Tuesday, January 7, 2014

Syiling RM65 : Zuraida Kamaruddin ,Rafizi Ramli Apa Tindakan YB ?

Tentu masih segar di ingatan pembaca cerita mengenai adik Nurkhatijah dan duit syiling RM65 yang digunakan untuk bayar yuran masuk sekolah . Cerita berkenaan menjadi 'viral' di media sosial kerana siapa sangka dalam kotaraya Kuala Lumpur yang gah ini masih ada keluarga yang bertungkus lumus berusaha untuk terus hidup dalam suasana yang sangat mencabar di kotaraya ini. Dari kunjungan wartawan MyNewHub , adik Nurkhatijah dan keluarganya tinggal di Flet Taman Dagang, Fasa 2A di Ampang .


Petikan dari artikel MyNewsHub

"Nurkhatijah membuka ruang hati prihatin dan kasih sayang rakyat Malaysia apabila seorang insan berhati mulia menulis berkenaan kesusahan yang dialami datuknya sehingga terpaksa membayar wang yuran persekolah agamanya menggunakan duit syiling yang disimpan lama demi memberikan pendidikan terbaik kepada cucunya itu.

Sampai di rumah bernombor E-1-10 itu, kelihatan ramai lagi insan prihatin memenuhi ruang tamu rumah pangsa berkenaan yang sudah sedia sempit dengan tilam usang dan pakaian lusuh juga ada di kawasan ruang tamu itu.

Keadaan yang agak meriah memberikan sedikit cahaya kegembiraan kepada pasangan datuk dan nenek Nurkhatijah yang mungkin sudah agak lama tidak menerima tetamu yang ramai seperti itu tanpa henti sejak semalam."

Bukanlah bertujuan mempolitikan hal ini ,tetapi penulis amat berharap wakil rakyat yang tinggal berhampiran di kawasan ini menjadi lebih prihatin . Jangan hanya ketika cerita ini panas , maka pelbagai bantuan datang . Lepas cerita ni sejuk , maka sejuk lah semua . Penulis tak pasti samada wakil rakyat dari Parlimen Ampang (Zuraida Kamaruddin) dan Pandan (Rafizi Ramli) dah menjengok insan malang ni ? Kalau tak jengok elok lah buat cepat2 dah usahakan apa yang patut .

1 comments:

JOB SCOPE kami hanya cipta & sebar fitnah. Melawat orang susah kerja orang UMNGOK, BUKAN kerja kami.

-Rafizi Lembu

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu