Monday, March 17, 2014

Tian Chua Sibuk Menghasut Rakyat Pertikai Keputusan Mahkamah Dimana Rakyat Malaysia Bersatu Hati Tanpa Mengira Fahaman Politik dan Agama Berdoa Supaya MH370 Selamat

Sehari selepas Anwar dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun melalui para hakim kes liwat 2 , kita dah diwar-warkan akan ada satu demonstrasi secara besar-besaran di Dataran Merdeka . Malangnya demonstrasi itu tak mendapat sambutan , mungkin ramai yang sudah muak dengan cerita Anwar dan demonstrasi atau mungkin juga kerana masing-masing sedang bersedih dengan kehilangan pesawat MH370. Selepas lebih kurang seminggu kegagalan menganjurkan demonstrasi di Dataran Merdeka pada 8 March 2014 , konco-konco Anwar sebentar tadi dilihat sekali lagi cuba membangkitkan semangat reformasi di kalangan penyokong PR.


Timbalan Presiden PKR , Tian Chua yang sebelum ini mengugut untuk menjatuhkan kerajaan Najib dalam tempoh 5 bulan dengan kebangkitan rakyat sebentar tadi meminta peserta-peserta pehimpunan yang akan diadakan memakai baju berwarna hitam bertujuan membantah ketidakadilan keputusan mahkamah dalam kes perbicaraan Anwar Ibrahim dan Karpal Singh. Perhimpunan itu dijangkakan akan diadakan pada 21 March 2014 (Jumaat) secara tertutup di Stadium Kajang , pukul 9:00 malam . Tak apa lah kalau nak berhimpun di stadium , sekurang-kurangnya tak menyusahkan orang macam selalu.


Cuma pada pandangan penulis , kenapa konco2 Anwar ini masih bersemangat dalam hal ehwal politik ekstrem sedangkan seluruh negara sedang berduka dengan kes kehilangan pesawat MH370 ? Bagi PKR kes kehilangan pesawat ini seolah-olah tidak ada makna pada mereka apabila masih bernafsu membuat perhimpunan untuk menghasut rakyat . Benar, kehidupan perlu diteruskan . Tak salah buat perkara2 seharian yang normal , bersosial , membeli belah , tengok wayang , berekreasi dan seumpamanya . Namun untuk perkara2 yang 'tak normal' seperti menyebarkan kebencian orang ramai terhadap kerajaan yang mana  berlaku dalam tempoh seluruh rakyat tanpa mengira fahaman agama dan politik bersatu hati berdoa supaya MH370 terus selamat menunjukkan sikap barua-barua Anwar yang sangat tidak sensitif.

Penulis juga berpendapat , mereka yang bertanggungjawab menghasut rakyat supaya mempertikaikan keputusan hakim mahkamah supaya dikenakan tindakan menghina mahkamah . Bukan kah sebelum ni ramai yang dikenakan tindakan menghina mahkamah malah ada yang dipenjarakan . Jangan lah disebabkan Tian Chua berstatus ahli parlimen maka tiada tindakan dikenakan . Mohon supaya satu laporan polis diadakan terhadap Tian Chua kerana ucapan beliau yang boleh dikatakan menghina mahkamah , melalui perhimpunan yang diwar-warkan itu , beliau secara tak langsung mengajak orang ramai supaya bersama-sama beliau mempertikaikan keputusan mahkamah . Jadi tunggu apa lagi ???

3 comments:

TIAN CHUA'S ACTION IS A CLEAR CASE OF CONTEMPT OF COURT AND THEREFORE SHOULD BE SPARED. IN THIS CASE WHO HAS THE LOCUS STANDI TO ACT ON TIAN CHUA? THE POLICE? THE AG CHAMBER? OR ANY ORDINARY CITIZEN? WILL AG RESPOND TO THIS ISSUE IMMEDIATELY !

Kalau ambil tindakan kepada mereka terus jadi mahkamah tidak adil. Seret rakyat minta simpati, tak ambil tindakan dikatakan kerajaan lembik. Mereka ni golongan yang mahu berada "above the Law" dengan mengunakan kuasa rakyat.

FIKIR2 BALIK, DAH BOSAN DENGAN KERAJAAN NIE. TAK TAHU NAK AMBIK TINDAKAN LANGSUNG MENGGUNAKAN AKTA SEDIA ADA.

BORING DAH AKU DOK PANGKAH BARISAN DARI DULU LAGI. NAMPAKNYA BN NIE MMG NAK BAGI KALAH SECARA OTOMATIK DALAM PRU14 NANTI. BORING DAH AKU DENGAN KERAJAAN. LEBIH BAIK AKU TAK PAYAH KELUAR MENGUNDI PRU14 NANTI, APA NAK JADI PUN JADILAH..



Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu