Thursday, March 13, 2014

'Peluru Besar' Pakatan Rakyat Sekiranya Kontrak Percetakan DBP Dapat Lagi Pada DAWAMA !

Penulis sebelum ini pernah mengeluarkan satu artikel mengenai nasib malang pengusaha-pengusaha percetakan Melayu sejak tahun 2002 akibat kerja-kerja percetakan oleh DBP dimonopoli oleh satu syarikat iaitu DAWAMA .  Artikel yang bertajuk "RM 120 JUTA SETAHUN DUIT RAKYAT BAKAL 'HANGUS' LAGI SEKIRANYA KONTRAK DBP-DAWAMA DITERUSKAN ?" antaranya menyentuh beberapa perkara berikut :-



i. DAWAMA walaupun mendapat kontrak 12 tahun oleh DBP (lebih kurang RM120) juta boleh mengalami kerugian . Bagaimana boleh rugi sedangkan mereka dah punyai jaminan untuk peroleh pendapatan yang begitu besar, ia hanya bergantung kepada kecekapan pengurusan syarikat itu.

ii. DAWAMA pernah pada satu ketika gagal melaksanakan kerja-kerja percetakan oleh DBP menyebabkan pengusaha-pengusaha percetakan Melayu terpaksa mengambil alih untuk sementara waktu menyiapkan kerja-kerja percetakan itu bagi memastikan buku-buku sempat di edarkan di seluruh negara dalam waktu yang ditetapkan. Hal ini secara tidak langsung mencalarkan imej DBP dan sudah semestinya perbelanjaan meningkat disebabkan ketidakcekapan DAWAMA.

)

iii. DAWAMA dikatakan mengalami masalah kewangan hingga tidak mampu membayar wang kepada vendor2 . Malah pada satu ketika, pekerja2 dari syarikat itu terpaksa diberhentikan kerana masalah kewangan . Ada sumber menyatakan bahawa beberapa vendor masih tidak menerima bayaran daripada DAWAMA untuk kerja-kerja yang telah mereka lakukan sehingga ke hari ini. Penulis tidak pasti kesahihan fakta ini tetapi melalui komen2 di blog2 yang memainkan isu ini,  memang wujud hal tidak menerima bayaran ini.

Oleh yang demikian, penulis berharap agar pihak kerajaan dan agensi yang bertanggungjawab dalam memutuskan hal ehwal percetakan bahan-bahan terbitan Dewan Bahasa Pustaka (DBP) tidak lagi terkhilaf seperti keputusan yang pernah dibuat pada tahun 2002 . Kerajaan yang ada sekarang adalah kerajaan majoriti yang dipilih oleh orang-orang Melayu dan Bumiputera , maka kerajaan wajib mempertahankan pengusaha-pengusaha percetakan Melayu / Bumiputera . Pemberian kontrak kepada DAWAMA atau lain2 syarikat tunggal hanya menggalakkan monopoli sesebuah syarikat walaupun ia bertaraf Bumiputera . 

Bila berlaku monopoli maka akan berlaku kornisma , salah guna kuasa dan rasuah . Kesemua faktor ini bila digabungkan akan menjurus kepada kerugian sesebuah syarikat . Kita tak mahu dengar lagi cerita sebuah syarikat induk Bumiputera yang sepatutnya membantu pengusaha-pengusaha Bumiputera yang lain memberi lebih banyak 'bahagian' kepada syarikat bukan Bumiputera . Sekiranya hal ini berlaku sekali lagi , ternyata masih ada parasit-parasit dalam pentadbiran kerajaan yang lebih mementingkan tembolok sendiri , percaya atau tidak gerak kerja parasit-parasit ini lah yang telah menyebabkan BN gagal mendapat 2/3 pada PRU-12 & 13 . 

Sekiranya parasit-parasit ini dibiarkan lagi dalam menentukan hak kontrak diberikan terutama yang melibatkan pengusaha Melayu dan Bumiputera , maka tak mustahil pada PRU akan datang kerajaan yang ada pada hari ini boleh tersungkur. Oleh itu penulis berharap pihak bertanggungjawab jangan jadi bodoh dan terus membutakan mata.

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu