Wednesday, March 12, 2014

Di kala Rakyat Berduka Dengan Kehilangan MH370, Anjing2 Politik Terus Sebarkan Kebencian

Beberapa buah pasaraya beberapa bulan sebelum ini telah menyahut seruan kerajaan dalam menawarkan harga barangan runcit dan basah pada kadar yang lebih murah daripada harga yang biasa ditawarkan. Antara pasaraya yang mengambil bahagian dalam kempen ini ialah TESCO, AEON BIG, 99 Mart dan NSK. Penulis sendiri gemar membeli belah di TESCO kerana lebih menjimatkan.

Kadang2 pasaraya2 ini membuat promosi yang tak masuk akal samada mungkin untuk menarik lebih ramai pelanggan atau mereka mempunyai stok yang berlebihan untuk dihabiskan. Penulis pernah membeli ikan selar kuning pada harga diskaun RM3 sekilo! Jauh lebih murah dari harga yang biasa ditawarkan. Hal seperti ini biasa berlaku namun bergantung pada nasib pengunjung.

Baru-baru ini, portal pro-pembangkang (Malaysiakini) mungkin sengaja mahu mensensasikan pembelian ayam pada harga RM1 oleh PM Najib Razak. Kesempatan ini digunakan oleh blogger2 dan pemain media sosial pembangkang untuk memperlekehkan Najib. Sama seperti isu kangkung, pembelian ayam RM1 oleh Najib cuba disalahertikan oleh mereka.

Dalam artikel yang dikeluarkan Malaysiakini sendiri jelas menyatakan pasaraya NSK kebetulan mengadakan promosi ayam RM1 untul 1,000 orang pembeli pertama pada hari Naijib melawat pasaraya itu. Penulis tak nampak Najib membuat apa2 kesalahan di situ malah mempromosikan pada orang ramai seekor ayam boleh dibeli pada harga RM1 pada 1,000 pembeli pertama.

Mesej yang cuba disampaikan PM ialah pengguna mampu menjimatkan wang mereka untuk membeli barangan keperluan sekiranya bijak merancang pembelian. Misalnya promosi harga diadakan di pasaraya pada tempoh tertentu, mereka yang bijak berbelanja akan memilih untuk membeli belah pada ketika tempoh diskaun atau harga istimewa itu berlangsung. Ia adalah 'common sense' .

Walaupun perkara ini dilihat cuba dibangkitkan oleh media dan blogger pembangkang, dilihat rata2 rakyat Malaysia tidak memperdulikan kempen kotor mereka ini. Rakyat pada ketika ini masih berada dalam keadaan sedih dan tertanya-tanya berikutan misteri kehilangan pesawat MH370. Membangkitkan satu perkara remeh pada ketika ini, seolah-olah tidak menghormati keadaan suram yang menyelubungi negara pada ketika ini.

1 comments:

WAKTU PM BELI PATUT CHARGE RM1,000 SEKOR AYAM , KEMUDIAN BGI 999EKOR FREE PD ORG MISKIN- MACAM AKU MISKIN

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu