Thursday, February 27, 2014

Guna Air Lombong & Teknologi Membran ? Akhirnya Langat 2 Juga Yang Diteruskan

Akhirnya semalam satu MoU telah ditandatangani antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Selangor untuk membolehkan kerajaan negeri mengambil alih pengurusan syarikat-syarikat bekalan air, yang akan menerima pampasan RM9.65 bilion. Selain itu kerajaan Persekutuan juga akan menyuntik sumbangan sebanyak RM2 billion untuk kerajaan negeri bagi pengurusan syarikat2 yang di ambil alih itu. MoU ini ditandatangani selepas kerajaan negeri Selangor mengarahkan catuan air di negeri itu . 



Sepatutnya MoU seperti ini dibuat sejak 5 tahun lepas, macam-macam kajian yang dah dibuat menunjukkan akan berlaku krisis air pada 2014 dan ternyata pada tahun ini kajian yang dibuat membuktikannya. Ini lah jadinya kalau soal air pun nak dipolitikkan, mujur lah MB Khalid Ibrahim akhirnya bersetuju untuk berunding dengan kerajaan dan akhirnya menyelesaikan krisis yang dah tertangguh bertahun lamanya. 

Satu artikel pernah dikeluarkan penulis dalam blog ini pada tahun 2012 mengenai kemungkinan krisis air yang akan berlaku pada tahun 2014 . Artikel yang bertajuk "AIR PERCUMA & KRISIS AIR SELANGOR PADA TAHUN 2014 ?" antaranya menyatakan jumlah bekalan air yang sedia ada tidak akan mampu menampung permintaan air di negeri ini apabila dari tahun ke tahun projek2 baru perumahan dan bangunan2 komersil lain semakin bertambah. 




Di sebalik krisis air yang semakin meruncing ini , penulis masih terkejut dengan sikap 'strategis' PKR, Rafizi Ramli yang seolah-olah tidak mahu mengakui punca kekurangan air di negeri ini adalah disebabkan sumber air di negeri ini tidak mampu untuk menampung pembangunan pesat setiap tahun di sekitar Lembah Kelang. Rafizi menafikan tentang keperluan untuk meneruskan projek Langat 2 , sebaliknya beliau berkata kekurangan bekalan air adalah disebabkan SYABAS tidak menaiktaraf loji2 pemprosesan air untuk membolehkan loji2 itu merawat air yang mempunyai kandungan ammonia yang tinggi. 

Pencemaran ammonia di Sg. Langat yang diukur baru-baru ini berada pada tahap 4.15 p.p.m (part per million) berbanding  di bawah 1.5 p.p.m iaitu aras kandungan ammonia yang dibenarkan untuk tujuan rawatan. Demi untuk keselamatan pengguna air , loij Batu 11, Cheras dan Bukit Tampoi, Dengkil terpaksa ditutup sejak 28 Januari 2014.  Selain masalah pencemaran ammonia di Sg. Langat , SYABAS pada minggu lepas (20 Feb) juga mengesahkan bahawa aras air di Empangan Sungai Selangor berada pada tahap 53% dan simpanan air di Klang Gates pada tahap 56%  .

Kedua-dua faktor yang dinyatakan di atas merupakan punca utama krisis yang berlaku sekarang . Namun sekiranya projek Langat 2 (sumber air dari Pahang) diteruskan sejak 2008 , pasti hal sebegini dapat dielakkan . Namun strategi mitigasi yang sepatutnya menyenangkan rakyat Malaysia di Lembah Kelang pada ketika ini gagal di laksanakan disebabkan kebodohan penasihat-penasihat dalam kerajaan negeri Selangor , termasuklah 'strategis' yang merupakan antara kroni kesayangan Anwar.  

Dari petikan artikel Rakyatnews.my ;

Sebelum ini, Rafizi menyelar Syabas berikutan gagal menaiktaraf fasiliti dan menyebabkan gangguan bekalan air pada musim panas bulan ini.

Menurut Pengarah Strategik PKR itu mendakwa, cuaca kering menyebabkan kadar ammonia di dalam air mentah meningkat dan loji rawatan air Syabas tidak mempunyai peralatan secukupnya bagi menangani masalah tersebut.

Tambah beliau, ianya mengakibatkan loji Batu 11, Cheras dab Bukit Tampoi, Dengkil, ditutup.

Kenyataan Rafizi itu menyebabkan SYABAS mempertimbangkan tindakan undang-undang untuk diambil ke atas beliau . SYABAS dalam satu kenyataan balas mengatakan tuduhan Rafizi itu adalah tidak tepat kerana tugas pemantauan kadar ammonia di empangan dan sungai2 di Selangor adalah tanggungjawab kerajaan negeri . 

1 comments:

Salam. Tolong linkkan blog http://cicitpawangali.blogspot.com/ . Tk!

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu