Friday, January 17, 2014

Tarik Saman : Persepsi rakyat mungkin berubah untuk insiden Lahad Datu

Bebebrapa hari kebelakangan ini , rakyat terutama di kalangan ahli UMNO mempersoalkan tindakan UMNO menarik semula tindakan undang-undang ke atas Tian Chua yang mengatakan apa yang berlaku di Lahad Datu hanyalah sandiwara semata-mata. Apabila sama itu ditarik puak-puak penyokong pembangkang mula memerli penyokong-peyokong UMNO terutama di media sosial .

Persepsi yang dimainkan mereka dan disebar-sebarkan kepada rakyat ialah UMNO berada di pihak yang salah kerana tak meneruskan saman pada Tian Chua, kononnya bimbang 'tembelang' akan terbuka bila diteruskan kes ini ke mahkamah. Pada penulis ini bukan soal siapa betul siapa salah , atau soal Tian Chua meminta maaf pada UMNO ? Bukan itu , tetapi ia lebih kepada permainan persepsi .

Kalau dulu persepsi rakyat menyebelahi UMNO dalam kes Lahad Datu , tetapi bila berlaku macam ni tak mustahil persepsi yang menyokong dulu akan beralih arah dek kerana macam2 persoalan yang timbul . Nak buat camne lagi ?

sumber : http://mediawangsamaju.blogspot.com/2014/01/tahniah-hafarizam-harun-anda-peguam.html

Peguam UMNO ini PERLU kemukakan BUKTI, bahawasanya ahli Parlimen Batu Tian Chua telah meminta maaf dan MENYATAKAN KEKESALAN kenyataan itu telah mengaitkan UMNO dengan insiden Lahad Datu melalui KeadilanDaily. MANA DIA ? ... 



sumber : UTUSAN MALAYSIA

Tindakan UMNO menarik balik saman fitnah terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali bukan bermaksud parti itu tidak serius terhadap pandangan rakyat.

Penegasan itu dinyatakan Penasihat Undang-Undang UMNO, Datuk Mohd. Hafarizam Harun yang turut menolak dakwaan parti itu tidak bertegas dalam isu fitnah yang dibuat oleh pihak lawan.

Malah, jelasnya, tindakan sedemikian merupakan bukti keterbukaan UMNO yang tidak berdendam dan menerima pihak lawan dalam keadaan mereka mengakui kesalahan serta sanggup berubah.

Jelas beliau, dalam kes melibatkan Tian Chua, Ahli Parlimen Batu itu dan peguamnya telah meminta untuk menyelesaikannya di luar mahkamah dan sanggup untuk menarik balik kenyataan yang merujuk kepada UMNO iaitu:

l Insiden terancang di Lahad Datu bukan konspirasi UMNO, ini bukan sandiwara UMNO untuk tarik perhatian UMNO tentang isu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI). Apa jua yang ada kena-mengena dengan UMNO;

2 Menyatakan kekesalan kenyataan itu telah mengaitkan UMNO;

3 Memohon untuk memastikan dia akan minta KeadilanDaily keluarkan keseluruhan artikel itu serta-merta;

Penjelasan yang diberikan oleh Datuk Mohd. Hafarizam Harun CUKUP TIDAK MEYAKINKAN. Amat TIDAK MEYAKINKAN. 


sumber : KEADILANDAILY

Kita mahu Datuk Mohd. Hafarizam Harun perjelaskan secara terperinci ...

Dibaris atau diperenggan manakah melalui penjelasan keseluruhan artikel yang dikeluarkan oleh KeadilanDaily menyebut TIAN CHUA MENYATAKAN KEKESALAN KENYATAAN YANG DIKELUARKAN BELIAU DENGAN MENGAITKAN UMNO ? 

Jelas melalui artikel keseluruhan yang dikleuarkan oleh KeadilanDaily, TIDAK LANGSUNG disebut KEKESALAN KENYATAAN YANG DIKELUARKAN BELIAU DENGAN MENGAITKAN UMNO. 

Jika tidak, apakah ahli Parlimen Batu ini menyatakan kekesalan kenyataan itu telah mengaitkan UMNO melalui tweeternya ? 



Tidak juga ... 

Langsung Cina Kiasu ini tidak menyebut KEKESALAN KENYATAAN YANG DIKELUARKAN BELIAU DENGAN MENGAITKAN UMNO. 

Malah ahli Parlimen batu ini secara EGOIS menyatakan hanya 'penarikan artikel yang telah dikeluarkan sebelum ini', 'tanpa permohonan maaf sekalipun', TIDAK LEBIH DARI ITU.

1) Apakah peguam UMNO ini faham maksud 'MARUAH' atau 'DIGNITY' ? Maruah bukanlah suatu barangan yang boleh dijual beli di pasaran mahupun di mahkamah dengan suatu harga yang ditetapkan. 

2) Tindakan penarikan saman HANYA AKAN MENDEDAHKAN UMNO KEPADA FITNAH YANG LEBIH TERUK pada masa hadapan kerana pembangkang menyedari, mereka hanya perlu membuat permohonan maaf untuk mengelak disaman.

3) Fahami sebenar erti KETERBUKAAN sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan. 

Malah, jelasnya, tindakan sedemikian merupakan bukti keterbukaan UMNO yang tidak berdendam dan menerima pihak lawan dalam keadaan mereka mengakui kesalahan serta sanggup berubah.

Jika benar UMNO mahu menunjukkan keterbukaan, sepatutnya DARI AWAL lagi JANGAN BERTINDAK mengambil tindakan undang-undang, BIARKAN SAHAJA APA JUGA BENTUK FITNAH TERHADAP UMNO selepas ini.

Barangkali UMNO perlu melakukan PERUBAHAN DRASTIK dan melihat semula BARISAN PEGUAM sedia ada, barisan peguam yang mampu memberikan padangan, nasihat, TINDAKAN DAN KEPUTUSAN YANG TEPAT kepada pucuk pimpinan. Ramai lagi barisan peguam MELAYU yang mampu memberikan khidmat guaman dan nasihat yang berkualiti kepada UMNO.

UMNO tidak boleh lagi mempunyai barisan peguam yang boleh memberikan MESEJ YANG SALAH kepada ahli parti dan rakyat.

3 comments:

kenapa bukan setiausaha kerja UMNO yang buat kenyatan. Peguam hanya wakil kepada anak guam nye..yang mengemukakan saman adalah SU Kerja UMNO melalui peguam ini tapi sekarang peguam pula yang membuat kenyataan seolah olah beliau yang mengemukakan saman sendiri bukan nya wakil dari UMNO..

UMNO, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. UMNO, telah sampai masanya melantik pengarah strategi seHEBAT Rafizi Ramli. Stiap keputusan dan tindakan dikaji teliti jangan sampai untung sekarung rugi seguni.

Sampai bila Umno nk bersikap macam jantan lembik, kekadang aku pun naik menyampah ngan sikap bacul umno ni. Nk tunjuk gentleman konon. Kepimpinan Umno ni dh macam x de telor, x aggresif langsung. Biaq pi² lama² melayu pun tergadai. Cukup² la nak berlembut. Hak thuiiiii.

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu