Thursday, February 20, 2014

Tabung Kemanusiaan Syria : Pendemo BERSIH, TURUN dan HIJAU Mampu Kumpul Sumbangan Cecah Setengah Juta Ringgit ?

Sepanjang krisis Syria berlaku , pelbagai kecaman dibuat terhadap pihak pentadbiran negara itu yang dikatakan menzalimi rakyat tidak terkecuali kanak-kanak . Pemimpin politik negara ini dari kedua-dua belah pihak samada dari BN dan PR turut mengecam tindakan yang zalim tentera Syria itu.


Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar antaranya berkata ;

“Pakatan Rakyat mengecam keras pembunuhan lebih daripada 90 orang awam di Syria Jumaat lepas di mana 32 adalah kanak-kanak di bawah umur 10 tahun." - May 30 , 2012

Pada 19 Disember 2012 pula kerajaan Negeri Selangor  merangka untuk berbincang bersama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bagi membenarkan semua masjid di Selangor membuka tabung ‘Kemanusiaan Rakyat Syria’ sebagai usaha meringankan bebanan umat Islam Syria.

Selain pemimpin politik terdapat beberapa syarikat dan NGO turut melancarkan kempen bantuan masing2.

Pada 16 Feb 2012 , Islamic Relief Malaysia (IRM) lancar Tabung Krisis Kemanusiaan Syria.

NGO Haluan Malaysia pula mengadakan tinjauan di sempadan Syria-Jordan dalam bulan March 2012 bagi mengetahui keadaan sebenar yang berlaku di negara itu seterusnya merangka misi bantuan ke Syria. Pada 27 Nov hingga 4 Dis 2012 , sukarelawan Haluan telah menghantar sedikit bantuan ketika musim sejuk di negara bergolak itu.

Pada 13 Sep 2013,syarikat korporat Media Prima Berhad melancarkan Tabung Kemanusiaan Syria Media Prima Berhad .

Di atas hanya lah dinyatakan beberapa usaha yang dibuat oleh pemimpin parti politik, syarikat dan NGO di Malaysia dalam meringankan beban yang ditanggung rakyat Syria . Terbaru , BAKTI melalui isteri PM , telah menyerahkan sumbangan sebanyak USD150,000 bagi membantu pelarian kanak-kanak Syria di sempadan Jordan. Dari artikel Rakyatnews ;

Yang DiPertua BAKTI dan Penaung Tabung Kesejahteraan Kanak-Kanak Sedunia, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, sumbangan yang berjumlah RM 330 ribu daripada Tabung Kesejahteraan Kanak-kanak Sedunia dan RM 165 ribu daripada BAKTI diharap dapat membantu meringankan keperitan hidup kanak-kanak pelarian Syria.

“Saya harap sumbangan ini dapat dibelanjakan dengan berhemah bagi memberi perubahan dan mewujudkan satu kesan dalam hidup kanak-kanak yang kurang bernasib baik ini“Saya percaya walaupun sumbangan ini kecil nilainya, namun diharap dapat meringankan beban dan mengurangkan rasa sedih yang di alami,” katanya ketika berucap di Majlis Penyerahan Sumbangan Tabung Kesejahteraan Kanak-Kanak Sedunia dan BAKTI di Kompleks Sri Perdana, hari ini.

artikel penuh klik sini

Apa yang penulis cuba sampaikan disini ialah konsistensi kita dalam membantu saudara-saudara seagama di negara2 yang dilanda peperangan dan musibah . Misalnya semasa di awal krisis Syria berlaku , beberapa pemimpin politik dilihat cuba meraih populariti dengan mengeluarkan pelbagai kenyataan . Namun kenyataan hanya tinggal kenyataan, tiada tindakan susulan dan berterusan . Tapi kalau bab berdemonstrasi bukan main konsisten dan galak sekali, sanggup dibuat pelbagai cara nak mengapi-apikan rakyat. Selepas satu , satu lagi demonstrasi , jadi kalau kemaruk sangat demonstrasi buat jugak collection tabung amal dan umum jumlah kutipan setiap kali demonstrasi tamat, nampak lah faedahnya sikit.

Kononnya Pakatan Rakyat mampu untuk mengumpul puluhan ribuan orang untuk berdemonstrasi di jalanan , bayangkan jumlah derma yang mampu dikumpulkan oleh puluhan ribuan orang ini bagi membantu rakyat di Syria , dulu pernah gebang dapat kumpul sampai 50 ribu orang pendemo, kalau sorang pendemo derma RM10 , dah cecah RM500,000 . Tapi boleh percaya ke dengan yang tukang kutip sumbangan ni ? Nanti kes tabung Memali jadi lagi, ada jugak yang jadi tukang sauk nanti . Apa pun ceritanya, Tabung Kesejahteran Kanak-kanak Sedunia dan Bakti dibawah naungan Rosmah dah menderma sebanyak RM500 ribu , tabung di bawah naungan PR atau mana2 organisasi pro-PR bila lagi ?

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu