Wednesday, February 12, 2014

Khalid Ibrahim dipujuk sertai PAS dan tinggalkan PKR ?


Artikel dari portal Rakyatnews yang bertajuk "PAS Pujuk Khalid Tinggalkan PKR?" menguatkan lagi spekulasi bahawa memang berlaku sedikit kemelut di antara PKR dan PAS dalam gabungan Pakatan. Tindak tanduk 'warlord2'  dalam PKR dipercayai telah mengundang rasa kurang senang beberapa pemimpin PAS terutama dalam isu yang berkaitan dengan perletakan jawatan ADUN Kajang yang dikatakan tidak melalui sebarang perbincangan dengan pemimpin2 PR yang lain malah hanya beberapa individu dalam PKR sendiri yang mengetahui mengenai perkara ini, ini mungkin termasuk MB Selangor itu sendiri .

PAS mungkin merasakan PKR terlalu menonjol dalam gabungan Pakatan, juga seolah-olah menjadi jurumudi dalam gabungan PR , sedangkan kerusi DUN yang dimenangi PKR adalah paling sedikit berbanding DAP dan PAS . Mungkin di atas alasan-alasan ini, PAS telah memulakan gerakan untuk melemahkan PKR dengan membuat tawaran kepada pemimpin berpengaruh dalam PKR seperti Khalid Ibrahim .

Penulis percaya, memang telah wujud perasaan tidak senang parti PAS dengan PKR selama ini terutama dengan isu DUN Kajang baru-baru ini. Namun ia mungkin tidak dizahirkan secara terbuka bimbang dengan sokongan pengundi-pengundi bukan Islam terhadap mereka . PAS mendapat sokongan pengundi2 bukan Islam hanya kerana kesepakatan mereka dalam gabungan PR. Mereka berkemungkinan hilang sokongan2 ini bila membuat tentangan secara terbuka terhadap PKR dan DAP .

Dari artikel Rakyatnews ;

KUALA LUMPUR 12 Feb - Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim di dakwa pernah dipujuk oleh pemimpin PAS untuk meneyertai parti tersebut sekaligus keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).


Menurut Sumber, perkara tersebut berlaku dalam satu pertemuan antara Khalid dan pemimpin dari PAS susulan kemelut perebutan kuasa Menteri Besar bersama Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.

"Memang ada pertemuan itu sebelum ini yang membincangkan kedudukan Abdul Khalid di Selangor ekoran daripada masalah politik yang dihadapi dalam pentadbiran pakatan pembangkang di Selangor.

"Bagaimanapun, Abdul Khalid tidak memberikan sebarang persetujuan mengenai perkara itu kerana dikatakan tidak mahu dianggap sebagai 'mengejar jawatan Menteri Besar' sekiranya bertindak keluar daripada PKR dan menjadi wakil rakyat PAS mahupun wakil rakyat bebas," katanya kepada media baru-baru ini.

Sebelum ini, kemelut perebutan kuasa Menteri Besar sering dilaporkan oleh media sehinggakan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) terpalit dengan kemelut politik Azmin-Khalid mengakibatkan 23 pekerja kontrak perbadanan tersebut dipecat.

Azmin kemudiannya secara terbuka mengecam pemecatan tersebut dengan mendakwa Khalid menghapuskan musuh politiknya menggunakan kuasanya sebagai Menteri Besar.

Khalid turut dikecam dari dalam parti selepas beberapa pihak dalam PKR mendesaknya berundur dan menggantikan posisi nombor satu negeri kepada individu lain.

Sementara itu, Anwar juga pernah mengeluarkan kenyataan bahawa pernah membuat perbincangan dengan Menteri Besar untuk bertukar jawatan yang disandangnya di Selangor sebagai Penasihat Ekonomi bersama Khalid.

Walaubagaimanapun, perkara tersebut mendapat tentangan dari PAS apabila Setiausaha PAS negeri Mohd Khairuddin Othman mengingatkan PKR supaya tidak membincangkan isu kedudukan Menteri Besar berikutan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang kian hampir.

Katanya, perbincangan berterusan mengenai perkara tersebut akan menyukarkan kerja kempen jentera PAS di DUN Kajang.

1 comments:

ingat aku janji rm 1juta lompat part/jadi bebas,rm0 jika kosongkan kerus dun.

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu