Thursday, March 20, 2014

Guna IPT Untuk Kepentingan Politik : Azmin Ali Tak Setuju Kajian UNISEL , Khalid Ibrahim Tak Setuju Kajian UMCEDEL

Berdasarkan artikel Malaysiakini yang bertajuk "Azmin : Tinjauan Tak Cerminkan Sentimen" menunjukkan bahawa Timbalan Presiden PKR itu tidak bersetuju dengan hasil kajian UNISEL yang menunjukkan kebanyakkan penduduk Kajang mahu mengekalkan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Menurut artikel berkenaan , Azmin berpendapat kajian yang dibuat oleh UNISEL itu  tidak mencerminkan sentimen rakyat dan sampel kajian juga kecil .


Tindak balas Azmin itu secara tidak langsung mengesahkan ura-ura bahawa Khalid Ibrahim mungkin akan disingkirkan daripada memegang jawatan Menteri Besar Selangor. Alasan 'Kajang Move' ini sendiri seolah-olah memberikan pentunjuk kepada rakyat Selangor bahawa barisan kepimpinan dalam negeri ini mungkin akan di-rombak . Di tambah pula dengan sentimen antara kem Khalid Ibrahim dan Azmin Ali . Beberapa tindakan Khalid Ibrahim yang sebelum ini (pemecatan Azmin sebagai Pengerusi PKNS dan MoU dengan kerajaan pusat untuk penstrukturan air di negeri itu) dilihat membelakangi kepimpinan tertinggi PKR juga memungkinkan beliau 'dipecat' dari jawatan Menteri Besar.


Mengenai komen Azmin bahawa beliau tidak bersetuju dengan hasil kajian yang dikeluarkan oleh UNISEL itu berdasarkan alasan sampel , penulis suka untuk mengimbas kembali hasil kajian yang dibuat oleh UMCEDEL yang dikeluarkan pada 3 Feb 2014 bahawa Anwar Ibrahim akan menang besar di DUN Kajang. Kenapa Azmin tidak pertikai hasil kajian UMCEDEL itu dengan alasan sampel juga ? Penulis pasti hasil kajian UMCEDEL juga berdasarkan bilangan sampel yang kecil.


Selain itu kalau kita ingat kajian UMCEDEL sebelum ini juga menunjukkan bahawa  Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih dikehendaki untuk menjawat jawatan Menteri Besar Selangor.  Hasil kajian UMCEDEL ini dibidas oleh Khalid Ibrahim.  Khalid berkata hasil kajian tersebut tidak menggambarkan keinginan rakyat Selangor secara keseluruhannya dan bersifat akademik Universiti Malaysia (UM) semata-mata, seperti yang dilaporkan dalam satu artikel oleh Berita Harian. Sekarang kita nampak 'team Anwar' gunakan Universiti Malaya melalui kajian2 'feeling' ilmiah untuk mengangkat populariti beliau dan 'team Khalid' juga gunakan pendekatan yang serupa dengan menggunakan UNISEL.

Sebelum itu pada 20 Feb 2014, Pengarah Umcedel Prof Datuk Mohammad Redzuan mengulas kajian pusat itu yang menunjukkan pengundi DUN Kajang menyambut baik pencalonan Anwar sekali gus memberi laluan kepada ketua pembangkang menjadi menteri besar Selangor. Seperti yang kita tahu , UMCEDEL ni boleh dikatakan sebagai badan kajian khas yang ditubuhkan untuk 'menjilat' Anwar . Prof Datuk Mohammad Redzuan ni mungkin juga boleh dikatakan 'barua' kepada Anwar apabila beberapa program berkaitan politik dibenarkan untuk diadakan dalam UM, seperti program penjelasan Kes Liwat 2 oleh Latifah Koya yang diadakan dalam salah sebuah dewan di UM .

1 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu