Sunday, March 2, 2014

Siapa Tentera Siber UMNO Yang Kena Sabotaj Seperti di Dakwa Pengarang Utusan (Ku Seman) ?

Kalau bertanya pada orang ramai mengenai senarai nama akhbar-akhbar arus perdana di Malaysia ni, tentu sekali Utusan Malaysia menjadi salah satu nama akhbar yang paling kerap disebut. Selain popularitinya kerana menjadi antara akhbar yang agak lama beroperasi di negara ini, Utusan juga popular kerana menjadi akhbar arus perdana yang paling kerap disaman dan kena bayar saman . Dek kerana saman yang bertimbun ini, pengguna media sosial yang cenderung menyokong pembangkang melabelkan Utusan sebagai akhbar fitnah , malah tak kurang juga yang menggelarkan Utusan sebagai 'Utusex' . 




Utusan juga dikatakan menjadi media propaganda UMNO , namun dek kerana kebodohan 'strategis' dalam Utusan, banyak isu atau perkara yang cuba menaikkan imej UMNO/BN akhirnya memakan diri sendiri . Tentu ramai yang masih ingat bila Utusan dalam muka depan akhbarnya dengan gah melaporkan penurunan harga kereta, kononnya dibuat untuk menaikkan imej UMNO/BN . Malangnya dek kerana tidak membuat siasatan dan hanya berasaskan sumber yang tak sahih, berita ini akhirnya menjadi bahan jenaka rakyat bila portal Malaysiakini melaporkan penafian Volkswagen dan Peugeot mengenai penurunan harga kereta. Penulis pernah mengeluarkan satu artikel menganalisa laporan yang dibuat oleh Utusan disini ;





Kalau laporan di atas menunjukkan kedangkalan Utusan dalam mencari sumber maklumat tepat sehingga menyebabkan UMNO/BN dijadikan bahan jenaka oleh pihak pembangkang. Laporan seterusnya pula menunjukkan Utusan meletakkan gambar tidak senonoh seorang individu yang dikatakan pemimpin pembangkang yang diperoleh dari blog-blog . Sumber asal gambar yang diambil dari rakaman video itu dikatakan adalah dari Datuk SK . 


Penyiaran artikel di muka depan itu seterusnya menjadi buah mulut rakyat di negara ini , bukan hanya disebabkan artikel yang disiarkan itu tetapi integriti akhbar Utusan yang menjadi akhbar arus perdana di negara ini . Sekali lagi UMNO/BN di jadikan bahan jenaka kerana akhbar yang kononnya membawa suara UMNO telah melakukan satu tindakan yang secara tak langsung mencalarkan imej UMNO/BN. Banyak lagi artikel-artikel di Utusan yang menjadi bahan jenaka rakyat negara ini bukan sahaja di kalangan penyokong pembangkang malah di kalangan penyokong kerajaan sendiri.

Hari ini wartawan 'otai' Utusan , Ku Seman menulis satu artikel bertajuk "Tentera Kacang Merah dan Blogger Hantu Raya" di ruangan Anekdot Ahad. Beliau membicarakan mengenai Tentera Kacang Merah  di pihak pembangkang dan "blogger hantu raya" yang kerjanya menge "pow" pemimpin dan dikatakan ada juga 'dibela' pemimpin UMNO. Ku Seman mendakwa Tentera Kacang Merah ini begitu tersusun dan berstrategi  berbanding beberapa blogger UMNO yang mengeluarkan cerita sensasi dengan tujuan cari makan. 

Bagi yang mengikuti politik media maya Malaysia, hal sebegini memang pernah kedengaran dan cerita ini makin menjadi-jadi kebelakangan ini. Berlaku tuduh menuduh sesama sendiri , beberapa perkara yang disembunyikan selama ini dibongkar. Soal integriti ditimbulkan dan macam-macam lagi. Tetapi tak perlu lah penulis ceritakan perkara-perkara seperti ini di dalam blog kerana kita pun tak tahu samada cerita2 yang disampaikan dan didebatkan secara terbuka di dalam Facebook itu 100% benar . 

Cuma penulis terkilan bila seseorang seperti Ku Seman yang berada luar daripada 'circle' pengamal2 media sosial membuat penulisan hanya berdasarkan 'cakap-cakap' yang belum dipastikan kebenarannya. Hal-hal serkap jarang seperti ini lah menyebabkan Utusan Malaysia dilabelkan sebagai akhbar fitnah , sebelum ini penulis berdiam diri, cuma bila artikel yang ditulis oleh Ku Seman hari ini menceritakan sesuatu yang tidak benar maka penulis tak menafikan apa yang dikatakan orang selama ini mengenai Utusan sebagai akhbar fitnah adalah benar. 

Antara yang menarik dalam tulisan beliau ialah ;

"Di pihak UMNO juga didakwa wujud apa yang diistilahkan sebagai tentera siber media baharu. Tetapi malangnya mereka dikacau oleh kolompok yang saya istilahkan sebagai "blogger hantu raya". Difahamkan hantu raya ini "dibela" oleh individu tertentu untuk menonjolkan dirinya di gelanggan politik.

Bukan semua blogger pro-UMNO itu "hantu raya" . Banyak juga yang jujur dan tidak mengharapkan upah, mereka menulis kerana sayangkan UMNO walaupun yang ditulis tidak selalunya manis.

Tetapi kewujudan "blogger hantu raya" ini walaupun kecil tetapi telah memalitkan imej buruk kepada UMNO.Mereka ini bukan sahaja tidak ada strategi malah buruk dari segi etika dan peribadi serta tidak ada wibawa. "

Bila Ku Seman menulis yang kononnya imej UMNO buruk disebabkan beberapa kelompok blogger, adakah beliau lupa bahawa Utusan sebagai media arus perdana melakukan kerosakan yang lebih teruk pada UMNO/BN melalui beberapa artikel yang disiarkan akhbar itu ? Sebagai contoh artikel yang penulis tunjukkan di atas serta beberapa artikel yang menyebabkan akhbar itu disaman ? Ku Seman bercakap mengenai strategi , adakah Ku Seman dah duduk dan berbincang bersama-sama blogger2 yang dituduh beliau sebagai "hantu raya" itu sehingga mengetahui bahawa mereka tidak ada strategi ? Atau apa yang Ku Seman tulis sebenarnya adalah maklumat yang sebenarnya diperoleh dari sumber yang ada agenda mereka sendiri ?

Ku Seman menulis UMNO juga ada tentera siber media baharu tetapi dikacau oleh kelompok "blogger hantu raya" . Penulis tertanya bagaimana tentera siber media baharu ini boleh dikacau oleh "blogger hantu raya" . Apa yang dibuat oleh "blogger hantu raya" sehingga operasi tentera siber media baharu UMNO ini terganggu ? Kenapa hal ini hanya dibangkitkan sekarang dan bukannya 5 tahun lepas ? Dan soalan penulis yang terakhir ialah siapa tentera siber media baharu ini ? Penulis rajin juga meninggalkan komen2 sinikal di ruangan komen portal pro pembangkang iaitu Malaysiakini , dan pada pemerhatian penulis tak banyak komen2 pro kerajaan di situ . Jadi apa sebenarnya di lakukan oleh tentera siber media baharu UMNO itu?

Penulis mempunyai satu lagi pendapat yang agak kritikal iaitu apa yang dikatakan tentera siber media baharu UMNO itu kini berada dalam proses penubuhan tetapi kononnya 'diganggu' oleh kelompok "blogger hantu raya" menyebabkan penubuhannya terbantut. Dek kerana sakit hati,mungkin kelompok yang cuba mendominasi kumpulan tentera siber media baharu UMNO tadi telah menyampaikan cerita yang mengundang persepsi negatif blogger pada Ku Seman . Penulis berpendapat sekiranya ada ketelusan dan tidak melibatkan kroni-kroni kumpulan yang cuba mendominasi tentera siber media baharu tadi sudah tentu tidak timbul soal gangguan "blogger hantu raya" seperti yang ditulis oleh Ku Seman. 

Penulis tidak menolak "politik wang" dan  kronisma dalam UMNO memang telah lama wujud dan kepimpinan parti sekarang di bawah Datuk Seri Najib berusaha mengatasi perkara itu dari terus menyelubungi UMNO dengan melakukan pelbagai transformasi dalam UMNO. Namun kita sedar hal ini bukan lah sesuatu yang mudah kerana ada di kalangan mereka yang mengamalkan politik wang dan kronisma ini memakai topeng seolah-olah mereka adalah bersih , tak cukup dengan itu mereka menuduh orang lain untuk menjatuhkan kredibiliti individu tersebut dengan jentera-jentera suruhan mereka. Apa yang paling keji ialah apabila kumpulan2 yang berbeza di laga-lagakan dan hasil pertelingkahan ini orang yang melagakan yang mendapat keuntungan. Parasit-parasit seperti ini lah yang sepatutnya dikenalpasti dan disingkirkan dari UMNO demi 'survival' akan datang. 

Bagi penulis, Ku Seman hanyalah orang luar yang tak tahu menahu hal ehwal media sosial , terutama dalam soal politik media baru. Beliau menulis semberono tanpa mempunyai fakta kukuh. Gaya penulisan beliau dilihat bersifat agak peribadi dan penulis percaya sumbernya hanya dengan khabar angin atau percakapan dari satu pihak yang menuduh sahaja . Penulis tertanya adakah Ku Seman hanyalah 'budak suruhan' individu tertentu yang cuba menjatuhkan kredibiliti blogger tertentu? Ia hanya satu persoalan dan bukan tuduhan. Mungkin selama ini usaha untuk menjatuhkan kredibiliti di media sosial gagal maka sekarang media arus perdana pula digunakan? Ini lah antara salah satu tabiat dalam UMNO yang cukup susah nak dibuang iaitu cantas mencantas menggunakan pengaruh dan 'connection' yang ada. 

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu