Tuesday, January 7, 2014

Takut Hilang Jawatan , Exco PAS Pilih Untuk Berdiam Diri ?

sumber artikel : http://www.mykmu.net/?p=38846


Saya agak terkejut dengan kenyataan Exco Hal Ehwal Agama Islam Kerajaan Pakatan Haram Selangor, Sallehen Mukhyi yang memberitahu media bahawa dia tidak tahu apa-apa mengenai tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang merampas 321 Bible berbahasa Melayu di premis Persatuan Bible Malaysia baru-baru ini.

Sebagaimana maklum, Sallehen Mukhyi merupakan seorang ADUN dari PAS sebuah parti yang dikatakan “pejuang agama Islam” dan kononnya “amat sensitif” dalam hal ehwal berkaitan Islam. Dan dia dilantik Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Exco Agama di Selangor…

Saya tidak benci pada Sallehen Mukhyi. Saya tidak berniat mahu memburuk-burukkan ADUN Sabak itu. Namun dia diberikan tanggungjawab sebagai Exco Agama Islam di Selangor, maka dia sepatutnya menjalankan amanah tersebut dengan sebaik mungkin dan bukannya sambil lewa.

“Tak tahu”? Itu jawapan dari seorang Exco yang dipertanggungjawabkan rakyat untuk mengambil berat soal hal ehwal agama Islam di Selangor? Jawapan apakah itu? Sallehen “tak tahu” atau “tak ambil tahu”? Dulu berkempen sakan mahukan kuasa. Bila diberikan kuasa, dia tak tahu pula melaksanakan amanah kuasa tersebut?

Sallehen memberitahu media bahawa kononnya pihak JAIS tidak memaklumkan padanya tentang tindakan menyerbu premis persatuan Kristian itu. Biar betul? Kalau betul pun JAIS tidak memaklumkan pada Sallehen, saya tetap menganggap dia cuba “meloloskan diri” dari dipersalahkan dalam isu ini. Kenapa?

Sebab, apabila Sallehen menggalas tugas sebagai Exco Agama Islam di Selangor, dia sepatutnya membuka segala fail, kes, isu, pantauan, tindakan, modus operandi dan mengambil tahu tentang gerakan para penguatkuasa JAIS. Apa yang disiasat dan apa yang menjadi ancaman terhadap Islam di “negeri PKR-DAP” itu?

Dia juga sepatutnya menyelak sejarah JAIS yang pernah “terluka” apabila tindakan Jabatan itu menyerbu pusat-pusat hiburan dan merampas arak sebelum ini dipertikai serta dipersalah meskipun mereka punya kuasa untuk bertindak sedemikian.

Atau Sallehen sebenarnya takut dia akan senasib dengan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali, yang dipecat parti dan dilucutkan dari semua jawatan di dalam Kerajaan Negeri?

Sallehen “sengaja buat-buat tak tahu” dalam isu rampasan Bible berbahasa Melayu itu bagi mengelak kehilangan jawatan Exco? Ada sesiapa arahkan dia mengaku “tidak tahu menahu” tentang serbuan itu dan menyalahkan JAIS? Siapa arahkan Sallehen mengaku “tak tahu”?

Pada saya, walaupun “tidak tahu” tentang serbuan dan rampasan itu, namun sebagai Exco Agama Islam yang bertanggungjawab pada amanah Allah, amanah agama Islam, amanah rakyat dan amanah pada diri sendiri, dia sepatutnya menyokong penuh tindakan JAIS itu serta sedia bertanggungjawab dalam isu berkenaan.

Sallehen juga sepatutnya mendokong Enakmen Seksyen 9 Bahagian 1 Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988, yang ditandatangani oleh DYMM Sultan Selangor selaku Ketua Tertinggi Agama Islam di negeri Selangor. Sallehen pernah baca enakmen tersebut atau tidak? Atau dia sendiri tidak tahu tentang kewujudan enakmen itu?

Inikah akhlak dan cara bekerja seorang ADUN PAS yang bermaruah? Kalau benar dia bermaruah, pasti Sallehen akan mengikut jejak langkah Hasan Ali yang tetap mempertahankan kebenaran dan aqidah umat Islam walaupun dia ditekan habis-habisan oleh Khalid Ibrahim, Khalid Samad dan ADUN-ADUN DAP atas tindakan tegas JAIS sebelum ini.

Cara Hasan Ali itu baru boleh dikatakan bermaruah. Biar hilang jawatan Exco, biar dipecat dari parti, biar difitnah setiap hari, namun demi aqidah umat Islam dan kesucian agama Allah di Selangor, dia sanggupkan diri bagi segala. Sallehen sanggup buat begitu? Belum apa-apa lagi sudah mengaku “tak tahu”. Apa yang Sallehen tahu agaknya?

3 comments:

Ramai yg tidur lena,tidak memahami perjuangan Pashit sejak dulu lagi.Untuk apa Pashit selama ini sering memfatwakan,sekular ,sesat dan kafir kepada org Islam yg tidak bersama Pashit,kalau bukan utk mengurangkan bilangn penganut Islam ala Pashit.Syurga milik Pashit sempit ,mereka tak mampu menampung bilangan yg ramai jika sebahgian dari umat Islam tidak di katagorikan sebagai sesat dan kafir.Sekarang mereka dah boleh goyang kaki sebab tugas mereka sudah ada 'pembantu' yg di di kepalai oleh Thomas Andrew.So merka duduk diam-diam nlagi baik,kerja tetap berjalan lancar.

Puak-puak PAS ni jenis cakap tak serupa bikin. Betul lahkalau kta panggil "PA'SHIT' ". Ini lah gulungan Islam yang lebih takutkan kepada kafir daripada mencegah kemungkaran.

Memalukan....... dan kita tunggu nanti ustaz ustaz PAS akan membela mereka di masjid dan surau seluruh negara.
Tahniah DAP ! kerana telah berjaya mentarbiah org- org PAS......

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu