523 sekolah rendah Tamil di negara ini diberi bantuan penuh. (14 Januari 2013)

3. Elegant Advisory VS Barisan Nasional (saman RM218 juta)

Keputusan penghakiman : Mahkamah Tinggi di sini memutuskan demikian setelah membenarkan permohonan parti politik itu untuk membatalkan tuntutan syarikat Elegant Advisory Sdn. Bhd., (Elegant Advisory) dengan kos RM1,500. (23 Sept 2011)

4. Kugan VS PDRM & Kerajaan Malaysia

Keputusan penghakiman : tiada maklumat

5. Penduduk VS Lynas Corp

Keputusan penghakiman :  menolak rayuan yang dikemukakan kumpulan pertama penduduk terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan kedua-dua syarikat itu mencelah, tidak memerintahkan penduduk membayar kos. (22 April 2013)

6. Husam Musa VS Blogger

Keputusan penghakiman : Husam menang dalam rayuan

Penulis tak nak komen mengenai keputusan2 penghakiman yang dibuat , ia adalah berdasarkan kebijaksanaan hakim itu sendiri . Walau bagaimanapun, apabila beberapa keputusan penghakiman yang melibatkan pemimpin-pemimpin PAS dibuat, turut melibatkan individu yang pernah bergiat dalam parti politik itu , maka ia sedikit sebanyak menimbulkan persoalan dengan integriti keputusan penghakiman yang dibuat. 

Pada 25 Feb 2009, beliau pernah menarik diri daripada mendengar saman yang difailkan oleh Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap Datuk Dr Zambry Abdul Kadir berhubung jawatan Menteri Besar Perak "setelah mengambil kira prinsip keadilan". Soalnya , kenapa kini tindakan yang serupa tidak dilakukan untuk kes-kes yang melibatkan pemimpin PAS ?

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu