Monday, March 24, 2014

Tak Guna Beribu-Ribu 'Post-Mortem' Kalau Tak Ada Usaha Penambahbaikan

Keputusan PRK Kajang memang telah dijangkakan bahawa kerusi DUN berkenaan akan kekal menjadi milik PKR , walau bagaimanapun melalui keputusan yang diumumkan semalam jumlah undi majoriti PKR dikurangkan . Ia mungkin disebabkan faktor tak ramai pengundi berdaftar yang keluar mengundi . Dari keputusan PRK Kajang juga di fahamkan peratusan pengundi Cina memilih BN juga meningkat .


Peningkatan ini mungkin disebabkan faktor BN meletakkan calon MCA yang berwibawa iaitu Chew Mei Fun atau mungkin juga disebabkan pengundi Cina mulai jelak dengan permainan politik PKR. Namun ada sesuatu yang agak memeranjatkan apabila 2 PDM yang sebelum ini memberi sokongan kepada BN (pada PRU-13) beralih sokongan kepada PKR, begitu juga dengan pengundi-pengundi di kalangan orang-orang muda yang lebih condong menyokong PKR .

Macam-macam teori di keluarkan di media sosial, post-mortem dan segalanya bila keputusan diumumkan semalam . Pada penulis, sekarang bukan masa nak menunding jari pihak mana yang salah atau mana yang betul. Jangkaan kalah itu telah pun dibuat sejak awal lagi , tetapi jangkaan itu dibuat dengan mengatakan sokongan kuat pengundi Cina pada PKR . Namun keputusan yang dilaporkan semalam memberikan satu lagi pandangan supaya BN dan UMNO Selangor terutamanya muhasabah diri sendiri, apa lagi yang tak kena?

Walaupun penulis bukan lah lama sangat berkecimpung dalam hal ehwal politik ni , tapi untuk mengenalpasti kelemahan diri kita sendiri , bukan dengan mengadakan program 'mendekati rakyat' di kalangan penyokong2 sendiri . Bila berada dalam keadaan itu , kita akan merasakan seolah-olah ramai yang menyokong..ini 'placebo effect' yang negatif . Satu keadaan diwujudkan , seperti program2 yang kononnya menunjukkan sokongan rakyat . Ini tak betul kerana pengajuran program-program seperti ini bersifat lapuk. Sesiapa sahaja boleh hadir , malah orang2 dari luar pun boleh hadir ke program itu menunjukkan seolah-olah ramai dapat sokongan masyarakat setempat.

Pendapat ikhlas penulis , kalau nak memenangi hati rakyat . Tolong berlaku jujur pada diri sendiri . Pemimpin-pemimpin atasan tolong jauhkan diri dari kaki-kaki pengampu dan bodek di sekeliling anda . Berjumpa dengan rakyat biarpun tahu bakal kena maki , kena sindir atau apa saja . Tolong rakyat bukan untuk disembah oleh rakyat , pergi ke kawasan2 yang memang diketahui kuat pengaruh pembangkang di situ. Dengar masalah mereka dan dengar apa pandangan ikhlas mereka mengenai BN/UMNO , memang ada perkara yang tak betul hasil dari fitnah PR , tapi ada juga perkara yang mereka meluat dengan UMNO disebabkan sikap beberapa pemimpin2 UMNO itu sendiri .

Seperti yang penulis katakan tadi, kita bukan mahu menyalahkan sesiapa cuma kita harap perubahan-perubahan yang dilaungkan selama ini benar-benar dilakukan . Penulis percaya segala list mengenai perubahan mengenai BN/UMNO dan pemimpin-pemimpinnya dah ada melalui 'post-mortem2' yang lepas cuma kita tertanya-tanya adakah mereka mengubah corak kepimpinan dan gaya mendekati rakyat melalui beribu-ribu 'post mortem' yang dibuat ? Lagi satu tumpang tanya , betul ke Penyelaras BN Kajang tak dilibatkan dalam kempen PRK ni ? Kalau betul, mungkin ini lah salah satu lagi perkara yang perlu dikaji .

6 comments:

terima hakikat bahawa, pengundi melayu, khususnya pengundi muda masih memandang jelik para pemimpin Umno BN selangor... selagi kepimpinan yang sama, jangan harap selangor kembali kpd BN...

Jawapan mudah...orang dah tak nak MCA lagi.

YA ALLAH! Pemimpin UMNO harus sedaq JANGAN lagi BODEK pengundi Cina! Kalau tidak, bakal hancoq Tanah Melayu ISLAM, pusaka nenek moyang berzaman kita ini dikuasai PENDATANG KAPIR! Tak guna kita, BUMIPUTERA ISLAM/Melayu terus TUNDUK-mcm-KULI pd. bangsa PENDATANG-yg- tak-sedaq diri! Umat Islam/Melayu yg. BUKAN elit., dh puas merana dgn. PENGKHIANATAN Melayu ELIT liberal, samada dlm. UMNO/PAS/PKR – hentikan MENGGADAI hak dan TANAH PUSAKA nenek moyang kami, dr. sebelum diJAJAH si KAPIR laknat British-ZIONIS lagi!

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

UMNO sudah tidak diterima oleh bangsa cina dan india. Melayu yang menyokong UMNO pun hanya mereka yang ada kepentingan untuk diri sendiri dan keluarga. Jika UMNO masih dengan kepimpinan yang sedia ada maka riwayat UMNO akan berakhir pada PRU yang akan datang. Jika tidak mahu UMNO dikebumikan maka pemimpin yang sedia ada harus berundur dari peringkat MKT dan juga Bahagian

pengundi muda melayu akan suka pada bn jika pemimpinnya tidak lembek ...

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu