Thursday, March 13, 2014

Mat Taib Kata Anwar Jenis Lelaki Tak Duduk Bawah Ketiak Isteri , Keputusan Perbicaraan Liwat 2 Membuktikannya !

Tahun 1997 , masa tu penulis baru menjejakkan kaki ke UTM , no kad matrik AM97xxxx . Masa tu masih mentah dalam soal berpolitik, malas nak ambik tahu hal ehwal politik negara . Tapi jauh di sudut hati, penulis cukup kuat menyokong kerajaan yang pada ketika itu dipimpin oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad . Pada tahun tu juga kecoh cerita pasal Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang ditahan dan dibicarakan di Australia kerana membawa sejumlah besar matawang asing (Malaysia, Singapura dan New Zealand) . Kawan-kawan se-asrama dengan penulis membicarakan hal itu, dari cara percakapan, jelas mereka cukup jijik dengan apa yang berlaku terhadap Muhd Taib itu. .

Dari petikan The Economist , 17 April 1997

On April 11th, the Australian authorities said Mr Muhammad would face a second charge—of making a false currency declaration on entering the country. Meanwhile, a Brisbane newspaper, which Mr Muhammad has threatened to sue, claimed he and his wife owned several million dollars-worth of property in Queensland. There followed a meeting of the supreme council of Mr Muhammad's party, the United Malays National Organisation (UMNO), which dominates the governing coalition. Mr Muhammad said he resigned as chief minister of Selangor to spare UMNO embarrassment. But, curiously, he has not relinquished his post as one of the party's three vice-presidents, which still makes him one of Malaysia's most powerful politicians. - full article here

Dek kerana salah laku Mat Taib di Australia , seluruh ahli dan pemimpin UMNO terpalit sama , malah pada ketika itu mereka juga mengaitkan tuduhan 'al-juburi' oleh Mat Sabu kepada Anwar Ibrahim. Secara jujur, penulis agak terpengaruh dengan kebencian-kebencian yang cuba ditanam itu tetapi mujur lah karisma Tun Dr. Mahathir pada ketika itu agak kuat sehingga timbul rasa dalam hati bahawa Tun Mahathir mampu mengawal 'parasit-parasit' yang wujud dalam UMNO pada ketika itu . Telahan penulis ternyata benar bila Muhd Taib sendiri telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar pada tahun yang sama , kemudian setahun kemudian Anwar dilucutkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri atas beberapa kesalahan dan disumbat ke dalam penjara.


Selepas kes beliau di Australia, Mat Taib dilihat seperti makin dipinggirkan di dalam UMNO. Beliau juga gagal memenangi jawatan Naib Presiden UMNO yang ditandingi, boleh dikatakan imej beliau sedikit sebanyak telah rosak kerana kes di Australia itu, ditambah pulak dengan khabar angin yang tidak enak didengar iaitu isu peribadi beliau dengan istana Selangor beberapa tahun sebelum itu . Mat Taib kemudian duduk 'statik' dengan peranan beliau sebagai Ketua Bahagian UMNO Kelana Jaya . Walaupun bertaraf Ketua Bahagian , UMNO Kelana Jaya lesu dan akhirnya terpaksa digerakkan oleh Timbalan Ketua Bahagian. Mat Taib lepas tangan, nak kata dia kecewa dengan UMNO tak boleh jugak sebab dia lah antara salah satu sebab UMNO dicerca. Mungkin sedar dia tak boleh kemana-mana dalam UMNO dek kerana 'langkah sumbang' sendiri , maka Mat Taib umum keluar UMNO dan masuk PAS pada 2013.

Mat Taib sedar mengenai hakikat penerimaan positif PAS terhadap pemimpin2 UMNO yang pernah mereka laknat dan caci maki pada satu ketika dulu. Kalau PAS boleh menerima Anwar Ibrahim yang pernah digelar oleh salah seorang pemimpin mereka sebagai 'al-juburi' , apa lah sangat respon PAS terhadap kes beliau di Australia itu. Kini Mat Taib dah jadi kuda tunggangan PAS, tanpa apa-apa jawatan dalam PAS, taraf beliau sama seperti Abby Abadi , Bob Lokman dan Hairie Omar dengan menjadi penceramah untuk mengutuk dan memaki UMNO dan BN . Dalam satu ceramah sempena PRK Kajang baru-baru ini , Mat Taib menyindir PM kononnya beliau 'duduk di bawah ketiak bini' . Mat Taib mengulang lagu atau tuduhan yang sama dimainkan bertahun-tahun lalu oleh beberapa pemimpin PR dan hal ini ternyata tak beri kesan pada PM.

Kalau benarlah tuduhan yang dilemparkan itu , penulis pasti orang2 seperti Mat Taib, Anwar Ibrahim , Tian Chua , Mat Sabu, Lim Kit Siang dan beberapa lagi pemimpin Pakatan Rakyat tak akan bersuka-suka berceramah seperti hari ini . Mereka ini semua pasti disumbat dalam penjara untuk tutup mulut , namum itu bukan lah cara PM . Walau pelbagai tohmahan dan cacian dibuat , masing2 bebas buat tuduhan2 dan fitnah2 yang berat terhadap PM dan isterinya. Penulis berasa pelik kenapa orang seperti Mat Taib yang ada sejarah hitam berani bercakap dan membuat fitnah terhadap orang lain ? Berikut adalah 'screen caption' yang diambil dari blog Chegubard , seorang pemimpin PKR mengenai Mat Taib . Adakah tuduhan-tuduhan Chegubard terhadap senarai pemimpin2 UMNO yang ditunjukkan boleh dipersoalkan sekarang ? Adakah tuduhan2 terhadap Mat Taib tidak dipersoalkan selepas dia menyertai PAS / PR ?




Mat Taib patut cermin diri sendiri dahulu sebelum melabelkan orang dengan gelaran-gelaran tertentu . Orang macam Mat Taib lah yang menyebabkan UMNO dilabel dengan gelaran parti rasuah dan korup ! Dalam ceramah beliau Mat Taib dilihat cuba membandingkan autoriti Anwar dan Najib terhadap pasangan masing2 . Mat Taib berkata dia kenal Anwar sejak tahun 60-an dan orang macam Anwar tak duduk di bawah ketiak isteri . Dalam erti kata positif , 'duduk bawah ketiak isteri' melambangkan seorang lelaki yang setia kepada isteri iaitu 'One Woman Man' dan melalui perbicaraan kes Anwar sejak 1998 hingga kini kita boleh iya kan kenyataan Mat Taib bahawa Anwar memang bukan jenis lelaki yang 'duduk di bawah ketiak isteri' kerana dia ...... (sambung ikut kehendak pembaca)

1 comments:

Kerana dia lebih suka duduk di bawah kelengkang samsidar ataupun chinadoll.

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu