Monday, March 10, 2014

I now don't see her as Prima Minister's wife, but as a woman, as a mother.

Kehilangan pesawat MH370 telah melebihi 2 hari dan sehingga kini masih belum ada apa-apa petunjuk. Kita dapat melihat melalui lensa kamera wartawan betapa ahli keluarga penumpang dan anak-anak kapal begitu sugul menantikan berita . Penulis terkilan bila terbaca beberapa komen individu di media sosial yang seolah-olah tidak menghormati perasaan ahli-ahli keluarga bagi penumpang yang berada dalam pesawat MH370. Tak kurang juga sikap sesetengah 'anjing politik' yang terus menyalak bercakap soal politik dan terus menyebarkan kebencian sedangkan seluruh negara kini berada dalam debaran menunggu berita terkini mengenai pesawat yang hilang itu.


Penulis sempat melihat video isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah yang melawat keluarga penumpang dan anak kapal yang terlibat. Terpancar keikhlasan dalam menunjukkan simpati pada keluarga yang sedang menunggu. Perasaan hiba muncul secara tiba2 bila melihat suasana itu dan pastinya perasaan yang sama dikongsi bagi majoriti mereka yang menonton video itu. Sangkaan penulis tepat bila di laman Twitter , 'caption' gambar Rosmah berkongsi kesedihan bersama-sama keluarga penumpang dan anak kapal pesawat
MH370 itu menjadi viral dan banyak komen-komen positif yang ditulis malah dari mereka yang sebelum ini tidak begitu menggemari isteri Perdana Menteri itu .



Antara komen Twitter yang menunjukkan sokongan dengan tindakan Rosmah melawat keluarga penumpang dan anak kapal MH370 itu adalah dari seorang pengguna Twitter dengan id @AnisAshaari , beliau juga merupakan seorang blogger. Petikan twitter Anis itu mendapat 2,300 retweets dan 920 favourite sehingga artikel ini ditulis ;

Anis Ashaari ‏@AnisAshaari  22h
I now don't see her as Prima Minister's wife, but as a woman, as a mother. pic.twitter.com/HRK6SWZ5Ml


Malangnya seekor 'anjing politik' chauvanis nampaknya masih tak reti berhenti menyerang walaupun dalam keadaan majoriti rakyat yang sedang berada dalam kesedihan . Nga dilihat masih cuba menyebarkan kebencian terhadap Rosmah dalam tweet beliau yang ditulis dalam bahasa Cina .


Penulis menggunakan Google Translate untuk mengetahui apa yang 'anjing politik' ini tulis dan mendapati ia berubah tuduhandan penghinaan yang berat. Nampaknya 'anjing politik' seperti ini akan terus menyalak menabur fitnah tak kira tempat dan masa . Apa masalahnya dalam keadaan sekarang ni kita bersatu, ketepikan soal politik dan bagi semangat kepada satu sama lain? Perangai yang dipamerkan oleh pemimpin DAP ini terlalu bangsat hingga kalau di zaman dulukala mungkin orang yang bersikap sebegini layak disula.


Selain Nga, ada seekor lagi chauvanis yang menunjukkan sikap kurang ajar apabila mengeluarkan tweet seperti mengharapkan pesawat MH370 yang hilang itu diganti dengan pesawat yang dinaiki PM dan isterinya . Apa 'didikan' yang diberi oleh pemimpin2 dalam Pakatan Rakyat sehingga menyebabkan tiada toleransi atau sekurang-kurangnya empati pada keluarga penumpang dan anak kapal MH370 ? Apa yang dikatakan 'doa' atau 'harapan' itu bukanlah sesuatu yang lucu,malah  bagi mereka yang waras, tindakan lelaki berkenaan seperti mempermain-mainkan perasaan keluarga mereka yang sedang berduka . Bagi penulis sekiranya mereka ini tidak boleh memberi bantuan samada dari segi mental/emosi kepada keluarga tak perlu lah memburukkan lagi keadaan dengan kenyataan2 bodoh ! Reformasi 24 jam konon , Reformasi kepala hotak lu !

2 comments:

orang tua tua selalu melarang kita mendoakan keburukan terhadap orang lain tak kira apa bangsa dan agama orang tu. katanya setiap kutukan atau doa buruk itu naik ke atas tetapi tidak sampai, akhirnya jatuh kembali ke bawah ke atas orang yang medoakan atau mengutuk itu,. jika kita mendoakan orang jatuh terhempas, satu masa kita juga akan jatuh terhempas

org2 dlm dap n pkr ni mana ada hati dan perasaan dah sebab tu ikut suka hati aje nak tuduh najib n rosmah bkn2. kalaulah ketua mereka ni bagus tentu pengikutnya tak mcm setan.

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu