Monday, February 24, 2014

Penerima BR1M RM650 Boleh Isi Petrol Pada Kadar RM1.90 Seliter Hingga Had 3,250 Liter

Sejak Jumaat lepas BR1M 3.0 telah diagihkan secara berperingkat kepada yang layak menerimanya . Orang bujang terima RM300 dan bagi yang berkeluarga ada yang terima RM450 dan ada juga yang terima RM650.  Ramai yang keliru tentang penerimaan jumlah bantuan RM450 dan RM650 . Sekadar untuk imbasan kembali , berikut adalah syarat2 untuk melayakkan seseorang individu itu memperoleh BR1M 3.0 .


Syarat BR1M 3

Berkeluarga (RM650)
1. Pendapatan isi rumah RM3,000
2. Warganegara Malaysia

Berkeluarga (RM450)
1. Pendapatan isi rumah antara RM3,000 hingga RM4,000
2. Warganegara Malaysia

* Tambahan RM50 untuk insuran Takaful Rakyat 1 Malaysia (i-BR1M)

Individu Bujang (RM300)
1. Jumlah pendapatan kasar RM2,000 dan ke bawah
2. Warganegara Malaysia
3. Umur 21 dan ke atas (dilahirkan tahun 1993 atau lebih awal)
4. Tidak termasuk pelajar yang terima voucar Bantuan Buku 1Malaysia  (BB1M)

Jelas tertera dalam syarat ialah pendapatan isi rumah , pendapatan isi rumah bermaksud sekiranya ada beberapa orang bekerja dalam rumah itu (guna alamat yang sama) dan jumlah pendapatan melebihi               RM 4000 ,mana-mana individu dalam alamat berkenaan sepatutnya tak layak mendapat BR1M . Jika pendapatan suami RM3000 , dan pendapatan isteri RM1000 . Pendapatan isi rumah ialah RM4000 dan hanya seorang dari isi rumah itu berhak menuntuk BR1M , jadi jumlah yang sepatutnya diperoleh ialah RM450 dan bukan RM650. Penulis yakin ramai yang masih keliru dengan syarat2 yang dinyatakan itu.

Selain dari isu yang dinyatakan di atas, terdapat beberapa pihak yang memperlekehkan usaha kerajaan dalam pemberian BR1M ini , mungkin ramai yang tidak sedar sekiranya wang yang diterima ini digunakan dengan sistematik , ia mampu menampung beberapa keperluan asas dapur dalam tempoh 12 bulan . Bila penulis nyatakan keperluan asas dapur , ia berupa barangan seperti gula,garam,beras,minyak masak, kicap, dan beberapa bahan kering lain yang boleh disimpan untuk stok. Berikut adalah beberapa kira-kira ringkas untuk rujukan, senarai harga diperoleh dari laman web Tesco http://eshop.tesco.com.my/en-GB/Search/List?searchQuery=jalen&Search=Search pada 24/2/2014 ;

1. Gula Pasir Kasar (2 Kg) - RM 5.68 x 12 = RM 68.16
2. Garam Halus (450g) - RM 1.00 x 12 = RM 12.00
3. Beras Nasional Supertempatan (15% beras hancur, 10kg) - RM 16.50 x 12 = RM 198.00
4. Avena Cooking Oil (3kg) -  RM7.50 x 12 = RM 90.00
5. Kicap Jalen Lemak Manis (325ml) - RM3.39 x 12 = RM 40.68

Senarai di atas hanyalah sebagai contoh anggaran untuk tempoh setahun, jumlah keseluruhan RM 408.84 . Sekurang-kurangnya dalam tempoh setahun, contoh bahan-bahan yang dinyatakan di atas tak perlu dibelanjakan lagi . Subsidi gula yang ditarik kerajaan sebelum ni pun dah tak perlu lagi jadi isu kerana duit BR1M yang diterima tu boleh diperuntukkan sedikit untuk subsidi gula yang hilang tu.

Secara positifnya juga , penerima2 BR1M yang terkesan dengan kenaikan harga minyak petrol sebanyak RM 0.20 (dulu RM1.90 sekarang RM2.10) mungkin boleh anggap kenaikan RM0.20 itu 'dikembalikan' kepada mereka dalam bentuk wang BR1M .  Untuk yang menerima RM650 bantuan BR1M , sebanyak 3,250 liter petrol dalam kadar RM 1.90 telah 'dikembalikan' kepada mereka .( RM450 , 2,250 liter dan RM300 , 1500 liter .)

Oleh yang demikian, penulis melihat bantuan BR1M yang diberikan ini berupaya mengimbangi kenaikan langsung beberapa barangan asas, sekurang-kurangya untuk tempoh 12 bulan . Walau bagaimanapun ia terpulang kepada kebijaksanaan mereka yang menerimanya untuk berbelanja .Apa yang pasti, kerajaan dah dah pulangkan duit2 subsidi yang dikurangkan kepada mereka yang layak menerima melalui BR1M . Tambahan pula untuk tahun ini, penerima2 BR1M mendapat manfaat dengan perlindungan insuran i-BR1M sekurang-kurangnya untuk tempoh setahun.

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu