Friday, January 3, 2014

Rafizi : Guan Eng Perlu Lebih Peka Sensitiviti Rakyat

Dari artikel Rakyatnews.my :

PETALING JAYA 2 Jan  - Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dilihat tidak memilih masa tepat untuk membeli kereta mewah Mercedes Benz S300L ekoran ianya memberi imej buruk kepada Pakatan Rakyat (PR).

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, Guan Eng harus lebih peka kepada sensitiviti rakyat yang kini menanggung beban kenaikan harga barang dan penarikan semula subsidi.

"Saya rasa semua pengamal politik harus mempunyai sensitiviti yang sama sama ada dari pihak barisan Nasional (BN) mahupun Pakatan kerana rakyat kini sedang menempuhi kesukaran dan 2014 akan menjadi lebih sukar," katanya kepada pemberita baru-baru ini.

Rafizi berkata demikian bagi mengulas tindakan Guan Eng menggantikan kereta rasminya dari Toyota Camry 2.5V kepada Mercedes-Benz S300L yang bernilai setengah juta ringgit.

"Sungguhpun nilainya sangat bagus, saya pasti tiada siapa yang akan mempersoalkan tindakan (Guan Eng) membelinya. Tetapi saya rasa ianya akan memberi ruang kepada BN untuk memanipulasikan isu tersebut," jelas Rafizi.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan, rakan Pakatannya harus lebih berhati-hati untuk tidak terjerumus kepada 'perangkap' BN mengenai isu ini.

"Dalam kes kereta rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang ini, saya rasa ianya perbelanjaannya berbaloi kerana kereta tersebut sangat bagus. Maka ianya baik untuk pelaburan," ujarnya lagi.




Komen aku .. sempat juga Rafizi buat ayat 'cover' , perbelanjaan berbaloi kerana kereta tersebut sangat bagus . Habis tu yang dulu bukan main hantam kerajaan Terengganu beli Merz apa pulak kes ? Dah kena batang hidung sendiri pandai pulak 'cover' .

3 comments:

RAFIZI MELAYU BANGANG PEMBELOT HARAM JADAH!!!

TEGURAN TERHADAP DAP,PKR & PAS IBARAT `MENCURAH AIR DI DAUN KELADI’

Penulis berpendapat adalah membuang masa mengkritik DAP dan Lim Guan Eng dalam semua isu. Penulis seru biarlah DAP dan Guan Eng buat apa yang mereka suka buat. Tidak berguna sebab mereka tidak akan tunduk dan ada saja jawabannya.

Di dalam kes penerbangan rasmi, beliau pada asal dilihat seorang yang berjiwa rakyat. Terbang ke Kuala Lumpur naik pesawat AirAsia kelas ekonomi sahaja. Diberikan publisiti meluas. Rakyat gembira. Tetapi selepas beberapa bulan, dah terbang kelas business atau kelas pertama. Pergi bercuti ke Itali bersama keluarga diberitakan menaiki penerbangan kelas pertama. Tidak pasti kesahihannya samada ia ditaja atau sebaliknya.

Begitu juga dengan kereta rasmi, dari Proton Perdana ke Camry (2 bulan dahulu) kini Mercedes Benz 300L yang berharga lebih RM600,000 jika dikenakan cukai. Sebab itu, pemimpin jangan menipu rakyat semata mata hendak meraih undi. Penulis rasa ketua negeri layak kereta mewah dan penerbangan kelas pertama tetapi jangan menipu rakyat.

Pemilihan CEC yang dicemari dengan kesilapan di adakan semula selepas puas di herdik dan kritik oleh ahli DAP sendiri sehinggakan ROS masuk campur. Semua parti politik yang berdaftar perlu menghantar laporan, tetapi DAP agak liat mengemukakan nya. Teguran demi teguran tidak di endahkan malah menjawab yang tindakan mahkamah akan diambil terhadap ROS. Segalanya masuk kiri keluar kanan.

YB Jef Ooi dan YB Ng pun cakap ikut suka mulut sahaja. Memaki Pegawai Kerajaan sebagai Anjing apabila berlaku sesuatu permasalahan. Apabila di desak minta maaf, semakin besar dan lantang lagi suaranya. Hanya selepas di nasihat oleh Karpal Singh, Jef Ooi minta maaf. Pada penulis beliau tidak ikhlas dan sebenarnya tidak mahu berbuat demikian. Dia minta maaf kepada Karpal Singh sahaja kerana telah menyusahkan Karpal Singh. Jadi buat apa rakyat Pulau Pinang nak berdemonstrasi? Demonstrasikan kebencian terhadap DAP melalui peti undi. Penulis kira orang Melayu di sana sedang dizalimi. Walaupun Kerajaannya tidak sehebat mana pun, Kerajaan DAP tetap menang kerana sokongan 95 peratus kaum Cina.

Chinese new year 2014 is coming!!!!

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu