Friday, January 3, 2014

Pembelian Merz Lim Guan Eng dalam Siasatan SPRM

Artikel yng dikeluarkan oleh portal online The Edge hari ini agak mengejutkan. Beberapa hari lepas penulis ada mengeluarkan artikel mempersoalkan bagaimana sebuah Mercedes Benz yang herharga RM 657,218 boleh dibeli kerajaan negeri Pulau Pinang hanya pada harga RM 298,263.75 ?


Sumber : 



Lim Guan Eng sebelum ini berkata ia adalah hasil dari pengecualian cukai dan diskaun yang diperoleh kerajaan negeri. Kemudian selepas itu Guan Eng memilih untuk tidak menjawab persoalan mengenai pembelian Mercedez itu sekiranya dibangkitkan lagi dibimbangi akan menjadi modal politik pihak2 tertentu.
Pada penulis, tindakan Lim Guan Eng itu hanyalah helah untuk perkara2 lain dibongkarkan lagi. Namun bak kata pepatah Melayu, bangkai gajah tak boleh disorok. 

Dalam laporan The Edge , pembelian Merz S300L itu adalah melalui syarikat Lowe Motors Sdn Bhd. Antara pemegang saham ialah Tan Sri Tan Kok Ping . Tan Kok Ping pernah menjadi Pengarah Urusan untuk syarikat Lowe Motor sehingga sebahagian daripada kepentingan syarikat itu dibeli oleh Cycle & Carriage Bintang (CCB).

Tan Kok Ping dikatakan mempunyai hubungan baik dengan kerajaan negeri Pulau Pinang atau secara khusus Ketua Menteri sendiri iaitu Lim Guan Eng.Tan sebelum ini pernah menafikan bahawa beliau merupakan antara 'sumber kewangan' parti DAP Pulau Pinang, dan juga menafikan mendapat 'keistimewaan' daripada kerajaan negeri apabila mendapat beberapa konsesi dan kebenaran pembangunan.

Contohnya, diberi kebenaran membangunkan tanah di Bukit Relau. Namun syarikat yang dikatakan milik Tan, General Accomplishment Sdn Bhd itu didenda sehingga RM 30,000 pada bulan July kerana pembangunan tanah secara haram.

Satu lagi pendedahan menarik dari artikel The Edge ialah bagaimana Tan memainkan peranan sebagai orang tengah untuk Berjaya Land Berhad milik Vincent Tan untuk pembelian hartanah Penang Turf Club pada harga RM500 juta sedangkan nilaian sebenar ialah RM1.5billion. Tan juga dikatakan menyumbang sehingga RM 1 juta untuk penubuhan Penang Petrol Skuad.

Menarik sekali pendedahan yang dibuat ini, penulis pun tak tau cerita cuma sebelum ini ada perasaan syak bahawa mungkin wujud penyelewengan/salah guna kuasa dalam kerajaan negeri Pulau Pinang menggunakan proksi2 tertentu. Bayangkan bagaimana dengan isu pembelian Merz mewah oleh kerajaan negeri menjurus kepada beberapa lagi isu lain untuk disiasat.

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu