Wednesday, January 15, 2014

PM Perlu Lebih Komunikasi Dengan Rakyat Berbanding Pegawai Sendiri

Kenyataan PM mengenai 'kangkung' beberapa hari kebelakangan ini hangat diperkatakan di dunia cyber , malah cerita ini tersebar luas hinggakan media online dari luar negara turut menjadikan ianya sensasi . Hal ini diperkatakan samada dari penyokong PR, BN malah rakyat biasa yang boleh dikatakan tidak berminat mengenai politik . Hal ini berlaku kerana kumpulan propaganda pihak PR bijak menggunakan peluang untuk menimbulkan persepsi yang salah dengan kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri .



Kenyataan Perdana Menteri sebenarnya merujuk kepada bagaimana turun naik harga barang di pengaruhi oleh keadaan semasa. Niat Najib adalah untuk memberi kefahaman kepada rakyat bagaimana keadaan semasa mempengaruhi turun naik harga barang . Cuma apabila Najib menggunakan contoh yang tidak sesuai dengan merujuk kepada kangkung maka ia telah dijadikan satu bahan jenaka . Penulis percaya hal seperti ini boleh di elakkan mereka yang bertanggungjawab dalam urusan ucapan dan 'public relation' PM memantau perkara-perkara seperti ini . Mereka perlu menjangka bagaimana respon yang akan diterima dengan ucapan yang bakal dibuat .

Hal-hal mengenai ucapan dan 'public relation' seperti ini bukan saja terhad kepada Perdana Menteri saja malah kepada semua Menteri dan pegawai2 tinggi kerajaan . Ini berkaitan dengan kredibiliti seseorang pemimpin itu sendiri . Pemimpin perlu meletakkan diri mereka sebagai rakyat dan menyelami hati dan perasaan rakyat . Hati dan perasaan rakyat tak boleh diketahui hanya melalui penasihat-penasihat yang berada di sekeliling mereka . Elakkan daripada tukang ampu-tukang ampu yang berada di sekeliling mereka dibawa bersama dalam majlis-majlis berkaitan rakyat . Komunikasi pemimpin yang terlibat hanyalah dengan rakyat dan bukannya tukang ampu yang bersama-sama mereka semasa majlis bersama rakyat itu. 

Bila perkara ini dilakukan, tak mustahil pemimpin akan lebih faham suara hati rakyat , dan rakyat akan menjadi lebih hormat dan sayang pada pemimpin . Sekiranya rakyat lebih hormat dan sayang pada pemimpin ,maka segala fitnah dan tohmahan yang dilakukan terhadap mereka akan dibidas oleh rakyat sendiri tanpa perlu pemimpin bersusah payah membuat penafian. Bagi mencapai  kesempurnaan ini , pemimpin perlu kenal pasti kaki kipas, kaki bodek , kaki cari untung di sekeliling mereka . Kita faham... ramai kaki kaki yang dinyatakan itu berselindung di sebalik 'topi' pembela rakyat , prihatin rakyat dan seumpamanya namun 'topi2' itu dipakai hanya bila berhadapan dengan boss . Sebaliknya mereka mereka menjadi 'bangsat' bila di belakang boss dan tukang buat onar yang menjadi liabiliti. 

4 comments:

dah CAKAP LAMAAAAAA DAH....BAAAAANYAK KALI DAH....ada PM dengar?....TAAAKK...aku yg DULU defend UMNO/BN/PM/DSR/SHAHRIZATpun dah naik meluat tgk PEKAK BADAK, LEMBAP n BLUUURRRR melampau2 pemimpin2 UMNO ni

apa yg dicakap ni ada mereka kisah???....TAAAAKKK....denyut nadi rakyat??....MENGARUT....denyut nadi PEMANDU.....YESSSSSS

Saya tetap salahkan Najib sebab salah guna istilah, tak tahu lah siapa yang buat cadangan ini. Sekarang PM telah di permain-mainkan. Ianya bukan saja jadi bahan ejekan puak-puak pembangkang, diejek juga oleh puak puak pro kerajaan. Saya pun tak setuju "kangkong" yang dijadikan "economic example". Itu lah teruk dan buruknya penasihat-penasihat PM yang kekeringan idea.

salam betul banyak harga dah start naik - jangan lupa byk lagi harga barang naik secara diam diam - tapi yg pasti poket kita semakin hari semakin kosong - klu brim RM 2,000 baru setanding - ini belum gst lagi

tepat sekali....kalau guna istilah PETROL lg bagus sbb memang terBUKTI pernah diTURUNkan harga, tapi ada Cinabeng2 ni turunkan harga barang?.....mana ada, lg naik ada la

cuma masalanya, PM takkan BERANI kaitkan KENAIKAN HARGA BARANG dgn CINAbeng2...sebab apa??....rasanya SEMUA TAHU

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu