Monday, January 6, 2014

PAS Pula Bidas 3 Adun DAP!




Akhirnya setelah Anwar bidas 3 orang pemimpin DAP yang cuba buat pindaan tentang penggunaan kalimah 'Allah' di negeri Selangor , pemimpin PAS pusat turut bersuara. Dari artikel Malaysiakini , Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar berkata, kenyataan trio DAP Selangor itu "agak tergopoh-gapah" sepertimana serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Persatuan Bible Malaysia (BSM).

Berhubung serbuan JAIS beberapa hari lalu , penulis berpendapat ia adalah satu tindakan yang agak 'drastik' . Mungkin JAIS mendapat maklumat orang ramai berkenaan kewujudan terjemahan Bible yang digunakan dalam bahasa Melayu , tetapi tak perlu lah tergesa-gesa dan perlu ada strategi supaya tidak memberi imej yang tidak elok agama Islam pada orang bukan Islam .

"We have to respect others , if we want others to respect us" 

Penulis faham tindakan gereja di Selangor menerbitkan risalah menggunakan kalimah Allah adalah bertentangan dengan titah Sultan Selangor , malah mengenepikan keputusan mahkamah . Namun hal yang sensitif perlu ditangani dengan bijaksana. Kita tolak soal perbezaan ideologi politik, semua pemimpin politik dan agama perlu duduk semeja dan berbincang mengenai perkara ini.

Isu penggunaan kalimah Allah ini seolah-olah sengaja dibangkitkan oleh pihak2 tertentu untuk menimbulkan ketegangan antara kaum dan agama ? DAP dilihat beria-ia benar memainkan isu ini , kita faham mereka dalam proses 'menakluki' Sarawak . Mereka tahu dengan memainkan sentimen agama sahaja kaum pribumi Sarawak yang beragama Kristian akan terpengaruh dengan wayang mereka. DAP cuba mengelirukan penggunaan kalimah Allah yang tak dibenarkan di Semenanjung Tanah Melayu berbeza dengan penggunaannya di Sabah dan Sarawak .

Di media-media sosial pula , orang2 bukan Islam (terutama orang Cina) seolah-olah menyindir orang Islam yang kuat mempertahankan penggunaan kalimah Allah yang ekslusif di Semenanjung . Sindiran seperti 'katak bawah tempurung' seolah-olah cubaan provokasi terhadap orang Islam sedangkan mereka sendiri tidak faham apa isu yang sebenarnya . Masalah mereka ini ialah tidak faham dengan penggunaan istilah dalam bahasa itu sendiri.

Terjemahan bahasa Melayu untuk 'God' ialah 'Tuhan' , jadi apa pula justifikasi terjemahan bahasa Melayu untuk 'Allah' ?? Penggunaan bahasa bergantung pada kefahaman komuniti yang menetap di sesebuah kawasan. Bagi orang Islam di Sabah dan Sarawak , mereka faham perkataan Allah merujuk kepada samada tuhan orang Islam atau Kristian . Mereka dah didedahkan kefahaman sebegini sejak lama dulu lagi dan isu kekeliruan tidak timbul.

Sebaliknya di Semenanjung pula, di kalangan orang Islam dan malah bukan Islam sejak turun temurun lagi , penggunaan kalimah 'Allah' dikaitkan dengan tuhan orang Islam . Persoalannya kenapa baru sekarang sibuk mahu perkataan Allah itu digunakan di Semenanjung . Tentulah marah orang2 Islam di sini kerana penulis percaya ramai yang tak sanggup berkompromi atau bertoleransi dalam hal yang melibatkan pegangan agama ini. Dah lama dah di terangkan pasal penggunaan istilah di tempat2 yang berbeza memberikan maksud yang berbeza , 'butuh' di Indonesia tak sama dengan 'butuh' di Malaysia . Kalau di Indonesia tajuk "Pihak Gereja di Selangor Membutuhkan Penggunaan Kalimah Allah" lain takrifannya kalau di Malaysia.

2 comments:

Marina Mahathir kan perisik Tun Mahathir, takkanlah seorang anak tak beritahu apapun kat bapak atau abang-abangnya. Tun M dah buat perkara ni selama 22 tahun beliau jadi PM dulu sampai terlingkup musuh-musuh negara.

Memang SAH parti PAS di bawah telunjuk Anwar. Bila Anwar buat kenyataan pasal 3 babi DAP tu..baru lah kepimpinan PAS pun buat kenyataan. Itu lah PAS yang tak ada harga diri..asyik ikut telunjuk orang saja.

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu